My Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label Wedding prep - nikah. Show all posts
Showing posts with label Wedding prep - nikah. Show all posts

Friday, July 22, 2011

Draf Aturcara Akad Nikah

Aturcara Majlis Pernikahan

Tarikh   : Jumaat 16/9/2011 bersamaan 18 Syawal
Tempat : Masjid As Syakirin, Gombak & Kediaman pengantin perempuan, Kg Kerdas 2 Gombak

  • 2.00  Selesai solat jumaat & persiapan pengantin
  • 2.30  Ketibaan pengantin & keluarga di masjid
  • 3.00  Upacara akad nikah bermula
  • 3.45  Rombongan pengantin lelaki bertolak ke majlis pembatalan air sembahyang di rumah pengantin perempuan
  • 4.15  Upacara batal air sembahyang dan penyerahan mahar
  • 4.30  Sesi Fotografi & Jamuan Ringan
  • 7.30  Bersurai
Make up
bride ready 2.00 pm
Anisfiness Touch

Pelamin 
preparation time : malam 15/9/2011
Surizlan Bridal House

Catering & Canopy 
preparation time : pagi 16/9/2011
PIC; tbc
menu minum petang
nasi lemak ayam
teh tarik
kuih muih

Photography
after friday prayer 2.00 pm 16/9/2011
Peveyheck

Theme
Pink and Purple
bride and family

Notes : 
  • bridesmaid akan escort pengantin perempuan ke masjid, bestmen follow groom.

  • hanya dulang mahar dan duit hantaran saja akan di bawa ke masjid, yang lain terus dibawa ke rumah pengantin perempuan selapas upacara akan nikah selesai.

  • selesai akad nikah, semua keluarga pengantin perempuan pulang ke rumah untuk menyambut ketibaan rombongan pengantin lelaki. biar ada gap about 10 min for us to get ready. parking area tbc.

  • upacara batal air sembahyang dalam rumah while dekat luar dah start for free flow jamuan ringan.


anythings else yang kena ingat??  So far ni je yang terlintas kat kepala.. kalau ada tambah lagi =)

Thursday, June 30, 2011

Mini Pelamin Termurah di Kuala Lumpur, incredible deal!!

Pucuk dicita ulam mendatang.. begitula apa yang terjadi pada I. hehe.. sedang mencari2 mini pelamin untuk akad nikah kat rumah nanti.. so far status tak confirm, sebab nak nikah di masjid, perlu ke nak pasang pelamin kat rumah? mini pelamin pun time survey dapat minimum 1k. gulp! so takpe, I survey lagi dan lagi *biasa la b2b kan..* sampai la ternampak satu incredible offer ni.. I was like... WOW!! is it real?


MINI PELAMIN UNTUK PERNIKAHAN / PERTUNANGAN
HARGA : RM 600.00
PROMO PRICE FOR BOOKING JUNE TILL SEPTEMBER, RM 450.00 ONLY!!!

Sangat excited owkey!! murah pula dan pelamin bukan deco cikai2.. I penah tengok the same pelamin for RM 1000.00!! mujur tak bayar booking lagi time tu. memang rezeki. alhamdulillah.. so, rezeki jangan ditolak.. I terus book date and tinggal nak bayar depo je.. syukur..  hmm teruja nak tau design pelamin kan?? lebih kurang macam ni contoh dia..



Cantik giler!! so, bagi sesiapa yang nak cari pelamin nikah or bertunang dengan harga terbaik, boleh dapatkan perkhidmatan dari Surizlan Bridal House, Subang Jaya. Hope this entry helps! bye!!! 

Thursday, June 9, 2011

Tersilap beli!

Semalam lepas keje dengan confidentnyer terus pegi Jakel Masjid India nak cari chiffon silk untuk veil nikah nanti.. disebabkan nak jimat masa, terus beli, dengan harapan warnanyer same.. sa plak kata, amik kaler pink yang paling light skali.. boley match.. alangkah terkejutnyer bila balik rumah kaler dia berbeza giler!! DANG!!! hukhuk.. memang tak boley nak buat ape, tak boley nak dimaafkan, confirm kena beli lain.. kalau 2 kali beli chiffon silk dah sama cam harga veil chiffon readymade kat Jakel. I hanya mengadu dengan b2b saje di sini, kerana tiada sesiapa di luar sana yang tahu.. sobsob.. (T.T)


Baju nikah C11, chiffon silk terbeli C13, kat sana bawah lampu nampak cam pink, dah sampai rumah kaler dia dah almost champagne dah..

p/s : sila bawak contoh kain lain kali, jangan assume je..

Monday, June 6, 2011

Rancangan hujung minggu - wedding prep again!

Rancangan hujung minggu, bukan ape, takut lupa. kena pin up awal2..

kalau takde ape2 halangan, insyaallah mau uruskan perkara2 seperti berikut (ayat exam) :
  • beli lace & chiffon untuk veil, terus hanta tempah kat tailor -done, 11/6-
  • amik photo yang decent untuk bunting & banner -18/6, 8 pm-
  • confirm design and layout kad kawen -done 11/6, depo paid-
  • buat visit ke romantika, ssf and ikea jika perlu (hehe) -done-
  • check vendor mana yang kena complete kan payment within this 3 months to go
  • baju raya?? anta skali la senang!! -done-
  • collect baju silang cik tunang kalau dah siap, fitting for alteration jika perlu -done-
potential issues :
  • lace + chiffon kena match baju nikah, kena bawak baju nikah beli kain??
  • gambar bunting nak pakai baju ape? mama suh pakai baju kurung....
  • kad takde issue sangat kot, bayar jer =)
  • nak beli glass vase untuk hantaran dan sarung baju plastik kat ikea (ape nama dia tah! hehe)
  • kalau baju silang tak siap, kena tunda lagi la fitting, saya agak tiada masa ni....!
p/s : hidayah, sila jangan bertangguh, nanti stress. bila stress nanti demam. bila demam nanti keje bertangguh..bila bertangguh terus stress..stress pula nanti demam.. 

buat banner camni ok tak?? hehe

Friday, May 20, 2011

Sneak Preview Baju Nikah

Alhamdulillah.. sudah terima baju nikah dengan selamatnyer.. terima kasih kepada cik tunang yang bersusah payah menghantar baju dan mengambil baju ni.. hehe.. tq! baju nikah ni memang buat simple habis, baju kurung chiffon dengan perincian manik halus. sangat minimalis.. kalau badan size tak berkembang pas kawen nanti, boleh ar pakai lagi..

Nak tunjuk ke tanak..nak tunjuk..tanak..teaser sket la.. hmm segan lak.. segan nape plak? hehe.. aiyoh! memandangkan mesti ramai b2b yang ala2 excited nak tengok, I bagi sneak preview sket..

Jeng..jeng..jeng!! 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Tarrra!!! inilah busana nyer..ececeh! yeay horey2 dah siap!! boleyla.. sepadan ngan harga dan total damage. budget pun tak besar.. harga < RM 600. harga mampu milik untuk pengantin budget =) peace!

Tuesday, May 17, 2011

Wedding day progress during Wesak day..hehe

Cuti2 ni la masa nak monitor progress, tengok wedding tickler lagi 4 bulan jer.. kalau ikut hari, countdown tinggal lagi 122 hari lagi sebelum majlis. ohho!


Majlis nikah
  1. baju nikah, veil, accessories (veil blum)
  2. make up
  3. mini pelamin, kusyen nikah (pending
  4. caterer (pending)
  5. hall (pending)
  6. hantaran (in progress)
  7. pengiring hantaran
  8. OP dan OV
Banyak benda tak boley confirm lagi ni.. here are the issues:
  • tak pasti location rumah or dewan nikah lebih sesuai, so far nak contact dewan nikah Masjid Wilayah asyik tak angkat tepon je.. hmmm..
  • majlis hari jumaat, waktu yang sesuai antara lepas asar atau malam? takut terkejar2 selepas friday prayer..
  • kalau time pun tak pasti, menu pun takleh nak decide gak.. kalau malam, menu makan berat, kalau pas asar kena sesuaikan dengan masa..

Resepsi
  1. baju sanding (alteration in progress)
  2. kasut, sampin, tanjak & bengkung 
  3. payung dan kipas (blum cari)
  4. pelamin dan set merenjis (done)
  5. make up
  6. OP & OV
  • so far so good

Bertandang
  1. baju sanding
  2. kasut dan accessories pakaian 
  3. payung dan kipas
  4. pelamin dan set merenjis
  5. make up 
  6. OP & OV
  • everything looks on the track ( all complete! )
* so hari ini kalau tailor available mau tengok progress baju la pula..hehe

Friday, April 29, 2011

Bought His Wedding Ring!

Ni la masanyer nampak keceriaan sket kat muka para tunang2 sekalian bila tiba time dia plak perlu bershopping. Ok, sebut pasal cincin kawen, tak semua lelaki minat pakai cincin sekalipun tu cincin kawen dia . so nak motivate cik tunang supaya tak remove cincin kat jari dia nanti, kena ensure that wedding band tu btul2 dia adore and close to his heart *chewah*.

Firstly kena tackle dulu issue, nape tak suka pakai cincin?? jawapan dia..... 

" cincin batu nampak cam cincin tok bomoh jer! "
ahha! so dah tau cik tunang tak suka cincin batu besar seketul kat tengah tu. tak kesah la warna itam ke, hijau malah pink sekalipun dia tak suka. maybe cik tunang suka yang batu flat je or dengan diamond kecik and simple. sila noted. *sape sun beli cincin Degawan tu*

" cincin tebal ni tak rimas ker pakai?? "
dalam erti kata lain, marilah cari cincin yang selesa untuknyer. jangan amik yang tebal ukurannye, jangan pula yang halus sangat, dah rupa cam cincin pompuan pula.phew! *ape lagi la pas ni..*

" emas putih atau suasa lelaki boleh pakai ker? "
he's quite particular when it comes to shariah compliance.. so kalau agak2 sudah bagi hint begitu, kena ada effort untuk cari wedding ring yang bukan daripada emas putih dan bukan juga dari suasa. still ada option untuk pilih platinum or palladium.

After a few visit to tukang emas, dah ada good sign yang dia sudah mula ada interest. tak banyak pun takpe. Camner tau? his curiosity to know more about his wedding ring....

" dalam cincin ni, boleh tempah letak nama kita tak? "
perkembangan sihat, cincin belum beli sudah tanya pasal engrave.. hehe suka!

" kalau pattern tu dh cantik tapi longgar, nant kita still bleh resize kan?? "
boley saja dear! tapi tak semua cincin boley resize.. see! cik tunang dah tau pattern mana and type cincin yang dia suka. btw, u lan ada many options for your finger size kan, but u insisted for that ring ;) BRAVO!

I pun bawak cik tunang gi pilih cincin, ada la dalam 3 cincin dia shortlist, then dia dah berkenan satu ni. I pun suka. yeay!!

So conclusion, cincin dah beli.. nanti bersambung dalam entry seterusnya perihal dan descripsi cincin pojaan hati. hehe..

Untuk panduan sekadar berkonsi, hasil rujukan Panel Kajian Syariah JAKIM, ada memutuskan hukum pemakaian cincin bagi lelaki. panel juga menasihatkan pengantin memilih cincin platinum atau perak.

  • emas : haram
  • suasa : haram, disebabkan atas komposisi campuran emas dan perak.
  • emas putih : haram
  • perak : harus


Hukum tersebut I rujuk di laman ustaznaim blogspot.

Buat pilihan yang bijak friends!!

Wednesday, April 27, 2011

Sulam Baju Nikah ~calling for the beaders~

Hello bloggers and blogwalkers!!

Baju nikah is ready!!, tinggal nak tempah beadwork saje. hehe.. baju nampak dah ok sulam dengan labuci simple, tapi untuk menambahkan seri baju tu I nak hantar gi tempah beading kat collar, sleeve and kain.. uissh! tu tambah banyak dah tu..

Syukur dengan kemudahan teknologi sekarang ni sangat memudahkan kerja, alhamdulillah.. trust me, I dapatkan vendor for beadwork and beberapa perkara perihal wedding online saje.. sambil buat hantaran and wedding prep yang lain, sempat hantar email and received reply from vendors sume. multitasking kan? wehehe perasaan ;).

Description baju nikah I ringkas saje, baju kurung moden chiffon sheer pink. sape2 ada kenal boley recommend penyulam manik terkemuka, boley bagi idea yea. buat masa ni baru ada satu je shortlisted. 

Sulam ni pun ada macam2 jenis, and yang diminati sekarang, sulam roset 3D la crumple la, sisik ikan la, macam2 btul.. tak kesah ape name pun janji lawa.. kan?? owh ya! tak lupa untuk sulam paling hot masakini dan pilihan utama para b2b ialah patch laces and diamond applique. nak2 buat patchwork kat bahu ala2 baju ana rafalli inspired by MJ (sila rujuk majalah pengantin keluaran Feb).

Memula nak buat patch work kat baju nikah, tapi baju tu dah ada sulam banyak kat collar and sleeve, so tak sesuai (T_T), jadi bermula la pencarian tukang jahit manik dari saat itu. huhu..

Ni antara hasil beadwork yang agak tertarik menarik kau memang da boom! hahaha!





Boley agak tak yang mana satu pilihan kalbu?? rambang mata weh!!!

Bagi sesiapa yang berminat boley contact mereka ni (wah! iklan tak berbayar) dan boley share kalau ada idea dan contact lain untuk penyulam manik terkemuka  ni. bye! muahh!!

Monday, February 14, 2011

Veil dan Selendang Nikah

Baju dah ada rough idea dah yang berkenan di hati.. veil pulak macam mana? ada macam2 jenis veil yang cantik2 sekarang, yang kembang, yang nipis, tinggal lagi suka ke tak je.. yang dah dijual readymade juga banyak.. available dalam D shape, yang bulat dan yang selendang panjang tu.. tapi I lebih2 teruja tengok veil yang sulam lace tebal.. cantiknyer!! teringin nak pakai jugak nih.. normally, kalau majlis akad nikah, agak2 veil camner yang sesuai nampak sopan, ayu tapi nak glam yea? =D mungkin sesuai yang ringkas je for akad, so veil ni bley kiv untuk resepsi.. tengok la camner!

ni yang border lace besar, cantik kan?  sorry missed the source

ni cantik jugak, pakai chiffon silk and tempah beading.. idea!
pic taken here
veil besar dan labuh, simple dengan border sulam ringkas
 credit to beautiful bride, norehan nordin

veil empat segi panjang, kemas dan manis juga
credit to beautiful mummy, nazmin hussien


And look at these..
Kalau dah cantik, selendang letak atas kepala je, done. Simply beauty..

Suci nyer.. sangat perfect untuk sebuah majlis nikah..auww..

Tuesday, February 8, 2011

Idea Baju Nikah

Lepas jumpa designer tadi, we all ada buat sket discussion untuk baju nikah nanti. Dia suggest why not buat jubah for nikah?? cam ala2 kaftan tu.. hmm but unsure whether the idea for kaftan suit me or not. personally i prefer baju kurung moden untuk nikah..  nampak sweet and simple.. sesuai la dengan majlis.. kalau baju kurung tu simple sangat, maybe bleh put extra effort to work on the design. buat patchwork or beading yang heavy2 sket kan.. so bleh nampak glam sket, tak la typical baju kurung biasaa.. kang tengok2, pengapit lagi meriah and glam!! uissh.. mana bleh! mode : sentap! hahaha!

So untuk next appointment with designer, kena la study fashion2 menarik untuk bagi idea kepada kak designer.

i heart skirt dia..nak camni ar..hehe

baju2 ni rekaan arma.. i suka sangat yang ni!! cantik giler!
less is more! simply gojes!!
purrrfect! pic taken from here


Cadangnyer ikut perancangan nak buat kaler baby pink.. maybe material yang akan di pilih, satin. nak design simple ada sket lace patchwork. tunggu je la hasilnye nanti..

Kakak tailor sugggest nak tutup tempahan bulan May sebab nak siapkan tempahan raya katanyer..maknenyer kena hantar baju on Mac untuk pakai bulan September.. waaah!! kalau tetiba badan gemuk camner! *susah hati*

Sunday, January 23, 2011

Wedding theme

Both of us finally agreed to select champagne colour for encik tunang's side while tiffany blue for my side.. tapi ape2 pun sebarang perubahan mungkin berlaku, nak2 sebelah bride tu punya side :p

Untuk side encik tunang lebih kurang camni theme dia for GROOM'S SIDE..

pic from liweddings.com
Taken from mustloveweddings
 BRIDE'S SIDE
Pic taken from things festive
Grabbed from hitched.co.uk
Harap2 dapat jumpa material and fashion dress yang cantik! da..

Hantaranku

Persiapan hantaran we all agak simple dan beli barang2 biasa saje hehe.. sebab  sejak time tunang hari tu kita dah bincang with encik tunang dan FIL, bawak hantaran time nikah nanti je. so, ni kira hantaran yang pertama la nak buat ni.. the best part mestilah shopping. excited! hehe.. we all berdua pasang strategy untuk mengelakkan budget constrain, kita beli satu atau dua barang every month. 

So we all ambik 7 berbalas 9, antaranya :
  1. beg & kasut
  2. al quran, telekung & sejadah
  3. sirih junjung
  4. coklat, manisan & kek
  5. wangian
  6. jam tangan
  7. kain pasang
  8. kemeja
  9. mas kawen, duit hantaran and barang kemas
Then, bila sampai time shopping, first kite tunggu time mega sale dulu! flow we all shopping memang tersusun rapi.. boleh kata semua barang dapat harga diskaun la since kita beli perfume pun time krismas. telekung kirim kat one of my bestie gi holiday kat bandung.. serious memang banyak jimat, terbaeek!! tapi yang tak dapat diskaun tu pasrah je la.. ahha! masih lagi dapat rebat 15% cash back ape from amex! tq!! love u american express =D 

owh ya! berkaitan tema hantaran, we all pilih modern english gamaknyer! hahaha.. ada roses, ada bakul putih, dedaun sket.. kalau ikut preference, i suka tengok hantaran yang rich, full of fresh flowers and classy..  tapi memandangkan persiapan kita plan nak buat awal, terpaksa replace dengan artificial flower la.. so tunggu saje lah hasil  kreativiti cik penggubah hantaran tu nak menterjemah idea dan kehendak i camner. tunggu....