My Anniversary tickers

Followers

Sunday, May 5, 2013

Staff sambilewa terima complaint dari Mommy Zain Iskandar

Salam.. I bukan la seorang customer or client yang fussy.. tapi kalau korang buat kerja salah dan tak nak mengaku salah, plus salahkan patient / customer plak sebab nak cover salah sendiri, ni sangat tidak boleh diterima akal. kerja di bahagian khidmat sosial perlu lebih attentive dan berilmu.. 

Nak marah tak guna dan I bukan yang jenis marah2 ni, jadi I hantar complaint letter saje..

Hidayah Hiddensity <hiddensity@yahoo.com> wrote:

Saya ibu kepada pesakit, Zain Iskandar yang selalu menerima rawatan di sini, saya juga melahirkan anak saya di Al Islam.

Saya menerima panggilan telefon dari pihak hospital cik linda 019 xxx x889 maklumkan antibiotik anak saya tak sesuai diberi semasa discaj pada 22 Apr 2013 dan perlu ditukar. Saya disuruh datang untuk ambil antibiotik spt dijanji 8.30 mlm. Sampai di hospital lebih dr 30 min jururawat cuba dapatkan info untuk antibiotik tetapi TIADA REKOD. Lebih buruk, staff hospital maklumkan saya patut tahu nama ubat antibiotik yang AKAN DITUKAR untuk anak. Wajar? Patut kah pesakit hafal nama ubat atau staff yang harus semak fail pesakit untuk dapatkan info? Soal kesihatan dan keselamatan anak saya sangat saya utamakan. Sila ambil perhatian supaya kes ni tak berulang. Boleh dikatakan jika salah ubat diberi, pihak hospital tiada rekod untuk rujuk.Saya tak complain individu, saya kesal procedure secara umum. Ini pengalaman buruk saya selama saya menerima rawatan di sini. Harap pihak hospital ambil perhatian.

Walau bagaimanapun saya berpuas hati dan berterima kasih atas layanan staff hospital pada 19-22apr 2013 wad 303a dan 301. Semua doc, jururawat, staff  pendaftaran pekerja am y lain sangat memberi layanan yang baik.

Harap dapat perbaiki servis masa akan datang.
...dan sampai sekarang, I belum dapat acknowledgement email pun dari pihak hospital..ishhh.. teruk betul!
Kami pulang dari hospital tanpa antibiotik  yang dimaksudkan. keesokkan hari, nurse telefon tanya kenapa semalam tak datang amik ubat. dah ready for collection di kaunter semalam.. apekah??
Bengang giler!
Sayang la.. sebab sorang staff ni je yang teruk! yang lain alhamdulillah baik giler. dari nurse, doctor sampai ke cleaner pun baik giler.. dah tawar hati naik gi sana lagi.. 
Nila setitik punya kes.

3 comments:

cha said...

erk sabar jelah. kalau kita ni macamla tau nama ubat. bukan patut diorang ke kene ada rekod kan. sabar jelah. nanti updatelah kalau diorang ada reply tau.

Anak Lebah Comot said...

ish..memang tak patut betul la..sepatutnya pihak hospital kenelah beri 100% pada patient kan...anak adalah nyawa kita...kalau die sakit kita pon susah hati kan...

Love,
mama Firas

hidayah hiddensity said...

cha : kalau takde masa nak reply/call pun at least ada effort nak buat autoreply email acknowledge email from patient kan?

mama firas : logic kan? takkan kita nak ajar dia bukak file tgk history patient / or if taktau sangat gi call wad yang zain masuk tny nurse sana. teruk!