My Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label love u unconditionally. Show all posts
Showing posts with label love u unconditionally. Show all posts

Sunday, December 30, 2012

Love Planner 2012

. : Wish list hubby and wifey  : .

1. Ronda 360 utara Malaysia, Kedah & Perlis January 2012 ( done! )

2. Slot photography bersama Subhi Karim Dec 2011-Mac 2012 ( tunda lagi.. :/ )

3. Melancong ke negara jiran Feb-April 2012. beach, here we come!! 
(done) to Krabi-Phuket 10-14.4.2012

4.  House, tolong la buat rumah kat Keramat, Setiawangsa atau persekitarannyer *dengan budget yang mampu milik* kuikui ( done! ) 3.8.2012

5.  lalalala.. duit ada lagi tak? nak completekan rumah especially kitchen cabinet, living room and walkabout wordrobe.. hehe ( done! )

6. Membina ahli keluarga yang comel2..lallala.. amin..
 ( dalam pewot mommy tengah develop )

7. Mengikuti kursus/bengkel yang boleh mendatangkan manfaat
( done! antenatal class attended ) 4.11.2012

Monday, April 16, 2012

We have been married for 7months.. kesian suami dapat isteri macam ni..

Salam friends and readers! blog sepi seketika dan kembali menulis =)

..and Dearest Hubby,

16 April 2012.. 

Happy sevenmonthsery to my husband! tak terlalu awal untuk celebrate ulangtahun perkahwinan *belum setahun, ulang bulan ker?* dan tak semestinya mengingati pada tarikh tertentu setiap tahun saje. pada saya, setiap hari adalah hari penting yang wajar kita kenang dan hargai. bila bangun dari tidur, syukur alhamdulilah diberikan satu lagi hari untuk menjalankan tanggungawab sebagai seorang isteri dan hamba Allah.. tiada yang lebih bermakna dalam rumahtangga ini bila dikurniakan suami yang baik untuk kita, the right man not necessary the perfect man..

Saya sentiasa berdoa supaya menjadi isteri yang solehah, isteri terbaik untuk suami dan isteri yang sentiasa membahagiakan suami.. jika saya gagal untuk jalankan tanggungjawab dengan sempurna, saya akan cuba baiki dan cari jalan untuk memulihkan keadaan.. jika masih tak memuaskan hati suami, saya serahkan kepada Allah untuk berikan yang terbaik buat suami.. ampunkan saya atas segala perkara penting dalam rumahtangga yang saya kerapkali terlepas pandang, dan saya menyesal.. semoga setiap saat yang kita lalui bersama akan diberkati, dan jadikan perkara buruk atau musibah sebagai hikmah untuk kita perbaiki semuanya.. sentiasa bersyukur atas segala nikmat Allah, dan saya percaya suami adalah pelengkap hidup dan jodoh yang telah dihantar oleh Allah, dan ini yang terbaik untuk saya. Alhamdulillah..

Saya sedia menerima segala dugaan dalam rumahtangga, kerana ini adalah ujian tuhan untuk jadikan kita insan yang lebih baik..

Dalam 7 bulan perkahwinan ni, baru saya sedar betapa hebatnya suami saya bertolak ansur dengan kelemahan diri saya..

1.Kesian suami dapat isteri takut minyak meletup..



Saya penakut goreng ayam, ikan keli, hati limpa dan segala jenis makanan bergoreng yang meletup dalam minyak panas.. oleh itu suami saya yang selalu volunteer buat kerja tersebut, malah lagi pandai tahu ayam dah masak sempurna ker tak? =)

2.Kesian suami dapat isteri tak pandai mengemas sangat..




Selalunya saya akan ke opis dulu lebih awal, jadi suami akan mengemas katil, susun bantal dan lipat selimut. bila sampai turn saya kemas katil mesti tak sekemas mana, dah la amik masa lebih lama.. aaiisshh.. malunyer jadi isteri camni..

3.Kesian suami dapat isteri tak pandai menggosok baju..


Baju saya kebanyakkannya tak perlu gosok.. jarang pakai baju kurung ke opis, slalu pakai cardigan with skirt yang kedut seribu.. awal2 kawen ada cuba gosok kemeja suami, lebih 30minit iron, hasil plak tak membanggakan. oleh sebab nak elakkan pembaziran masa, tenaga dan karen sebab on seterika lama, suami akan hantar baju ke dobi untuk iron.. malu lagi.. bila la nak berubah wahai isteri..

3.Kesian suami dapat isteri kerja tak tentu masa, jarang masak dinner..


Kerja di luar kuala lumpur, kadang2 saya tak sempat masak makan malam. mana taknya kalau sampai rumah pukul 9.00 malam, sementara nak tunggu saya masak, boley gastrik suami saya.. tapi suami selalu bertolak ansur, kadang2 makan kat luar, kadang2 beli kat pasar malam je apa yang ada.. maafkan saya. ni memang salah..

4.Kesian suami dapat isteri yang takleh memandu..


Saya belum ada lesen memandu.. tak berkesempatan lagi. suami terpaksa jemput dan hantar saya pegi kerja dan kemana2.. kalau la saya boleh berdikari.. tak la saya menyusahkan suami lagi..nak2 waktu kerja pun tak menentu, sampai kena berjaga sampai 2.00am sebab saya..

..walaupun saya goreng ayam sebatu pakai perisai, walaupun saya kemas katil comot, walaupun saya iron baju 1 jam, walaupun kena makan kat kedai mamak dan walaupun kena tido sorang tatkala saya kena keje midnite shift, terima kasih sebab terima saya seadanya.. ='D

Saya janji insyaallah, saya akan berubah menjadi isteri yang lebih baik.. 

Love,
Wifey..

Wednesday, September 7, 2011

Seloka Ijab & Kabul


Akad nikah seminggu lagi,
rasa cuak tidak terperi,
nampak luaran sentiasa happy,
macam tak sabar detik dinanti.

Fikiran melayang kesana kemari,
terbayang hari nikah nanti,
anggun ker bersolek menghias diri,
tunggu masa jadi permaisuri.

Rombongan tiba menunai janji,
Ijab dan Kabul kian terpatri,
restu wali dan hadir saksi,
upacara dimula adat diwarisi.

Sebaik jabat tangan tok kadi, 
pengantin perempuan sayu di hati, 
sebak, gembira berbaur kini,
sah sudah menjadi suri.

Lain berbeza si pengantin lelaki,
tersedia amanah dan janji2,
tergalas di bahu kanan dan kiri,
berbekal barakah dah restu Ilahi
moga sejahtera suami dan isteri,
kasih ke syurga kekal abadi.."


Sedar tak sedar masa berlari,
tengok2 dah dekat 1.00 pagi,
akad belum pun terima lagi,
tapi dah berangan sampai lupa diri,
berangan bukan sebarang berangan,
berangan untuk muhasabah diri,
nanti next time kita berblogging lagi,
esok nak kerja, banyak lagi stress menanti..


hehehe..! ok tak?? 
                                                                                                                                         hidayahiddensity..


"Aku terima nikahnya Siti Nurhidayah binti Hairuddin dengan mas kahwinnya RM 300.00...”

AKU BERJANJI, BERSAKSI WALI..

“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anakku. kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku..”


Ya Allah, besar sungguh amanat dan tanggungjawab calon suamiku nanti.. jadikan la aku isteri yang solehah.. AMIN..

Tuesday, September 6, 2011

Luahan Hati Bakal Pengantin..

Lagi 10 hari je saya akan menikah.. memang ada satu perkara yang dah lama saya nak sampaikan kepada sesiapa yang terlibat, tapi tak tau cara yang terbaik untuk disampaikan.. mungkin tuhan dah beri petunjuk untuk saya jelaskan.. harap semua pihak dapat terima dengan hati terbuka..
  • Firstly saya nak mintak maaf berbanyak2 kepada sesiapa yang pernah tersinggung dengan saya. lebih tepat kepada yang pernah simpan perasaan kat saya. maaf, saya tak berniat mempermainkan perasaan sesiapa. mungkin kelakuan saya yang mudah mesra dengan sesiapa saje dan sifat ignorance yang tinggi buat saya tak sedar dan perasan ada pihak yang berkecil hati. maafkan atas kecuaian saya dan saya betul2 rasa kesal dan bersalah atas apa yang jadi.
  • Secondly, calon suami saya sekarang bukan sahaja pilihan saya dan keluarga, malah ini juga sudah tentu pilihan Allah buat saya. saya percaya apa yang ditentukan tuhan itu yang terbaik buat saya dan saya yakin calon suami saya dapat menjaga saya dengan baik. mungkin bukan jodoh kamu dengan saya, kerana Allah sudah pilih wanita lain lebih sempurna buat kamu kemudian hari. Wallahualam. hanya Dia Maha mengetahui.
  • Harap kamu dapat terima seadanya, maafkan kami. doakan kebahagiaan rumahtangga yang bakal kami bina. saya sangat2 berharap agar mana2 pihak tidak menyimpan perasaan dendam di hati. buang yang keruh ambil la yang jernih. saya hanya manusia biasa yang tak lari melakukan kesilapan. tak terniat langsung nak menyakiti sesiapa.. salah saya atas kelakuan dan perilaku saya yang begini. bersyukur menerima calon suami yang sangat memahami karakter saya sebegini dan terima seadanya.
  • Yang terakhir, buat yang teristimewa calon suami saya yang turut menerima tempias dan 'warning2' tak authorise daripada kamu2 sekalian. thanks kerana banyak bersabar dan tak buat keputusan melulu bila ada masalah yang datang. saya percaya dah memang anda lah jodoh saya.

Akhir kata, buat kamu RAIN dan jejaka2 lain.. harap kalian pasrah.. ='(


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Image Detail
for illustration purpose only ;)
for illustration purpose only ;)
just kidding lol!!

Monday, August 1, 2011

Day 2 : Seharian di hospital meneman kamu..

Day 2 ( 1Aug 2011 )
Ward 18
General Hospital, Kuala Lumpur..

Semalam memang ada janji dengan Cik Tunang untuk datang visit sambil bawa barang keperluan peribadi ke hospital. oleh sebab waktu melawat mula 12.30 tengahari jadi takde masalah nak ke sana.. tapi lepas sahur je  tadi hati macam tak tenang, so I sms Cik Tunang just to say Good Morning.. sebab I tau at this hour nurse akan gerakkan patient bangun nak ambil darah.

7.30 am 
Dapat sms dari Cik Tunang, kena pindah katil yang dekat dengan doctor untuk pengawasan rapi.

Platlet dah menjunam ke 39 ( sebelumnya 115, 66 ke 39 ) 

9.00 am
Terus bersiap keluar rumah gerak ke hospital. bawa barang2 keperluan dan bubur nasi + sup ketam.

I call ofis, I EL!

9.45 am - 8.30 pm
Menghabiskan masa bersama-sama di hospital, dan ini kali pertama berbuka puasa di hospital. Bukan sedih berbuka di situ, tapi sebak dengan keadaan dia yang kurang baik..

Sebaik mungkin nak sembunyikan perasaan sedih, sebak dan takut supaya semangat dia terus kuat untuk pulih. kami nampak tergelak2 happy kat hospital tapi dalam hati sebak giler.. yang penting biar dia nampak I ok, so dia tak risau sangat..

Rasa nak menangis kat situ juga tengok darah yang mengalir banyak kat bekas jarum drip. doc kata, darah terlalu cair sebab platlet rendah =( asyik ganti plaster.

Ya Allah, bagi aku kekuatan.. sembuhkan la penyakit ni, temukan la kami dengan penawar yang mengubati.. AMIN..

Sunday, July 31, 2011

Take care Dear, love you much!

Pagi2 lagi hari ni dah bersiap ke hospital, Cik Tunang ada sekali lagi check darah. menjangkakan keadan semakin pulih, I tak risau sangat. tapi keadaan mula bertukar cemas bila result tunjuk platlet count Cik Tunang merudum dari 115 ke 66. staff hospital terus panggil I daftar Cik Tunang ke wad asap. sebenarnyer time tu dah frust, sedih, kecewa, sebak semua ada tapi kena buat2 steady and kuat sebab I tau dia lebih risau. I angkat barang, dah confirm wad terus bawak Cik Tunang pakai wilcha gi masuk wad for futher check up.

8.40   Sampai di hospital
9.00   Result darah dah keluar terus ke Bilik 6 jumpa doktor
9.30   Daftar dan masuk wad
10.00 Pemeriksaan doktor dan masuk iv drip
11.00 Cik Tunang berehat, tido sekejap2 & sms ahli keluarga
1.00   Keluarga Cik Tunang and I datang visit, and lunch
2.30   Balik dengan hati yang berbelah bahagi (T-T)

Sampai rumah, solat, baring2 terus terlena. walaupun badan kat rumah tapi hati masih kat GH. risau tengok keadaan Cik Tunang yang lemah tak bermaya. selalu dia aktif, ni makan pun tanak. nasi sesudu je masuk mulut. drip dah masuk 4 botol. I pilih untuk stay kat hospital so at least boley monitor makan minum dia esok. sorry to my employer, I have to take emergency leave, unpaid leave I tak kesah sebab kesihatan tunang I lebih crucial time ni.



Semoga hari esok lebih baik, menjelang Ramadan yang penuh berkat ni, makbulkanlah doa kami Ya Allah.. sembuhkan la hambaMu dari segala kesakitan dan musibah.. berharap kesihatan Cik Tunang bertambah baik. AMIN..

Take Care dear, love you so much!

P/s : Dear b2b, siapa yang tau other alternative for dengue fever remedy let me know ok. at the moment makan sup ketam je. but slow recovery juga. please help. thanks.