My Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label misc. Show all posts
Showing posts with label misc. Show all posts

Monday, August 29, 2011

My Humble Virtual Kad Raya

Salam Aidilfitri buat semua ahli keluarga, kawan2, bbf dan semua umat Islam sedunia. 

Eid Mubarak :)


Friday, May 27, 2011

Habib Jewels Mid Year Sale 27 May ~ 12 June 2011

Hello b2b! lambat la I, baru nak update, tengok2 Cik Deby lebih pantas bab2 sale ni..hehe.. Pling3!! berita baik untuk semua kaum hawa boleh dapatkan great bargain for diamond and gemstone jewellery up to 70% off. wah!! penuh la Habib Jewels KLCC sok first day sale.. hujung bulan baru dapat gaji, dah tu hari jumaat pula, memang sakan la kita window2 shopping time friday prayer..kan? hee..

For me, I tak pasti mau beli di sini atau tidak, sebab I dah mula jatuh hati dengan Emas Sri Pinang, tengok la camner =D

Habib Jewels
Click on the image to view promotion




Okay kawan2, buat pilihan masing2.. tapi pilihan barang kemas juga bergantung kepada bajet tunang anda juga..hehe.. kalau I, tak kesah la diamond ke emas kuning ke, janji puas hati. sentimental value tu lebih bermakna dari monetary value, betul tak?

Monday, May 23, 2011

Promosi Kerja Kahwin 2011

Kraf dan Perkahwinan Malaysia!! 
Buat kali keenamnyer Kraftangan Malaysia menganjurkan Promosi Kerja Kahwin 2011. ada jugak la pernah pegi Kompleks Kraf Jalan Conlay sebelum ni.. senang juga nak pegi, parking free ada shuttle van jemput dan hantar ke sana.. sesuai la pada b2b yang nak mencari favor ke, barangan kraf untuk hantaran atau aksesori pengantin. macam tahun2 sebelum ni, masa I pegi, kita kena pandai pilih barang juga dan kena tau harga semasa. sebab biasalah kalau kompleks kraf mana2 tempat pun target visitor adalah pelancong, so harga barangan yang ditawarkan pun standard pelancong jugak! hehe.. 

Btw, here are the details :

masa  : 10 am - 8 pm
           10 am - 10 pm (Jumaat - Ahad)

tarikh : 26 Mei 2011 till 6 Jun 2011

Harap2 ada masa nak singgah.. jom! =)


Saturday, May 14, 2011

Blogspot system down ke?

Sedih je ada entry kena delete secara tiba2.. dah la beberapa hari lepas blog read-only mode je takleh update langsung.. ni entry kita plak dah kena removed. huhu.. majuk la camni.. takde mood sudah mau update perihal baju nikah yang dah siap.. =(

Ada sesiapa mengalami isu yang sama gak ker??

Thursday, May 5, 2011

Gulatis Sale sampai 20 May 2011! Mari bershopping!

Sempat lagi ni bergegas dari SA ke Jalan TAR pas keje semata2 dengar jualan runtuh kat KL. amik kesempatan cari kain untuk raya dan kalau ada jualan murah bley cari kain baju untuk para family dan bridemaids juga. blum beli lagi ni.. huhu.. dari Jakel sampai la ke Gulatis (dah nak sampai sogo dah) jalan kaki dah penat, sempat beli kain untuk baju kurung cotton. memang harga murah giler dan dapat kain yang berkualiti. kain pasang harga start from RM25 je.. lupa plak nak tanya baiyya tu sale sampai bila *update tengok banner iklan sampai 20 May 2011*.. tapi better kalau nak beli kain, beli sekarang, kalau lewat nant tailor tanak amik tempahan dah.. selamat bershopping!!

Sunday, January 2, 2011

Karnival Pengantin Stadium Melawati, Shah Alam

Hi peeps!

ni ada sket2 update berkaitan karnival pengantin yang lalu.. banyak jugak booth2 yang bagi promo menarik. tapi rasanya yang paling menarik ialah kad kawen! sgt2 comel2 yea.. 

we all pegi dalam pukul 5.00 pm 1st day hari jumaat. ok la. tempat besar dan selesa.. we all pun pusing2 jalan2.. dan ada beberapa booth yang menarik perhatian I ler.. jom tengok gambar..!!
 

bz nyer cik lydia I ni.hehe

sesi bergambar bersame cik tunang sebelum pulang

cantik!!! from butik chantek

azika collection

eye catching!! love the colour

pilihan cik tunang =)

comel from kadlestari.com 0.70 min 1000pcs, murah kan??

mari melukis

hampir siap..

ni ar hasil nyer..amacam, ok tak?? hakhak!


ni contoh harga pakej yang ditawarkan: 

Chantek boutique (preferable  [^^,]v)

Harga RM 2500
Pelamin rumah (artificial flower)
Sepasang baju sanding (lace/songket)
1x make up
Aksesori

Azika Collection

Harga RM 2000-2700
Pelamin bersanding
Sepasang baju french lace
1x make up
Aksesori, kasut, bunga tangan, veil dll.


Tips sebelum ke karnival pengantin :
1. pastikan tau ape yang kita nak survey dan perlukan
2. tahu harga pasaran, supaya dapat buat perbandingan harga
3. ambik sumer maklumat kertas2 leaflet tu nak tengok pakej dan contact
4. duduk ambik masa discuss, kalau deal ok, bleh trus bayar depo =D

p/s : pendek kata, ape2 pun bergantung kepada budget.. jangan berlebih-lebihan kalau tak mampu.sekian! =)