My Anniversary tickers

Followers

Thursday, December 12, 2013

YES! Kempen Menyokong Vaksin Pneumokokus Percuma di Malaysia

Salam semua..

Entry kali ni lebih serius dan berniat untuk berkongsi ilmu dan kesedaran kepentingan vaksin pneumokokus untuk anak2 terutama bawah 2 tahun.

Perhatian!

Kepada ibu2 para anti-vaksin, saya hormat keputusan anda. harap jangan cepat melenting dengan idea dan rayuan kami kerana keputusan memvaksin atau tidak, masih terletak di tangan masing2..

Pada saya, saya menyokong sepenuhnya anak saya dilindungi dengan vaksin pneumokokus ni.

Bahaya Pneumokokus

Berpunca dari  jangkitan kuman pneumokokus atau streptokokus yang menyerang badan menyebabkan jangkitan kuman dalam darah, kerosakan otak, keracunan otak yang boleh membawa maut. Gejala jangkitan awal jugak agak sukar dikenalpasti disebabkan bayi mungkin akan demam, batuk dan selesema sahaja pada awalnya.

Kepentingan Vaksin Pnuemokokus

1. persekitaran tak selamat dan kuman yang sukar dilawan oleh antibodi bayi
2. anak yang divaksin menyelamatkan nyawa anak lain dari terus membawa virus dan berjangkit
3. mencegah dan menyekat virus merebak

YES! I AM PROTECTED WITH PNEUMOCOCCAL VACCINE

Terima kasih pada erina yang banyak encourage kami dan support bagi awareness kat semua parents. Setelah 6 bulan berjuang sampai masa kempen ni melabuhkan tirai. Kami semua dah ambik vaksin ni untuk anak sebagai langkah berjaga2. Sedar bukan semua parents mampu.. Jadi atas kesedaran ni, kami tandatangan pledge card untuk menggesa Kementerian Kesihatan menyediakan kemudahan vaksin secara percuma seterusnya memasukkan dalam Imunisasi wajib (NIP) di Malaysia.

Majlis berjalan selama 2 jam berkongsi ilmu bersama panel2 profesional  Dato' Dr. Musa, Dato Dr. Zulkifli dan Dr. Yong Junina, pengasas program Puan Chan Li Jin dan wakil Gojes Blogger pada 16 November 2013 di Tropicana City Mall. Alhamdulillah.. semoga usaha ini dapat membuka mata semua pihak demi masa depan bakal pemimpin negara kita masa akan datang..



3 comments:

amal salleh said...

huhu skrg ni mcm2 sakit kn :(

jom join
http://cheqmoomoo.blogspot.com/2013/12/hadiah-dari-thaqif-giveaway.html

ctmah said...

good job dayah!

Julia Johari said...

Like all!...Best entry about campaign awareness YES to Pnd....

Umi Qi take note your link ya...combine in one entry :D TQ