My Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label tudung pengantin. Show all posts
Showing posts with label tudung pengantin. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Review : Tudung pengantin

Lamanyer nak amik mood update blog ni. bukan ape, gambar blum dapat.. so update yang mana ada dulu.. ni semua dari camera kawan2 dan blog2 mereka yang terlibat BTS wedding I.tq so much! hari ni nak update pasal tudung plak sebab ramai b2b yang mintak suggestion pasal tudung kawen..

Ni plan untuk gaya tudung yang dah rancang dari awal..

nikah - shawl + veil
resepsi - awning chiffon + veil + sirkam
bertandang - awning lycra + veil + tiara

Tudung nikah
Untuk majlis nikah simple saje, beli shawl jojet rm5 dan customade veil. untuk veil I beli chiffon silk kat Jakel dalan 1.5 meter bidang 60". kalau tak silap semeter dalam rm 38 rasanyer. then hantar kat tailor untuk jahit veil double layer dan tempah beading simple kat kepala. veil ni I hantar tempah kat wisma central, sebelah KLCC.. harga pun tak mahal, tapi kena hantar awal giler kalau nak pakai.. sebab tempahan baju kurung sentiasa banyak kat sini.. nama kedai dia tak ingat plak!*aiyak* sebab my mom yang suggest hantar tailor kat situ.. so my mom yang uruskan..

beading pearls atas kepala
labuh veil sampai pinggang
pic ni bley nampak veil double layer kat belakang

Tudung resepsi
Ni kisah dia lagi unik. heehe.. I pun serious tak ingat mana dapat email kak fida untuk tempah tudung.. sebab I save email dia pastu I buat remark 'tudung pengantin'. so after a while I nampak email address tu I pun terus email to discuss pasal tudung I. memang dah lama I cari tudung awning chiffon yang tak berjahit depan, tapi tak jumpa. memang kena customade jugak.. berurusan dengan kak fida sangat mudah dan kualiti tudung memang puas hati. harga tak mahal. bersyukur dapat cari tudung designer yang bersesuaian. nak2 I ni tak pernah pakai tudung awning tapi berani nak pakai time wedding.hehehe pasrah je la kalau muka tak sesuai time kawen tu.. tapi alhamdulillah..hasil memberansangkan.. :)


pic ehsan blog kak fida.. tq!

sesiapa yang berminat, boley contact kak fida di sini..

qiss-bidasari.blogspot.com

Aksesori resepsi
Crown ni dorang panggil sirkam. I beli ni kat Silver Star, rm 140.00. sebab nak nampakkan unsur traditional kat wedding tu so pakailah.. kaler gold lagi.. sape nak sewa, sila contact yea..

Tudung bertandang
Ni lagi best.. I beli kat salah satu kedai tudung kat Jalan Masjid India. lokasi kedai berhampiran dengan Mari Butik. tudung pilihan untuk bertandang juga mudah, awning size S dan iron-on crystal. so after pilih tudung dan batu2 crystal, I lepak kat kedai tu dalam 10 minit tunggu tudung siap. I pilih cystal full kat awning dan sanggul. so budget dalam rm40-50 la tak lari.. takpe stil murah lagi.. hehe bila nak bayar, dia kira rm15! haaah! Ingat harga tudung je, rupanya dengan batu skali!! murahnyer!! tq kak! hehehe..giler happy.

pandangan depan

pandangan tepi, ada crystal lagi kat sanggul ;)
nanti kalau ada gambar baru, I upload yea.. daaa..!

Thursday, March 17, 2011

Tudung Pengantin *part II*

Masih lagi tak tenteram pasal tudung.. huhu.. time blogwalking hari tu ada nampak b2b punya blog tempah customade tudung juga.. tapi tak ingat kat blog mana...uwaaa!! sangat cantik tudung dia, tempah pun harga sangat berpatutan! adoi, nape bley tak teringat nak mark ni.. kalau tak, mesti dapat tunjuk gambar..

Tapi tak perlu risau, sebab I berjaya copy email designer tudung itu.. tinggal nak confirmkan kaler yang btul2 match dengan baju saje.. baju blum siap lagi ni.. mungkin minggu ni nak pegi tengok progress baju! then baru bley confirm jenis tudung.. hehe.. Designer ni nama kak fida (fidala8@yahoo.com).. i email je tanya how to order, tapi response yang diterima sangat puas hati.. dan surprisingly, she emailed me again to confirm after few days walaupun I ni hanya potential customer saje.. sangat2 recommend tudung ni kepada bride-to-be lain juga (^,^)b


p/s : will keep on updating if dapat latest info pasal designer tudung ni ;)

Tuesday, February 22, 2011

Tudung Pengantin

Aduh..payahnyer nak cari tudung.. tudung pengantin sekarang kebanyakannyer semua tudung awning je.. takpun jenis yang Bienda pakai tu ("= _=) ..aish.. For me, I lebih suka nak pakai tudung bawal @ tudung 4 segi biasa jer untuk majlis nanti.. sebabnyer tak yakin nak pakai tudung gaya lain, nampak tak sesuai dengan mukaku.. huhu.. tapi nampak gaya, macam susah plak nak cari! ni pun sedang berfikir2 untuk tempah juga nanti.. ahha! time menggoggle2 tetiba terjumpa  butik tudung pengantin online customade! design follow selera pengantin.. Subhanallah! cantiknyer..!








 Credit to MyHannah Boutique 
Tel :- 0355104579
info@myhannah.com.my
hani1902@yahoo.com
Bagi sesiapa yang lebih sukakan design sangat minimal dan simple, bleh tengok yang ni..


 
Pic taken from D'ya Design
Cara membuat tempahan:
Sila hubungi Aina di talian : 013-6145424 @ 017-2042104

Dulu ada satu online butik ni jual tudung pengantin, tapi sekarang dia dah private kan blog dia.. so tak pat nak link kan.. ape2 pun sebelum blog nyer di privatekan, I sempat simpan beberapa gambar hasil kerja tangan dia yang memang cantik.



Hmm kalau beli tudung simple camni jer bleh tak?? hehe 



Monday, February 14, 2011

Veil dan Selendang Nikah

Baju dah ada rough idea dah yang berkenan di hati.. veil pulak macam mana? ada macam2 jenis veil yang cantik2 sekarang, yang kembang, yang nipis, tinggal lagi suka ke tak je.. yang dah dijual readymade juga banyak.. available dalam D shape, yang bulat dan yang selendang panjang tu.. tapi I lebih2 teruja tengok veil yang sulam lace tebal.. cantiknyer!! teringin nak pakai jugak nih.. normally, kalau majlis akad nikah, agak2 veil camner yang sesuai nampak sopan, ayu tapi nak glam yea? =D mungkin sesuai yang ringkas je for akad, so veil ni bley kiv untuk resepsi.. tengok la camner!

ni yang border lace besar, cantik kan?  sorry missed the source

ni cantik jugak, pakai chiffon silk and tempah beading.. idea!
pic taken here
veil besar dan labuh, simple dengan border sulam ringkas
 credit to beautiful bride, norehan nordin

veil empat segi panjang, kemas dan manis juga
credit to beautiful mummy, nazmin hussien


And look at these..
Kalau dah cantik, selendang letak atas kepala je, done. Simply beauty..

Suci nyer.. sangat perfect untuk sebuah majlis nikah..auww..