My Anniversary tickers

Followers

Tuesday, December 25, 2012

Koleksi Resepi Dalam Pantang

Salam friends and readers!

Edd semakin hampir lagi 2 hari da mungkin akan berpantang sendiri di rumah memandangkan mama masih bekerja. kat kl ni dah common berpantang sendiri kot so as a new mom kita kena bersedia mental fizikal untuk sebarang kemungkinan.

Menjangkakan ada sebilangan hari nanti mungkin I or suami yang akan sediakan makanan, jadi lebih awal I dah sediakan booklet Koleksi Resepi Dalam Pantang. semua ni dapat secara online, I google copy paste n save. 

Saya perlukan ini sebab suami saya akan memasak semasa pantang nanti.. hehe

  • HARUAN PANGGANG HALIA

Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
1 biji limau nipis [ambilkan jusnya]
2 s/b minyak
1/2 cawan air
1 s/k cuka
1 helai daun kunyit [mayang halus]
garam

bahan tumbuk
5 ulas bawang putih
6 sm halia
4 sm kunyit hidup

bahan rempah - tumbuk
1 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan.
2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendidih dan pekat.
5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit.
6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar.
7. Hidangkan dan makan semasa panas.


  • SAWI TUMIS AIR

Sedikit ikan bilis
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 pokok sawi – dicuci dan potong

Tumbukkan ikan bilis, bawang putih dan bawang merah.
Tumiskan bhn tumbuk tadi dan masukkan air. Apabila mendidih masukkan sawi dan tutupkan api


  • KERABU PEGAGA

1 biji bawang besar – dihiris
2 biji cili merah – ditumbuk
sedikit garam
seikat daun pegaga – dihiris

Campurkan semuanya dan gaul hingga sebati.


  • SUP IKAN TENGGIRI

1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan. Masukkan air dan tomato. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup. Biar seketika dan tutupkan api.


  • Ayam Kukus Cuka (Dalam Pantang) Sumber : Majalah RASA – April 2004
Bahan A (diperap sebelum dikukus)
8 potong ayam
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 cm halia – ditumbuk
Garam secukupnya

Bahan B
3 sudu makan cuka
30 gm ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara
1. Lumurkan ayam dengan bawangputih, halia dan garam. Perap ayam selama ½ jam. Kemudian kukus hingga masak.
2. Tuangkan cuka dan tabur ke semua bahan B ke atas ayam. Kukus sekejap lagi dan boleh dihidangkan.

Petua Orang Tua : Masakan mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin keran cuka dipercayai dapat mengecut perut dan rahim.


  • Ikan Panggang Halia Muda (Dalam Pantang) Sumber : Majalah RASA – April 2004

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Cara
1. Lumurkan bahan perap pada ikan. Perap selama ½ jam. Kemudian panggang ikan hingga masak.
2. Tumis bahan B hingga naik bau. Tabur atas ikan. Siap untuk dihidang.

Petua Orang Tua : Orang-orang Melayu memperakui halia salah satu herba serta ubat tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman, melembutkan perut, mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, membuang angin, menghilangkan bau mulut, memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.

  • Sup Sayur Campur (Dalam Pantang) Sumber : Majalah RASA – April 2004

Bahan
3 ulas bawang putih
1 kiub pati rebusan ayam
50 gm suun
40 gm kek ikan
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli
30 gm cendawan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak

Cara
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi.
2. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.


  • Ikan bilis halia

Bahannya:

5cm halia bara
10 biji lada hitam
30 ekor ikan bilis
Sedikit perahan limau nipis

Caranya:

Tumbuk kesemua bahan tersebut dan akhir sekali dicampur dengan perahan limau nipis. Sedap dihidang bersama nasi panas.

  • Ikan Masin Lada Hitam

Bahannya:

Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
Lada hitam

Caranya:

Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau dan gaulkannya sebati.

  • Ikan Tenggiri Kering

Bahannya:

1 keping ikan tenggiri kering
2 biji lada besar
½ biji bawang besar dihiris

Caranya:

Ikan digoreng layur bersama hirisan halia. Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur. Hidang bersama nasi panas.

  • Sambal Tok-Tok

Bahannya:

Ikan bilis
Cili padi
Bawang

Caranya :
Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.

  • Sambal Tok-Tok Lada Hitam

Bahannya:

Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Lada hitam

Caranya:

Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam dan hidang bersama nasi panas.

  • Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahannya:

Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
1 labu bawang besar
5-6 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
½ inci halia
Sedikit air asam jawa & gula

Caranya:

Tumis semua bahan yang dihiris. Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula . Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

  • Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahannya:

100g ikan bilis putih
3 batang serai (dititik @ dihiris ikut suka)
1 biji bawang besar dimayang
2 cm halia dimayang
6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
6 biji cili padi diketuk
Sedikit Minyak

Caranya:

Goreng ikan bilis hingga ranggup, kemudian masukkan bahan hirisan.


  • Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahannya:

Sebiji bawang besar dimayang
Ikan bilis
Jeruk lobak
Sebiji telur
Cili mesin 1 sudu

Caranya:

Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan. Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis. Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

  • Pegaga Masak Lada Hitam

Bahannya:

Sedikit santan pekat
Lada hitam (lebihkan)
Ikan bilis putih
Kunyit hidup
Halia
Garam

Caranya:

Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk. Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat. Kira OK masukkan pegaga dan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

  • Hati Masak Limau Purut

Bahannya:

1/2 kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm hirisan halia muda
½ camca ketumbar
½ camca jintan manis
½ camca jintan putih
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:

Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.

Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.

Setelah itu, masukkan perasa. Ok. Boleh diangkat dan dihidang.

  • Hati Goreng Lada

Bahannya:

600g hati lembu direbus dan dipotong
4 sudu besar lada putih
2 sudu besar serbuk rempah
2 sudu besar minyak
1 sudu besar air asam jawa
½ sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk kunyit
2 labu bawang besar
Garam/Ajinomoto secukup rasa
1 batang daun bawang untuk hiasan

Caranya:

Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut. Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa dan taburkan hirisan daun bawang.

  • Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahannya:

4 cm halia muda
3 cm kunyit hidup
Garam secukupnya (kesemua bahan ini dikisar dan diperap)

Caranya:

Bakar ayam/daging dengan bahan perap. Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa.

  • Daging Goreng Halia

Bahannya:

Daging batang pinang dihiris nipis
Halia dimayang halus
Bawang putih diketuk
Bawang besar dihiris bulat
1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
Sedikit sos tiram
Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk
Garam/Serbuk Perasa
Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Caranya:

i) Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
ii) Agak lembut, tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahan perasa mengikut kesesuaian.
iii) Akhir sekali masukkan, lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar. Nak berkuah boleh laa ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

  • Ayam Panggang Selera Pantang

Bahannya:

Ayam
1 batang serai dititik
1 sudu jintan manis
½ sudu jintan putih
1cm kunyit hidup
1cm lengkuas
1cm halia
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
garam
Air asam jawa
½ cawan air

i) Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
ii) Panggang ia, setelah OK masak
iii) Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan boleh laa disiram ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

  • Ayam Percik Chinese Style

Bahannya:

1 ekor ayam
Daun salam dan daun kunyit

Bahan A:
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Jintan Manis
Lada Hitam
Serai & Halia
Gula Melaka - dicincang halus
Lemon - diperah
Santan
Garam
Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)

Caranya:

i) Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam. Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
ii) Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam. Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
iii) Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.

Lengkuas Muda Masak Lada Merah
Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita @ dengan lain perkataan mengetatkan sistem kacip kak timah, gitu...

Lengkuas muda dihiris nipis~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas

Sedikit ikan bilis
Bawang merah
Bawang Putih
Lada merah

Caranya :

Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.


  • Turi Masak Asam Rebus ~ Bagus Utk Menambah Susu Ibu.

Daun Turi
Ikan Bilis
Asam Keping
Bawang merah
Kunyit Hidup
Ikan Bilis
Lada merah

Caranya :

Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus. Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

  • Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahannya:
Daging hiris halus
Lada hitam secukup rasa
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Sos Cili/Cili mesin
Sos tomato
Sos tiram
Kicap pekat
Garam/serbuk perasa

Caranya:
i) Perapkan daging bersama halia, bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
ii) Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.

iii) Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

  • SUP AYAM

Sup ayam hendaklah direbus hanya dengan rempah tumis, lada hitam, garam dan halia yang banyak. Supnya tidak boleh banyak.


  • SUP TULANG

Bahan A
1 kg tulang lembu – dicuci dan ditoskan
2 sm halia – diketuk
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1 sudu teh garam kasar
1 sudu makan gula
Air secukupnya

Bahan B (ditumbuk)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 cm halia
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan lada hitam

Bahan C (ditumis)
2 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar – dihiris
5 biji cengkih
3 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga

Bahan D
2 bunjut rempah sup tulang
3 bji kentang – dibelah dua
8 biji cili api
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos ikan
1 biji jus limau nipis
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Bawang goreng, daun sup dan daun bawang – untuk ditabur

Cara
1. Masukkan tulang yang telah dibersihkan bersama air, halia, gula, garam kasar dan lada hitam dalam satu periuk. Didihkan atas api kecil dan bertutup hingga tulang empuk. Tambah air jika perlu.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hingga kuning. Masukkan kesemua bahan C dan kacau.
3. Masukkan pula bahan B dan tumis hingga garing.
4. Setelah garing, masukkan rempah sup. Kacau dan masukkan satu senduk stok dan kacau sekejap. Tuang bahan tumis ini ke dalam periuk stok tulang dan kacau sekejap.
5. Didihkan kembali, masukkan garam, serbuk perasa, sos tiram dan sos ikan. Tutup dan biarkan mendidih lagi. Kemudian masukkan separuh bawang goring.
6. Akhir sekali masukkan cili api dan sedikit hirisan saun sup. Tuang jus limau dan kacau rata. Ketika menghidang, taburkan bawang goring, daun sup dan daun bawang.

Petua Orang Tua : Masakan jenis sup biasanya banyak menggunakan campuran rempah ratus. Ia sangat baik dalam memanaskan badan dan mencuci darah.

  • Sup Sayur Campur

Bahan
3 ulas bawang putih
1 kiub pati rebusan ayam
50 gm suun
40 gm kek ikan
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli
30 gm cendawan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak

Cara
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi.
2. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.

Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak digalakkan menikmati makanan berkuah, tetapi harus diingat masalah sembelit mudah berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan makanan kering. Sayur-sayuran tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang.

  • Rendang Hati Lembu

Bahan
½ kg hati lembu – dipotong
2 cawan pati santan
½ cawan kerisik
2 sudu makan rempah kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan (dikisar)
10 ulas bawang merah
200 gm cili merah
2 sudu makan ketumbar
3 batang serai
4 cm lengkuas
2 cm halia
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji buah keras

Cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan hati. Kacau sekejap.
3. Masukkan santan dan masak hingga pekat.
4. Akhir sekali masukkan kerisik dan garam secukup rasa.


Sumber : Majalah RASA – April 2004
  • Ikan kering kurau masak lada hitam
- bwg merah
- lada hitam
- santan
- ikan kering
} semua ni buat cam masak lemak biasa tapi pekat.

  • SARDIN HALIA
1 tin sadin
2 ulas bwg merah (hiris)
1 ulas bwg putih(hiris)
halia (hiris)
air
garam

panaskan minyak then goreng ikan sadin sampai garing
lepas tu angkat..kurangkan minyak..tumis bwang/halia sampai kuning
lepas tu campur air sket..dah mendidih masokkan ikan sardin tadi.. campo kuah sardin tu sket je

  • KERABU PEGAGA

Bahan:
1 ikat pegaga..bersihkan dan hiris kecil
1 cawan kelapa muda

bahan tumbuk
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang merah
sikit ikan bilis & garam

cara.
1. tumiskan sikit bahan tumbuk dan kelapa.
2. bila dah agak kering..masukkan pegaga dan tuutup api..
3. kacau rata dan hidangkan..

  • DAGING BAKAR

Bahan-bahan
300 gm daging lembut
garam
minyak

Cara
1. Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga masak.
2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang.

Air Assam
4 keping asam gelugor
garam
5 s/k lada hitam tumbuk
sedikit hirisan bawang kecil

Cara gaulkan senua bahan dan rasakan garamnya.

  • IKAN KERING MASAK HALIA

Bahan-bahan
200 gm ikan kering [isi]
1 cawan santan
3 sm halia
3 ulas bawang putih
2 s/k lada hitam
2 keping asam gelugor
2 sm kunyit hidup
garam [jika perlu]

Cara
1. Bersihkan isi ikan kering dan potong kecil.
2. Masukkan dalam periuk bersma abahn2 lain.
3. Masakkan sehingga kuah pekat.
4. Angkat dan hidangkan bersama nasi.


Dear Hubby, harap2 dapat boley tolong sediakan food for me time dalam pantang nanti yea.. TQ! 
xoxo-D-publish! hehe :) 

6 comments:

izfanora said...

terbaik ! siap mention "suami yang akan masakkan".. best tue.. hihi..

Umie Aisya said...

Waaaa byknya resepi!!selamat berpantang nnt babe! :)

BAIZURA NATASHA said...

Lucky u dpt husband yg pandai bawak diri kt dapur :)
The menu are not bad. Kena selera je. Sp ckp mknn pntg xbes kn? Haha.

hidayah hiddensity said...

izfanora : nak sedapkan hati je tu. hihi.. last2 berpantang mama jaga n masak ;p

umie aisya : tq awk!! last2 masak black pepper n halia je hari2.

baizura natasha : hubby br nak cuba2 terjah dapur masak ni.. tapi lst2 plan bertukar, pantang mama y jaga. hee.. nant awak boley try juga recipe ni..

Anonymous said...

Sdapnye resipi.nk try gk la.tp my husb xbg mkn telur n sardin sbb katanya luka xbaik lagi..

Anonymous said...

banyaknye yang sebenarnya tak boleh makan ni... ikan masin.. telur... cuka...ikan kering.. santan