My Anniversary tickers

Followers

Tuesday, September 6, 2011

Luahan Hati Bakal Pengantin..

Lagi 10 hari je saya akan menikah.. memang ada satu perkara yang dah lama saya nak sampaikan kepada sesiapa yang terlibat, tapi tak tau cara yang terbaik untuk disampaikan.. mungkin tuhan dah beri petunjuk untuk saya jelaskan.. harap semua pihak dapat terima dengan hati terbuka..
  • Firstly saya nak mintak maaf berbanyak2 kepada sesiapa yang pernah tersinggung dengan saya. lebih tepat kepada yang pernah simpan perasaan kat saya. maaf, saya tak berniat mempermainkan perasaan sesiapa. mungkin kelakuan saya yang mudah mesra dengan sesiapa saje dan sifat ignorance yang tinggi buat saya tak sedar dan perasan ada pihak yang berkecil hati. maafkan atas kecuaian saya dan saya betul2 rasa kesal dan bersalah atas apa yang jadi.
  • Secondly, calon suami saya sekarang bukan sahaja pilihan saya dan keluarga, malah ini juga sudah tentu pilihan Allah buat saya. saya percaya apa yang ditentukan tuhan itu yang terbaik buat saya dan saya yakin calon suami saya dapat menjaga saya dengan baik. mungkin bukan jodoh kamu dengan saya, kerana Allah sudah pilih wanita lain lebih sempurna buat kamu kemudian hari. Wallahualam. hanya Dia Maha mengetahui.
  • Harap kamu dapat terima seadanya, maafkan kami. doakan kebahagiaan rumahtangga yang bakal kami bina. saya sangat2 berharap agar mana2 pihak tidak menyimpan perasaan dendam di hati. buang yang keruh ambil la yang jernih. saya hanya manusia biasa yang tak lari melakukan kesilapan. tak terniat langsung nak menyakiti sesiapa.. salah saya atas kelakuan dan perilaku saya yang begini. bersyukur menerima calon suami yang sangat memahami karakter saya sebegini dan terima seadanya.
  • Yang terakhir, buat yang teristimewa calon suami saya yang turut menerima tempias dan 'warning2' tak authorise daripada kamu2 sekalian. thanks kerana banyak bersabar dan tak buat keputusan melulu bila ada masalah yang datang. saya percaya dah memang anda lah jodoh saya.

Akhir kata, buat kamu RAIN dan jejaka2 lain.. harap kalian pasrah.. ='(


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Image Detail
for illustration purpose only ;)
for illustration purpose only ;)
just kidding lol!!

14 comments:

maisara my said...

ni entry sedih ke entry lawak ni??...hadoi....semoga jodoh kamu dan die berkekalan sehingga ke akhir hayat....

pasal jodoh ni, kene byk bersabar, aku pon penah terima mcm2 tohmahan (ecehh...betul ke nih???) sblm kawen ngan hubby nih...smpi ader "ustazah" bertanya pd hubby aku (sbb hubby is an ustaz)..katanya.."betul ke tu pilihan kamu...bidadari syurga kamu???"...lebih kuranng gitu ler ayat...aku tak hingat!!...sedih gile wei!!...mcm aku ni tak layak jd bidadari for my hubby!!!....waaaaa

kaklong said...

ye la, betul tu...mula2 baca mcm sedih, finally mcm lawak lak..adoi..

xpela, kak long n kawan2 lain pasti mendokan dayah lebih tabah n semoga semua perjalanan mjlis berjalan lancar..

SELAMAT PENGANTIN BARU dear...semoga bahagia hga akhir hayat..amin! ;)

Gadis said...

mule2 dah feeling2 dh..

skali last tu buat tersenyum je..

selamat pengantin baru ...=)

erin moshimoshi said...

huhuhu sokey dear ...

nasha_libra said...

selamat pengantin baru ye...da hampir ilang da tension settle kan preparation wedding kan,mesti tinggal rasa nebes ke kan?hehe...selamat menempuh alam rumahtangga ye...;)

e k i n ♥ y u s r i said...

hahahahaha....
selamat pengantin baru

hidayah hiddensity said...

thanks! memula nak tulis serious.. tapi kang orang kata budget lisa surihani plakk cam banyak benar secret admirer nyer tu.. hehe.. terus tuka mode kelakar2 sket. tapi ini kisah benar.nak mintak maaf mana bley main2..

tq semua mai, kak long, gadis, erin, nasha and ekin.love ya! amin..

Cik Zimie said...

haha adoi takpe jadi kekasih gelap pon boleh dayah.kakaka.

lagi 10 hari.jengjeng.all the best ok!!:)

cKyN WaN said...

wah dah nk kawennnnnnnnnn! semoga semua dipermudahkan hehehe

hidayah hiddensity said...

cik zimie : yang rain tu ok la.. yang bawah tu laki orang ;)tq!

ckyn wan: yea wak! dah nak kawen tolong!!!!!!! =o amin..

nida-razak said...

semoga bahagia ke syurga =)

Hunny Kitty said...

semoga Allah melindungi kalian dan mempermudahkan segala urusan.....banyakkan berselawat dan berdoa....semoag kalian kekal sampai syurga..amin~

anaztasias nora aira said...

tersenyum sorang - sorang bila baca heehehehe

hidayah hiddensity said...

nida : tq dear! yes! sampai syurga.
hunny : thanks dear.. doa kalian amat dihargai..amin..
nora : hehe.. takleh nak serious sgt dah tau. nant stress..hehe