My Anniversary tickers

Followers

Sunday, May 11, 2014

Hippopo Baby Spa and Wellness

Teruja bila membaca kat Malaysia ada baby spa! Lepas cari2 info kebetulan ada plak siaran wanita hari ini liputan tempat Hippopo Baby Spa di Bandar Utama.
Mommy terasa nak pegi sebagai salah satu terapi untuk Z.I la.. yela ramai sangat yang 'super concern' kenapa Z.I xleh jalan lagi nak compare ngan anak2 korang yang super perfect tu.
Tak sangka plak memang sambutan sangat menggalakkan sampai bila call appointment je penuh. Akhir sekali pihak HBS suggest untuk kitorang pegi kat newly open outlet 1st May kat Great Eastern Mall, Jalan Ampang. Naik escalator level 4 sebelah kanan terus nampak.
Appointment set pukul 3 tapi we all datang awal dengan harapan boleh siap awal. Tapi bila masuk full house!!! So memang kena tunggu pukul 3 jugak.
Sampai giliran Zain Iskandar memang dia dah super excited. Kami dapat assistance daripada terapis yang berpengalaman dan friendly. Kira boleh ngam ngan Zain Iskandar la dia tak nangis.
Macam hanta anak gi nursery, lepas serah Zain Iskandar, semua keperluan dan kelengkapan Z.I disediakan. Tanggal baju dan pakai swimming diaper yang disediakan. Diaper ni kalis air sesuai la untuk swimming dalam pool.
Z.i masuk pelampung yang disediakan.. terapis tu pun letak slow2 tengok 1st reaction dia. Since ini first experience Z.I session swimming dia try 20min dulu instead of 30min. If takde problem boleh extend another 10min.


Suhu air suam2 sikit. Tak sejuk so baby memang relax. Z.I memang enjoy habis swimming sambil main dalam pool, air tu pun berubah warna ikut masa, boleh on jakuzi so menarik la untuk Z.I bagi respon. Nak tengok reaksi Z.I dalam pool? Boleh tengok kat instagram 




Habis swimming terus massage. Bila sampai time massage pun Z.I memang lega habis sampai menguap dah tak tahan2 nak tido dah. Kat sini ada option untuk pilih minyak biasa or minyap aromaterapi sesuai untuk kulit sensitif selain bau wangi spa. Mommy belanja la Z.I minyak aromaterapi ros bayar rm5 je extra. Memang sedap peluk cium Z.I pastu.

Boleh pilih pakej mana yang sesuai.. sebab kalau tengok pakej harga memang jadi lagi rendah la berbanding dengan harga single pakej yang kita bayar.
Ni pilihan yang ada yang sangat2 menjimatkan.




Urutan mula dari kaki, tangan, badan dan muka. Risau gak Z.I buas tak terkawal. Tapi syukur Z.I memang suka. Impress jap sebab selalu berkejar2 nak pakai pampers.

                       
So far perubahan yang obvious lepas balik spa ni tido la.. dulu zain malam tido lewat, now 9.30 dah ngantuk. Tido pun lebih lena. Senang hati dia senang tido kurang la letih mommy.. Lagi satu Z.I dah berani berjalan lepas satu tangan! Memang satu improvement besar la untuk Z.I dah 16 bulan tapi belum boleh berjalan. Mommy happy untuk Z.I.

Apa2 pun memang kita suggest korang bawak anak datang sini. Ada promosi bulan May weekday rm68 30min massage + 30min swim kat branch GE Mall saje
Jom!









Pintu masuk kat branch GE Mall