My Anniversary tickers

Followers

Monday, July 15, 2013

Tutorial Kek Batik Moist

Lebih kurang seminggu sudah berpuasa.. ni weekend 1st kat rumah baru ada kesempatan nak buat juadah favourite husband untuk berbuka. Mudah dan sedap.

Kek Batik Moist

Bahan2 :

Sebungkus biskut marie
150g butter dicairkan
200g / 2 cawan milo
1/4 tin susu pekat - boley letak up to half tin
Sedikit susu cair, agak 10 sudu- optional
5 sudu besar serbuk koko - optional
4 biji telur



Cara membuat :

1. Kacau milo + susu pekat + telur sampai sebati



2. Masukkan serbuk koko. Sebab tambah koko, kena letak susu cair untuk kurangkan kelikatannyer...



3. Masukkan susu cair. Agak2 la jangan banyak sangat nanti kek susah nak set.



 4. Dalam pan berasingan, masukkan butter yang dah dicairkan dah masukkan dalam periuk


5. Ni pun optional jugak. Hujung  sudu je anggaran 1/2 sudu teh. Kacau dalam api kecik sampai pekat



6. Mula lapis. Tekan biar biskut mampat dan tenggelam. Bila kena bancuhan coklat panas, baru biskut lembut. Buat sampai abis.



7. Lapisan atas, haruslah tabur milo banyak2 sampai tak nampak adunan coklat. Sejukkan semalaman. 


8. Potong, hidang, makan.. selamat mencuba!!


3 comments:

achiek anis said...

nak masak coklat tu yg fail tu...asyik la melekat2....huhu

ComelComot said...

menarik slame ni saya tau mkn je buat xtau.

hidayah hiddensity said...

Achiek anis : api mmg kena kecik je and rajin kacaw. But quite simple la yang buh telur ni.. :)

Comelcomot: ni kita edit sbb x suka manis sgt tp nk moist m chocolatey...hihi.biskut xbyk pun, adunan telur+choc y lebih..