My Anniversary tickers

Followers

Sunday, July 29, 2012

Great Deal Designer Collection for Hari Raya

Salam readers and friends! sudah seminggu berpuasa hopefully u all semua okay saje!

Bila puasa dah nak masuk minggu kedua, terasa2 pula bahang nak beraya.. dan yang paling sibuk sekali mode cari baju raya! hehe.. risau sket sebab kena cari baju yang boleh masuk pewot 5 bulan ni. kaftan ker?
jubah ker? well, jom tengok pilihan2 hot nowadays.

Berita baik untuk semua!!

This year, ramai designers terkemuka negara yang bermurah hati mengeluarkan line bagi bajet rendah untuk semua peminat fesyen di Malaysia ni. katanya, takla rakyat Malaysia kempunan nak pakai baju depa, dan daripada imitate design baju dorang yang marvelous tu , ada baiknya mereka keluarkan rangkaian koleksi baju raya 2012 yang bersesuaian dengan bajet kita semua. 

1. Rizalman Ibrahim for Tesco

20 by Rizalman

Available di Tesco terpilih saje.. range harga dari RM180 - RM250

Rizalman Tesco1

Rizalman Tesco

Rizalman-Tesco40
Hiddensity's pick

pictures ihsan 
venusbuzz.com 

2. Jovian Mandagie for First Lady ( my favourite! )

His collection juga available online via zalora.com. price range RM280 and above.. sangaaaat suka collection dia!

Hiddensity's pick




3) Radzuan Radziwill for Thepoplook

Fusion style, touch of ethnic and comfy. Price range from RM 119.00

Raleen Maxi Dress - Red

Ruched Jersey Tunic - Blue

Reyna Tie-Dye Tunic - Purple

credit thepoplook.com


Agak2 mommy to be ni muat tak baju raya JM? hehe.. selamat bershopping! bagi sapa yang dalam pantang tu beli kat zalora.com saje =D

Monday, July 23, 2012

Pengalaman Mommy-to-be Berpuasa

Hai friends! Salam Ramadhan.. selamat berpuasa semua!

Syukur alhamdulillah dah masuk hari ketiga berpuasa di bulan Ramadhan ni. mesti ramai wifey and mommy to be excited sambut nak2 bagi those yang 1st time sambut bersama suami terchenta.. syukur.. untuk kite perkara yang mengembirakan bila tahun pertama sambut puasa, bersahur dan berbuka bersama dan juga pengalaman mengandungkan si comel ni yang dalam kandungan 15 minggu dalam pewot. Just nak tips berkongsi pengalaman or petua bagi sesiapa yang pernah mengandung di bulan Ramadhan untuk mendapatkan puasa yang penuh tanpa halangan kesihatan. harap dapat berkongsi..

Pengalaman sejak berpuasa..

Day 1
mengalami keletihan melampau..
pukul 3.00 dah lapar, pukul 5.00 dah terbaring. sakit kepala

sahur : nasi separuh + lauk2 kering, susu strawberi Dutch Lady sekotak

kesan: tak boleh bertahan, hilang tenaga, lemau dan terbaring sampai azan magrib

Day 2
hampir pitam, kehabisan tenaga, penat teramat. sakit kepala berlarutan
lebih teruk dari hari sebelumnya.koyok melekat kat dahi 2 hari. Doktor bagitau, kekurangan gula dalam badan buatkan kepala pening2..

sahur : nasi sepinggan + lauk2 kering, horlick segelas

kesan: akibat jalan kaki ke bazaar, hampir pitam walaupun berjalan sikit je tak jauh mana..terus melepet depan tv tunggu azan. nak bantu mertua di dapur pun tak upaya.. 

Sedih.. 2 hari puasa tak memberangsangkan. so I amik initiative untuk tengok update status fb mommy to be semua.. just to know experience orang lain berpuasa ketika mengandung. ada yang positive dan sebaliknya..sehinggalah ternampak satu update yang mungkin boleh merungkai permasalahan saya..

ni status from Nedhenna, one of my wedding vendor for henna



Masalah plak! I tak makan kurma.. tak pasti la sebab tak suka ke? tak sedap ke? or tak biasa makan sejak kecik. ada persepsi tentang kurma la agaknya masa childhood dulu mungkin rasa tak sedap.. adeh! camner ni.. tapi sebab si comel dalam pewot ni buat julung2 kalinya I relakan diri untuk makan. mujur suami beli kurma yang boleh diterima tekak, sedap *bagi pendapat orang yang tak makan kurma cam I ni.. * hehe. so bagi sesiapa yang senasib tak makan kurma boleh la mencuba kurma ni..




Day 3
Alhamdulillah! amazing! 
syukur.. puasa berlalu begitu mudah tanpa lapar, badan bertenaga.

sahur : nasi sepinggan + lauk, horlick segelas, nescafe segelas (tahan ngantuk nak gi keje) dan kurma wasem 2 biji.

kesan : bekalan zat dan gula yang cukup dari kurma, hilangkan sakit kepala selama 2 hari sebelumnya.. 

hebatnya! khabarnya sebiji kurma berupaya mengekalkan tenaga 6 jam. waallahualam.. tapi I sangat besyukur kerana mencuba. tak semua benda yang kita tak suka tu tak bagus. so, I akan continue makan kurma for sahur, for baby and mommy's health. 

harap kawan2 lain esp m2b dapat share experience, petua dan tips berguna. bayangkan bagaimana anda membantu orang lain memudahkan ibadah kepada Allah.Insyaallahsemoga semua diberkati.. Amin..

p/s : masih belum berkesempatan ke masjid berterawih bersama suami, Insyaallah bila keadaan bertambah baik, boley ke masjid ikut suami juga =)

Friday, June 15, 2012

My First Maternity Wear

Salam friends and reader!

Pewot dah rasa makin sempit nak masuk slim fit jeans. dah tak boleh button. so nak tanak terpaksa la cari alternative. mula2tanak beli jeans maternity, so beli jeans baru pinggang besar sket, tapi still nanti bulan depan dah tak muat. mula la operasi mencari maternity wear for mommy.

Maternity wear pilihan saya yang baru je masuk almari..

1. Scarlet Jusco Maternity Jeans 



Size M
Fabric Stretchable
Price RM 49.90
Remarks Comfy sangat, selesa kat perot, material tak keras, tapi for M size, perfect cut for me except lenght dia. bila dah pakai cam singkat sket, lepas buku lali je. better kalau boleh labuh skettt je lagi.nak beliL takut besar sangat plak.

2. Poplook skirt

credit poplook.com
credit poplook.com

Size Freesize
Fabric Stretchable Cotton 
Price RM 56.00 and above
Remark Selesa, material kualiti tak jarang, boleh pakai sebelum dan semasa preggy.

Yang ni bukan baru beli la.. dah pakai sejak bujang. cuma ni antara y selesa pakai dan boleh sumbat lagi la.

So far, ni jela yang lenjan pakai hari2 selain baju kurung. maklum la pewot baru 3 bulan lebih. sket lagi banyak baju yang takleh padan dah.

Baru2 ni g window shopping kat Mother club and Modernmom. ada sales 50% for maternity denim skirt. harga after less RM 79.90 je! tapi tak sempat nak tengok or try lama2.. kena set date lain, aish.. tido dah tak lena takut sale or stock abis. tolong simpankan untuk saya satu!!!!!!!!!!!!

Wednesday, June 13, 2012

Part II : Island Hopping Krabi

... dan bersambung part 2 untuk island hopping Krabi. ni la pix2 menarik kat sana! weall buat snorkeling dan aktiviti air! hehe..maaf, kalau tanya nama island dia, I lupa la...


national park
snorkeling
maya bay 



thanks to reliable sunblock lotion spf 70++ hehe

Thursday, June 7, 2012

Susu untuk Ibu Mengandung Mana yang Sedap??

Hye dearie friends,

Just a quick and short update, ada enquiry ni.. Siapa yang dah mula minum susu for ibu mengandung boleh share tak? which one yang u all recommend. I cari kat supermarket so far nampak 2 brand ni je.. I ni jenis liat minum susu, so try nak cari yang mana boley telan nanti. . hopefully ada flava chocolate yang sedap.


Owh ya! ada friends y bagitau juga, tak semua susu serasi dengan mommy semua. sila berhenti or tukar kepada yang lain jika body tunjuk symptom2 macam ni :


  • berat badan naik mendadak
  • sembelit
  • mual , sebu dan ketidakselesaan perut
  • dan tanda2 lain y menunjukkan tak serasi
coklat
original flava


Korang minum mana? =)
vanila
Buat masa ni I minum yang ni jer.. hehe.. 

ok! hopefully u guys can help! =)

Saturday, May 26, 2012

Krabi & Phuket Holiday 2012

Sweet escape again!! wooho!

Date       : 10-14 April 2011
Hotel      : Tipa Resort, Aonang (Krabi)
                APK Hotel, Patong (Phuket)
Location : Thailand

Holiday yeay!! Ni budget we all for this gateway! ni tak masuk duit poket la..

4D3N in Krabi + Buffet Breakfast for 2 + Airport Transfer & Seightseeing + Room Upgrade 

RM 388.00 + RM 220.00 + RM 150.00 = RM 758.00

Air Asia Ticket for 2 KUL - KBV +  HKT - KUL

RM 366.00 + RM 700.87 = RM 1066.87

TOTAL : RM 1824.87

Memang sesuai la nak tenangkan fikiran g tempat pulau2 ni.. setelah stress keje dan masih dalam hornymoon period, belum preggie katanyer. hehehe. so we all plan dis time nak sightseeing and island hopping. 

Day 1
Sampai airport Krabi, terus amik airport transfer by hotel, dalam 30 minit sampai hotel and check in. naik bilik hotel, susun barang rest jap. hujan renyai2 kami lepak2 jap tunggu hujan benti sebelum jenjalan cari port makan, beli barang and book island hopping.




Tersedar dari rehat yang panjang, tengok2 hujan masih renyai. alamak dah terlena sampai malam! dalam pukul 7.00pm. nak kuar pun dah gelap. mujur ada bawak McD tapau from lcct tadi, tu la jadi dinner dengan milo 3in1. rugi aktiviti sehari. 

Day 2
Bangun awal, nak gi book island hopping. mulakan hari dengan breakfast dulu.. makan roti, waffle + jam. then terus jalan sekitar hotel, cari kedai, restoren halal and yang penting pantai!! tak sempat nak buat island hopping that day, lambat few minutes. we all book for  esoknyer..


Pakej Island Hopping
Phi Phi Island by speed boat
Time : 8.00 - 4.00 pm
Price : Rm 180.00 per person (actual price)
           Rm 110.00 per person (after bargain2) ;)

Then pastu jenjalan sekitar hotel, cari port makan depan masjid. phew, dekat rupanya! balik bilik dah lemau we all gi massage, amik hotelnye spa. lebih privacy and intimate. woot2!


Pakej massage Spa hotel
1 hour full body aromatherapy massage
Price : RM 40.00 per person

Dah sampai waktu massage, tetiba dia kata kena massage tepi pool side! alamak cekci ar!! I mintak dia tutup ngan bamboo blind, tapi still tak memuaskan hati sebab blind tu lubang2. hehe pastu dia offer datang bilik we all. yess2!! senang hati. tapi sian la tukang urut tu, rumah kitorang tinggi atas bukit. mengah dorang panjat, kitorang naik buggy hari2 ;) massage best giler!! puas hati ok! nak2 lagi tapi takde masa je..


Settle massage, we all mintak shuttle hotel hantar g Krabi town. ada satu shopping mall je katanyer. so we all sampai, masuk dalam mall tak sampai sejam, Krabi dilanda gegaran tsunami. bangunan kena kosongkan. semua orang lari balik selamatkan diri. hotel pun jemput kitorang balik. tak sempat shopping apa langsung, makan pun tak sempat sume kedai dah bungkus. jalan ke pantai Ao nang pun tutup. takut woo!! ada hikmah tak sempat buat island hopping tadi.if tak, camnerla stranded atas bot tengah2 laut.


Balik hotel, blackout plak.. semua turun lobby tengok berita. hujan tak benti we all jalan kaki gi tepi masjid makan. ramai giler baru kuar makan time tu, dan semua pelancong y g island hopping baru dilepaskan ke darat pukul 9.00 malam.. kebulur la nak makan.. sabar je la.. dapat gak kitorang dinner tomyam with apple shake. food harga sama cam kat Malaysia gak, tomyam RM6.00 semangkuk tapi rasa pure abis, terbaaeek!

Day 3
Pickup point kat hotel masing2. ni adalah hari kedua selepas gegaran. sampai je pier (jeti), pelancong yang book bot sama we all semua cancel sebab dorang takut tsunami. gulp! so we all dapat better offer la join speed boat lain. group pelancong sikit dalam 15orang, so service personalised la sket. hehe..

aktiviti snorkeling, gi national park, swimming with fishes, and makan2. best!!



Untuk gambar island hopping and 1Day Tour Phuket kena tunggu.. Part 2 =) to be continued. bye!

Wednesday, May 23, 2012

Jika mummy dah tahu lebih awal baby dalam pewot mummy..

Salam friends, b2b and readers..

Mode bercuti dan berehat seminggu di rumah. homerest. mc. baby tak sehat.

Last week bangun pagi ada spotting setitik. so kalau baca info pregnancy memang normal during implantation will causes light bleeding or spotting. so I cool lagi. masuk pukul 2.00pm, nak gi toilet I tengok bleeding dah penuh pantiliner, muka dah pucat and badan rasa lemah. so I terus ke klinik. 

Doc tanya :

ada jatuh? NO
ada bersama suami? NO
awak stress? YES 
awak penat? YES YES!!

Doc pun  bagi injection kuatkan rahim, ubat dah vitamin lain. Pastu scan, I nervous. syukur nampak heartbeat baby ada lagi. sedih je bila doc nasihat kena banyak rehat.

 .." I dont want you to lose your pregnancy.. "  doc bagi remark! terkejut I.

Doc bagitau ni adalah threaten abortion. dengar word abortion je mata dah bertakung, sedih. terus teringat apa yang salah or tak betul jaga pregnancy ni. aktif sangat ker? or rahim yang lemah?

So bila google baca baru tau..

Ringkasannya, threaten abortion ni pendarahan awal kehamilan 3 bulan pertama yang mungkin memberi tanda2 keguguran.. nauzubillah.. keguguran bleh berlaku bila2 masa selepas beberapa hari. bukan semestinya sebab jatuh atau kemalangan, tapi sebab abnormal implantation atau abnormal fetus. Wallahualam, Allah maha mengetahui.

Rawatan untuk threaten abortion ialah homerest and stay in bed. ni memang doc tekankan. jangan buat kerja berat or ringan. rehat je untuk kurangkan pendarahan. walau bagaimanapun, tiada kajian saintifik yang buktikan homerest dapat elakkan keguguran dan tiada rawatan specific untuk mengawal pendarahan di awal kehamilan. *sedih*

Baby,
Mummy tau baby strong, baby boleh bertahan.. mummy akan makan semua ubat doc bagi untuk bagi baby sehat.. mummy pun dah cukup rehat. baby baik je tak bagi mummy susah pun.. baby membesar sehat kat dalam pewot mummy yea.. mummy belikan mp3 untuk baby dengar ayat2 Al Quran nanti. bertahan yea sayang. mummy doakan baby sehat.. nanti papa belikan barang2 untuk baby ok! mummy and papa sayang baby!!

Bila berehat di rumah sorang2, kadang2 terpikir.. masa awal kehamilan memang I taktau. banyak benda2 yang tak patut buat dah buat pun.. 

Kalau mummy tau baby dalam kandungan mummy, mummy takkan..

  • bercuti2 sakan, buat aktiviti island hopping, snorkeling dan panjat bot berulang kali.. mungkin bahayakan baby..
  • bersantai ke negara pulau, makan buah2 tropika dan jus seperti nenas.. ouch! mummy taktau..
  • bergambar tepi pantai siap lompat2 
  • berjalan kaki sekitar bandar, jalan2 shopping dan berlari2 time menyelamatkan diri saat krabi terkena gegaran tsunami
  • gi spa, urut badan urut perut, gi gym la. mujur mummy tak buat sauna, papa tak bagi. 
  • bawak barang dan bagpack berat2 masa travel..
Sorry sayang.. mummy promise jaga baby sebaik mungkin. rest! rest! rest! tu je mummy buat sekarang.. love u baby! muuuaaah!