My Anniversary tickers

Followers

Thursday, June 5, 2014

Tayangan Pratonton Super Squad

Tq to mommy gojes blogger Yana Asfar yang ajak we all join pratonton filem animasi tempatan Super Squad bersama geng2 mommy gojes blogger sekalian. Tq gak pada broframestone yang sudi anta invitation pada mommy zain untuk turut serta dalam program Bloggers Movie Day Out!! Yang menariknya kebanyakkan mommies sumer first time bawak anak2 2 year and below tengok movie termasuklah Zain Iskandar dalam list. Pengalaman kali pertama memang cuak la nak pegi terbayang Z.I buat perangai menjerit falsato dalam panggung tu naya je. Tapi bila katanya ramai yang 1st time bawak anak, so okay la. Biar anak kita jerit sama2 kuikui..
Super Squad ni mengisahkan pengembaraan 5 adiwira kecil Kapten Danny, Elly, Alan, Sasha dan Blinq dalam usaha menyelamatkan bumi dari kemusnahan dari kuasa2 jahat makhluk asing.
Yang menariknya filem arahan pertama Mohd Rashdan Ramlee yang menelan belanja Rm6juta ni memaparkan latar belakang futuristik dan pemandangan suasana kampung yang cantik dan mudah difahami oleh semua lapisan penonton terutama kanak2. Bagi kanak2 filem Super Squad ni bukanlah filem asing atau watak baru pertama kali nampak sebab filem ni adalah daripada siri animasi Supertots yang telah disiarkan di TV3.
Dialog yang mudah dan ringkas selain menonjolkan dialek dari pelbagai negeri menjadi tarikan menarik dan membuatkan animasi ni berbeza dan unik. Nak dengar kartun kecek kelate dan loghat utagha? Mai pakat2 beli teket :) Filem animasi terbitan Netcarbon Sdn Bhd ni akan ditayangkan diseluruh pawagam pada 5 June 2014.
Filem genre aksi & komedi ni menggunakan suara2 artis terkenal Malaysia iaitu Aaron Aziz, Dafi, Diana Danielle, Radhi Khalid dan lain2 seperti Amaris, Elza Irdalynna, Marina Tan, Megat Shahrizak dan Maya Arissa.
Review kita filem animasi ni memang best! Sampai Z.I boleh stay tengok sampai filem abis. Kekuatan filem ni selain gambar yang cantik, Super Squad ada unsur2 nilai murni setiakawan, semangat juang yang tinggi dan patriotik sayangkan negara. Sesuai untuk medium pembelajaran sambil berhibur sejajar dengan minat dan kecenderungan generasi sekarang pembelajahran e-learning.