My Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label home sweet home. Show all posts
Showing posts with label home sweet home. Show all posts

Sunday, September 2, 2012

Finally I've got my keys! Hiddensity's House :)

Lagi satu Love Planner 2012 tercapai.. syukur kepada Allah.. kami terima kunci Ramadhan yang lepas, 3 Aug 2012..

Happynyer setelah bertungkus lumus dalam proses nak membeli rumah penat lelah sakit kepala semua, akhirnya secara officialnya rumah kecik ni dah jadi milik kami.. syukur alhamdulillah..

Bermula la plan renovasi rumah yang diidam2kan yang dijangka akan bermula insyaallah 10 September 2012 ni. harap2 dapat bawak baby masuk rumah baru. kalau ikut deal ngan kontraktor, proses akan ambik masa sebulan lebih. kena standby duit jela... (-_-") request nak mintak siapkan awal, sebab nak bersalin kat rumah baru. tak larat naik turun tangga rumah sewa sekarang tingkat 5. mengah ok!

Idea minor renovation saya
  • kitchen cabinet
  • walk in wardrobe room
  • tukar pintu semua bilik
  • install grill luar
  • extend dapur besarkan
  • plaster ceiling + add on led lights
  • tukar tiles living room, restroom dan kitchen
  • laminating floor for all bedroom 
  • customade shoes cabinet
  • customade tv cabinet

Ni la rumah kecil tiang seribu saya.. cukup la untuk berteduh kami sekeluarga..

blok apartment dari luar

living room

master bedroom

pintu rumah saya *grill belum siap*

yang pink tu open kitchen

.. ruang lain2 bedroom 2, bedroom 3 (walk in wardrobe) dan laundry room (sudah diconvert jadi dapur) takde gambar yang clear plak.. tunggu siap nanti la akan diupdate insyaallah..

Project seterusnya.. 
  • Furniture hunting
  • Electrical appliances hunting
  • Interior fittings, kitchen utensils and deco shopping
mari brainstorming camner nak 'luaskan' rumah kecil ni.. adeh, abang contractor pun dah pening!

Wednesday, March 21, 2012

Love Planner 2012 : Urusan Beli Rumah Belum Selesai..

Hello! lama betul tak update blog, apatah lagi review kawen juga masih ada saki baki yang belum selesai.. aish.. takpe tunda lagi :) kita story pasal beli rumah kecil tiang seribu saya dulu la. sekadar berkongsi pengalaman I berurusan jual beli ni.. mana tau boley berkongsi info..

Bagi yang terlepas info, boleh refer entry di sini.. ada la I share sket procedure beli rumah.. rumah yang I pilih ni rumah 2nd hand, beli from owner, yang tinggal di luar Kuala Lumpur, dorang jual rumah ni after few years beli.. akibat projek terbengkalai lambat siap, dorang pun belum sempat duduk, siap je rumah terus depa jual.. officially insyaalah, I dapat la rasmi rumah ni nanti..


Stage & progress terkini saya membeli rumah..


    • sehingga 26 Jan 2012
    Survey2, cari info rumah.. buat keputusan nak beli rumah
    • 30 Jan 2012
    Refer property agent untuk procedure seterusnyer
    • 1 Feb 2012
    Lawatan tapak projek, kawasan persekitaran dan rumah. puas hati, proceed dengan docs
    • 5 Feb 2012
    Bayar 3 % booking, sign offer to purchase form, hantar semua document untuk apply loan
    Docs yang perlu :
    1. salinan kad pengenalan
    2. penyata gaji 3 bulan terkini
    3. penyata akaun bank
    4. EA form (borang yang bayar cukai pendapatan tu..)
    • 14 Feb 2012
    Jumpa officer bank untuk buat loan, sign application form dan hantar sign offer to purchase form kat bank. Bank akan call HR korang untuk buat pengesahan staff.

    tunggu kelulusan loan dari pihak bank.. grr.. *neves*
    • 22 Feb 2012
    Housing loan approved! syukur..
    • 2 Mac 2012
    Sign document loan dengan bank..ada 3 copy.. lepas sign bank hantar ke lawyer panel.
    • 5 Mac 2012
    Jumpa lawyer sign S&P. bayar lebihan deposit lagi 7%.. Lawyer akan uruskan bayaran to owner rumah..

    ...sekarang dalam proses evaluation rumah, documentation dari bank saya ke bank owner dan pelbagai proses lain lagi.. tunggu green light je la nak masuk rumah.. *excited*

    • 30 Mac 2012

    Sign loan document di pejabat lawyer lagi..

    Monday, January 30, 2012

    Love Planner 2012 : Nak Beli Rumah

    Our no 2 Love Planner 2012 untuk ada rumah sendiri pada tahun ni.. motif untuk duduk sementara waktu dah untuk sewa jika ada orang berminat. sekarang ni masih dalam proses survey2 rumah dan lokasi.. susah jugak yea..

    Criteria kediaman pilihan hiddensity

    Lokasi

    sekitar setiawangsa, gombak, taman melati, setapak, ukay perdana dan persekitarannyer. atas sebab we all tanak berjauhan dengan our parents and in law yang duduk di Kuala Lumpur.

    Harga

    murah! senang citer. hehe sebab baru kawen ni faktor kewangan ni belum stabil lagi.. jadi kalau nak beli banglo or double story memang tak mampu la nak bayar bulan2 kat bank dengan gaji yang sebegini.. hehe.. nak2 plak lokasi yang nak tu kan.. memang tak la kan..

    Jenis rumah, keluasan dan rekabentuk

    atas sebab sekatan harga yakni bajet kami yang terhad, jadi rumah pun tak boleh demand sangat. sama ada rumah apartment/flat baru atau rumah teres second hand.. betul tak? pilihan kena realistik la.. saya akur.. huhu. kalau landed boley la dapat 900-1200 sf. keluasan I tak kesah.. even rumah sewa sekarang ni pun kurang 600sf tapi we all selesa je.. duduk berdua je pun.. kan? so kalau dapat area 800sf  3 bilik pun dah memadai kot..

    Kemudahan persekitaran

    yang penting kena ada laluan bas or feeder bas ke lrt sebab I pengguna tegar lrt dan public transport. hehe.. dah kalau boleh dekat ngan kedai, sebab senang nak beli makanan kalau sesak2 dapur habis gas!

    Lain2

    nak pak guard, swimming pool, gym, dekat masjid, ada nursery, covered parking, lif, tanak tinggi sangat (takut lif rosak) dan lain2..hahhahaha! tentukan jenis pegangan bebas atau pajakan berapa tahun. freehold lagi baik. cari condo la gitu verangan lebih! wehehe

    ok! tu jer info buat masa ni.. sekarang ni dah tersuka satu kawasan kediaman di sekitar Ulu Klang. hehe.. harap2 ada rezeki kat sini :)

    Motivate diri : ukur rumah di payslip sendiri ;)

    Sedikit info :

    Rumah siap vs projek perumahan baru

    rumah baru dah tentu siap boley terus duduk. tapi harga lebih tinggi sebab kita beli dari owner bukan dari pemaju. mesti dia markup dah rumah tu. boley naik harga sekali ganda.

    Projek baru kena tanggung risiko rumah terbengkalai, harga memang seperti yang dijanji,  hartanah boley melambung bile kita nak jual balik lepas dapat kunci. tapi kita dah kena mula bayar kat bank walaupun belum boley duduk. ken aada plan yang solid nak duduk mana sementara rumah siap maybe dalam 3 tahun or lebih. kena kaji rekod pemaju ada kes terbengkalai tak.

    Prosedur membeli rumah

    bayar booking 3% or any amount required. kadang2 pemaju mintak bayar RM 1000.00 untuk booking
    .
    .

    bayar lebihan 7% upon signing Sale and Purchanse Agreement (S&P)
    .
    .

    hantar document ke bank untuk buat pinjaman dalam masa 2 minggu
    rujuk pemaju, kalau loan reject, deposit dapat ke hangus, ada penalti tak?
    .
    .

    kalau lulus, bank akan bayar pemaju. pemaju akan inform bila dapat kunci dan bayaran lain jika perlu dibayar (deposit electric dan air)
    .
    .

    kalau rumah siap, dah boley duduk, kalau projek baru kena monitor progress rumah sampai siap mengikut spesifikasi seperti t&c


    ... setelah meneliti semua faktor, kami memilih membeli rumah siap from owner.. 2nd hand house.. tunggu update seterusnya! hehe