My Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label pneumococcal vaccine. Show all posts
Showing posts with label pneumococcal vaccine. Show all posts

Saturday, January 18, 2014

Liputan Media : YES! Kempen Menyokong Vaksin Pneumokokus Percuma di Malaysia

Hi..

Ada juga siaran akhbar dan majalah tentang program kesedaran YES ni.. antara usaha gojes mommy untuk menyebarkan ilmu dan kepentingan vaksin.. tapi pilihan masih di tangan masing2. Vaksinkan anak dengan harapan tak bawa jangkitan dah elak tersebar virus dan kongsi pengalaman je la boleh kita usahakan.

Ni antara klik2 gojes mommy sepanjang program berlangsung. 

Thursday, December 12, 2013

YES! Kempen Menyokong Vaksin Pneumokokus Percuma di Malaysia

Salam semua..

Entry kali ni lebih serius dan berniat untuk berkongsi ilmu dan kesedaran kepentingan vaksin pneumokokus untuk anak2 terutama bawah 2 tahun.

Perhatian!

Kepada ibu2 para anti-vaksin, saya hormat keputusan anda. harap jangan cepat melenting dengan idea dan rayuan kami kerana keputusan memvaksin atau tidak, masih terletak di tangan masing2..

Pada saya, saya menyokong sepenuhnya anak saya dilindungi dengan vaksin pneumokokus ni.

Bahaya Pneumokokus

Berpunca dari  jangkitan kuman pneumokokus atau streptokokus yang menyerang badan menyebabkan jangkitan kuman dalam darah, kerosakan otak, keracunan otak yang boleh membawa maut. Gejala jangkitan awal jugak agak sukar dikenalpasti disebabkan bayi mungkin akan demam, batuk dan selesema sahaja pada awalnya.

Kepentingan Vaksin Pnuemokokus

1. persekitaran tak selamat dan kuman yang sukar dilawan oleh antibodi bayi
2. anak yang divaksin menyelamatkan nyawa anak lain dari terus membawa virus dan berjangkit
3. mencegah dan menyekat virus merebak

YES! I AM PROTECTED WITH PNEUMOCOCCAL VACCINE

Terima kasih pada erina yang banyak encourage kami dan support bagi awareness kat semua parents. Setelah 6 bulan berjuang sampai masa kempen ni melabuhkan tirai. Kami semua dah ambik vaksin ni untuk anak sebagai langkah berjaga2. Sedar bukan semua parents mampu.. Jadi atas kesedaran ni, kami tandatangan pledge card untuk menggesa Kementerian Kesihatan menyediakan kemudahan vaksin secara percuma seterusnya memasukkan dalam Imunisasi wajib (NIP) di Malaysia.

Majlis berjalan selama 2 jam berkongsi ilmu bersama panel2 profesional  Dato' Dr. Musa, Dato Dr. Zulkifli dan Dr. Yong Junina, pengasas program Puan Chan Li Jin dan wakil Gojes Blogger pada 16 November 2013 di Tropicana City Mall. Alhamdulillah.. semoga usaha ini dapat membuka mata semua pihak demi masa depan bakal pemimpin negara kita masa akan datang..



Friday, July 26, 2013

Pneumokokal dose pertama z.i

Salam Nuzul Quran.. hari ni selangor cuti, tapi mommy kena masuk opis OT. terlupa plak appointment anak bertuah untuk vaccination seterusnya.. mana dan nak delay2 lagi. Nak cucuk anak weekend klinik tutup, weekday takpat cuti, xcukup workforce sampai cuti umum pun kena masuk opis? Kalau xde hal dengan anak memang keje tapi bila sangkut paut ngan anak sorry! Saya sedia terima tindakan selanjutnya. I dont care!

Dose 1~ 7 bulan
Dose 2 ~ 8 bulan
Dose 3 ~ 12 bulan

Nak mintak cuti tak semudah yang diharap.. nak mc tak wajar plak mmg cuti. Jadi mintak time slip je la.. apa lah nasib..Tengah Q kat Klinik Keluarga Dr Dahlia sambil tunggu doc panggil ada banting pasal pnuemokokal berdiri depan pintu doc..

BAGAIMANA PENYAKIT PNUEMOKOKAL MEREBAK?

KUMAN PNUEMOKOKUS
*terdapat dalam hidung dan kerongkong kanak2 yang sihat bawah umur 2 tahun
*merebak dengan mudah dari seorang individu kepada individu yang lain dalam bentuk titisan air apabila bersin atau batuk.

BAYI BERISIKO
*bayi yang menghadiri nurseri atau pusat jagaan harian
*kanak2 berumur 5 tahun ke bawah
*kurang daya tahan atau imuniti kepada jangkitan
*pernah mengalami jangkitan pada telinga tengah, sebelah dalam gegendang telinga
*terdedah kepada asap rokok
*kanak2 berpenyakit kronik seperti diabetes, jantung, paru2 atau buah pinggang.

Ni ikhtiar je.. at least ada usaha dari kita untuk elakkan.. yang selebihnya serahkan pada Dia..kata doc if terkena serangan virus pun maybe mild je.. nauzubillah mintak dijauhkan..
Sempat menimbang z.i.. alhamdulillah 9.4kg.. membesar dengan sehat anak mommy..


harap2 semua okeyy la.. mommy risau zain demam... huhu..

Opps! Lupa time slip! Urrgh...