My Anniversary tickers

Followers

Monday, July 23, 2012

Pengalaman Mommy-to-be Berpuasa

Hai friends! Salam Ramadhan.. selamat berpuasa semua!

Syukur alhamdulillah dah masuk hari ketiga berpuasa di bulan Ramadhan ni. mesti ramai wifey and mommy to be excited sambut nak2 bagi those yang 1st time sambut bersama suami terchenta.. syukur.. untuk kite perkara yang mengembirakan bila tahun pertama sambut puasa, bersahur dan berbuka bersama dan juga pengalaman mengandungkan si comel ni yang dalam kandungan 15 minggu dalam pewot. Just nak tips berkongsi pengalaman or petua bagi sesiapa yang pernah mengandung di bulan Ramadhan untuk mendapatkan puasa yang penuh tanpa halangan kesihatan. harap dapat berkongsi..

Pengalaman sejak berpuasa..

Day 1
mengalami keletihan melampau..
pukul 3.00 dah lapar, pukul 5.00 dah terbaring. sakit kepala

sahur : nasi separuh + lauk2 kering, susu strawberi Dutch Lady sekotak

kesan: tak boleh bertahan, hilang tenaga, lemau dan terbaring sampai azan magrib

Day 2
hampir pitam, kehabisan tenaga, penat teramat. sakit kepala berlarutan
lebih teruk dari hari sebelumnya.koyok melekat kat dahi 2 hari. Doktor bagitau, kekurangan gula dalam badan buatkan kepala pening2..

sahur : nasi sepinggan + lauk2 kering, horlick segelas

kesan: akibat jalan kaki ke bazaar, hampir pitam walaupun berjalan sikit je tak jauh mana..terus melepet depan tv tunggu azan. nak bantu mertua di dapur pun tak upaya.. 

Sedih.. 2 hari puasa tak memberangsangkan. so I amik initiative untuk tengok update status fb mommy to be semua.. just to know experience orang lain berpuasa ketika mengandung. ada yang positive dan sebaliknya..sehinggalah ternampak satu update yang mungkin boleh merungkai permasalahan saya..

ni status from Nedhenna, one of my wedding vendor for henna



Masalah plak! I tak makan kurma.. tak pasti la sebab tak suka ke? tak sedap ke? or tak biasa makan sejak kecik. ada persepsi tentang kurma la agaknya masa childhood dulu mungkin rasa tak sedap.. adeh! camner ni.. tapi sebab si comel dalam pewot ni buat julung2 kalinya I relakan diri untuk makan. mujur suami beli kurma yang boleh diterima tekak, sedap *bagi pendapat orang yang tak makan kurma cam I ni.. * hehe. so bagi sesiapa yang senasib tak makan kurma boleh la mencuba kurma ni..




Day 3
Alhamdulillah! amazing! 
syukur.. puasa berlalu begitu mudah tanpa lapar, badan bertenaga.

sahur : nasi sepinggan + lauk, horlick segelas, nescafe segelas (tahan ngantuk nak gi keje) dan kurma wasem 2 biji.

kesan : bekalan zat dan gula yang cukup dari kurma, hilangkan sakit kepala selama 2 hari sebelumnya.. 

hebatnya! khabarnya sebiji kurma berupaya mengekalkan tenaga 6 jam. waallahualam.. tapi I sangat besyukur kerana mencuba. tak semua benda yang kita tak suka tu tak bagus. so, I akan continue makan kurma for sahur, for baby and mommy's health. 

harap kawan2 lain esp m2b dapat share experience, petua dan tips berguna. bayangkan bagaimana anda membantu orang lain memudahkan ibadah kepada Allah.Insyaallahsemoga semua diberkati.. Amin..

p/s : masih belum berkesempatan ke masjid berterawih bersama suami, Insyaallah bila keadaan bertambah baik, boley ke masjid ikut suami juga =)

9 comments:

aneem said...

alhamdulillah...moga kesihatan bertambah baik yer

.:shura shushi:. said...

I tak makan kurma tapi kurma yusof taiyoob tekak i boleh terima & sedapkan :))

Bake With Love said...

satu tips nk mkn kurma, dip dlm sour cream. sedap juga :)

LisaLisut said...

dulu masa kecik i xberapa nk makan. then bila dh besar ni i makan balik.i xsuka kurma yg kering gile keras tu. so far Yusof taiyoob ni jgk yg sedap sbb mcm moist2 hehe. just sharing, makan 7biji kurma sehari. helps alot.masa nk beranak nt pn membantu :)

izyan al-za'im said...

ni 1st time i puasa gak. 8 bulan da baby dlm perut. mula2 risau gak. but so far nak masuk 4 hari puasa, rasa ok je. xmkn kurma pon. mkn nasi sikit n lauk n air. mebi lps ni kene amek kurma jgk la...
smg kita sm2 puasa penuh :D

e k i n ♥ y u s r i said...

take care dayah
best x puasa ade baby dlm pewot?
hehehehe

ekin x sempat nak rasa....

maisara my said...

common mama dayah!!...kene pose penuh...huhu...aku last year time pose tgh preggy 4 bln...siang mmg alhamdulillah takde masalah...aku nye sickness mlm lepas buke, so aku buke mmg ringan2 je setakat kih n air...sbb lps tu wajib akan muntah!!...so time sahur aku mkn nasi n lauk2, yg penting byk kan minum air masak...n SUSU WAJIB!!!...

hidayah hiddensity said...

aneem:insyaallah.. so far mmg improved. tq for the doa.

shura : tu la samela.. syukur dapat rasa kurma yt and dan terus amalkan skrg.. excited nak cuba jenis lain from yt lagi =)

BWL: really? camner yea rasanya? tu boleh try bila kurma dah abis nanti for manisan hari raya.

hidayah hiddensity said...

lisa : kurma membantu deliver baby? betul gak,sebab kurma antara makanan terbaik y dianjurkan rasulullah.. mesti cuba!

izyan : baiknyer baby dia. hehe hopefully puasa penuh la kita kan? insyaallah..

ekin : tq ekin.. so far excited la gak. hehe syukur semua ok2 je time puasa ni.. awal2 je tak larat. selamat berpantang!

mai : sama la kita 4 bulan time ramadhan.. ni semua dah ok nampaknyer.. susu je slalu lupa minum. gulp!!