My Anniversary tickers

Followers

Tuesday, January 29, 2013

Zain Iskandar : Sebulan yang mencabar sudah berlalu..

Dulu buat entry sorang2 ikut masa lapang, sekarang kena buat tunggu z.i tido. beza memang berbeza! sebulan dah berlalu, sebulan pertama ni memang penuh cabaran bagi mommy yang melahirkan anak pertama. takde experience and tak tau baby nyer karakter kan?

z.i tak mau tido
bayangkan la baby belum abis hari tak mau tido. kalau dia nak letak bawah takpe, ni dia nak pangku or riba. nak orang angkat. huhu. penat gak la dalam keadaan lemah dalam pantang kena adjust masa pam susu, ikat bengkung semua. mujur ada mama and kakak tolong tengok z.i masa I makan and mandi. malam pulak dia bangun setiap sejam dan menangis je. tido siang paling lama 20 min, tido malam paling lama 2 jam. naik risau tengok camtu. mujur la sekarang dah okey! syukur..

tok mama kesayangan z.i
tok mama ni mama I. z.i sangat manja ngan tok mama dia. bayangkan kalau z.i meragam tengah malam, jenuh hubby ngan I nak pujuk tapi ngan tok mama dia boleh senyap siap lena atas pangku tak sampai 5 min! sian mama terjaga tengah malam dengar cucu meraung. orang kata, baby ni kenal bau orang sekitar dia. maybe mama yang amik dia dari hospital hari tu, lagi banyak jaga dia masa dalam pantang, mandikan dia buat dia kenal & selesa + manja sangat!

buai laju-laju
since z.i ni payah sangat nak tido, tok mama dia selalu la dodoi and pangku dia sampai lena. bukan pangku saje,siap kena goyang lagi. aduii manja nyer! jenuh mommy nak keje nanti sape nak goyang? akibatnyer, tok abah gi Manjaku Gombak cari buai spring kat dia. kuikui! price cradle dalam rm136++ and cradle net rm22.00++.  dah masuk buai z.i tanak tido kalau stop henjut. boley? boleh plak dia bukak mata kalau tak henjut buai tu.. huhu.. mula la terpikir, asal la tak beli buaian karen? takyah dok goyang : /
babylove blue cradle net with head zip
pacifier pulak dah
dah ada cradle pun tanak tido malam jugak. dis time betul2 tok abah and tok mama takleh tido. dia buat meragam dari pukul 12.30am sampai pagi. pukul 10.00am esoknya baru tido. tu pun sekejap2.. maka datang la idea tok abah untuk bagi dia pacifier@soother@puting! hahaha! cucu punya pasal bagi tok abah pening, tak cukup tido. esoknyer bukan tok abah je pi beli pacifier, tok mama pun belikan jugak tanpa plan *walaupun mommy at mula2 tak redha* mujur papa tak gi beli. tok abah cari kat Jusco Au 2, dia kata ni pacifier baeeek punya! Avent soother, price : rm 37.90 terkejut semua orang! yela, zaman dulu puting beli kat kedai runcit je rm 2 :p bentuk silikon ni lebih kurang teat botol z.i, tu dia pandai isap, sebab ramai yang cakap nb baby tak reti sangat. z.i ok je. tapi dia pun tanak sangat. boley la nak bagi dia stop nangis jap, sumbat je ;p



Avent Advanced Orthodontic Soother 0-6m -Philips Avent-SCF 184/13 ...Avent Orthodontic Soothers 0-6m
Product description 
  • The nipple is shaped to let baby's tongue remain in natural position
  • With hygienic cap to keep sterilized nipples hygienic
  • The silicone is smooth, transparent, easy to clean and it doesn't get sticky
  • The nipple is strong, long-lasting and won't become mis-shapen or discolored over time
IDHF approved
  • Our soothers have been approved by the International Dental Health Foundation. The foundation is a leading independent oral health charity that works to improve the standard of oral health care worldwide. The new advanced orthodontic teat was developed with leading orthodontist Dr. Hagemann

z.i banyak akal
  • zi tak tahan panas, nak aircond or kipas laju
  • kalau panas muka naik ruam, muka jadi merah terus dia meragam
  • doc advise jangan bedung dia nanti temperature naik boleh terus demam
  • kalau tido kena on kipas siling no 5 + kipas meja no 3
  • siang malam pakai baju lubang2 + short pant baru senang tidotak panas
  • tak suka selimut. dia boley terjaga if kita letak selimut time tido, terus mengamuk.
So far, banyak ragam z.i dah beransur hilang. orang kata budak baru lahir semua memang macam tu. terkejut jugak mula2 ingat sampai besar dia camtu, mau kurus mommy tak tido. first time tengok baby nangis macam kena dera masa dia colic awal2 dulu. genap sebulan dia boleh adapt dah, syukur alhamdulillah. tak sabar nak tengok development baby, apa plak la ragam dia lepas ni ;)

5 comments:

Veelara Shamsyul said...

Hihi. Nb lebih kurang je mmg cmtu la ragamnya dear. Iman pun lebih kurang mcm z.i.....hr2 taw dlm pantang, die xnk tdo n asik nangis. Naik pening i. Hihihi

Syima Syaz said...

ooo lebih kurang lah kes kita ni.org kata baby boy je kuat meragam,girl senang jaga.. eh tak pulak sbb baby i kan girl.mencabar... i lagi la.. terpaksa jaga sendiri even berpantang kat rumah mak sendiri...my mum byk kerja nak buat n tak blh jaga malam..nanti dia sakit kepala...so i sorang2 lah jaga baby..
tp alhamdulillah...sebulan je pastu sgt la senang nak jaga dia.maybe sbb dari awal mak dia yg jaga so dgn i dia senang tido, senang jaga, tak merengek...syukur

LisaLisut said...

one word : sabar. u kire cekal jgk siap happy2 je i baca layan karenah dia.hahaha. i dlu mcm nk tarik2rmbut bengang if dia xnk tdo. budak dlm pantang mmg begitu. dlu i xde experience i pn bengang.for nx baby i xkan bengang2 lg haha

dulu masa baby i kene colic, i beli dentinox and mix with her fm.sbb i xbf dah.mmg dia bantai tido kaw2.mmg colic tu ganggu dia.huhu..if xnk bg dentinox tu, tuam or sapu yuyi/telon jela kot..ade org xnk bg meds..heee

Aeen said...

cabaran jaga baby yg baru lahir nie...sebulan pertama memamng mencabar..masuk 2-3 bln nanti waktu tdo dia dah ok la..puting dy sama la ngn Raees punya..Raees sampai sekarang pakai jenis macam tu...:)

hidayah hiddensity said...

veelara : tu la baru tau semua baby camtu. memang masa tu agak tensi sebab dia nangis taktau punca.menyusu senyap, takkan nak bergantung je. it's over! hihi

syima syaz : sama la, even berpantang mama ada, tapi kita sibuk gak bila anak nangis.dlm pantang pun barut ke mana, tungku ke mana.

lisa: masa colic tu tgh malam perasan sebab pewot dia keras. sempat tuamand sapu yuyi je. dah la meragam kul 12. mula la pk bukan2.kuikuik ;p

aeen :raees pun pakai avent ker? bguskan? mujur dia nak. tapi bagi sekali sekala je la. malas nak ajar puting2 sangat.