My Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label mummy and papa world. Show all posts
Showing posts with label mummy and papa world. Show all posts

Thursday, June 7, 2012

Susu untuk Ibu Mengandung Mana yang Sedap??

Hye dearie friends,

Just a quick and short update, ada enquiry ni.. Siapa yang dah mula minum susu for ibu mengandung boleh share tak? which one yang u all recommend. I cari kat supermarket so far nampak 2 brand ni je.. I ni jenis liat minum susu, so try nak cari yang mana boley telan nanti. . hopefully ada flava chocolate yang sedap.


Owh ya! ada friends y bagitau juga, tak semua susu serasi dengan mommy semua. sila berhenti or tukar kepada yang lain jika body tunjuk symptom2 macam ni :


  • berat badan naik mendadak
  • sembelit
  • mual , sebu dan ketidakselesaan perut
  • dan tanda2 lain y menunjukkan tak serasi
coklat
original flava


Korang minum mana? =)
vanila
Buat masa ni I minum yang ni jer.. hehe.. 

ok! hopefully u guys can help! =)

Wednesday, May 23, 2012

Jika mummy dah tahu lebih awal baby dalam pewot mummy..

Salam friends, b2b and readers..

Mode bercuti dan berehat seminggu di rumah. homerest. mc. baby tak sehat.

Last week bangun pagi ada spotting setitik. so kalau baca info pregnancy memang normal during implantation will causes light bleeding or spotting. so I cool lagi. masuk pukul 2.00pm, nak gi toilet I tengok bleeding dah penuh pantiliner, muka dah pucat and badan rasa lemah. so I terus ke klinik. 

Doc tanya :

ada jatuh? NO
ada bersama suami? NO
awak stress? YES 
awak penat? YES YES!!

Doc pun  bagi injection kuatkan rahim, ubat dah vitamin lain. Pastu scan, I nervous. syukur nampak heartbeat baby ada lagi. sedih je bila doc nasihat kena banyak rehat.

 .." I dont want you to lose your pregnancy.. "  doc bagi remark! terkejut I.

Doc bagitau ni adalah threaten abortion. dengar word abortion je mata dah bertakung, sedih. terus teringat apa yang salah or tak betul jaga pregnancy ni. aktif sangat ker? or rahim yang lemah?

So bila google baca baru tau..

Ringkasannya, threaten abortion ni pendarahan awal kehamilan 3 bulan pertama yang mungkin memberi tanda2 keguguran.. nauzubillah.. keguguran bleh berlaku bila2 masa selepas beberapa hari. bukan semestinya sebab jatuh atau kemalangan, tapi sebab abnormal implantation atau abnormal fetus. Wallahualam, Allah maha mengetahui.

Rawatan untuk threaten abortion ialah homerest and stay in bed. ni memang doc tekankan. jangan buat kerja berat or ringan. rehat je untuk kurangkan pendarahan. walau bagaimanapun, tiada kajian saintifik yang buktikan homerest dapat elakkan keguguran dan tiada rawatan specific untuk mengawal pendarahan di awal kehamilan. *sedih*

Baby,
Mummy tau baby strong, baby boleh bertahan.. mummy akan makan semua ubat doc bagi untuk bagi baby sehat.. mummy pun dah cukup rehat. baby baik je tak bagi mummy susah pun.. baby membesar sehat kat dalam pewot mummy yea.. mummy belikan mp3 untuk baby dengar ayat2 Al Quran nanti. bertahan yea sayang. mummy doakan baby sehat.. nanti papa belikan barang2 untuk baby ok! mummy and papa sayang baby!!

Bila berehat di rumah sorang2, kadang2 terpikir.. masa awal kehamilan memang I taktau. banyak benda2 yang tak patut buat dah buat pun.. 

Kalau mummy tau baby dalam kandungan mummy, mummy takkan..

  • bercuti2 sakan, buat aktiviti island hopping, snorkeling dan panjat bot berulang kali.. mungkin bahayakan baby..
  • bersantai ke negara pulau, makan buah2 tropika dan jus seperti nenas.. ouch! mummy taktau..
  • bergambar tepi pantai siap lompat2 
  • berjalan kaki sekitar bandar, jalan2 shopping dan berlari2 time menyelamatkan diri saat krabi terkena gegaran tsunami
  • gi spa, urut badan urut perut, gi gym la. mujur mummy tak buat sauna, papa tak bagi. 
  • bawak barang dan bagpack berat2 masa travel..
Sorry sayang.. mummy promise jaga baby sebaik mungkin. rest! rest! rest! tu je mummy buat sekarang.. love u baby! muuuaaah!

Friday, May 18, 2012

Yeay! We are expecting a baby

Salam semua.. syukur setelah lama berikhtiar untuk menulis akhirnya berjaya membuat keputusan untuk membeli laptop baru.. amekaw! hehe asyik repair2 sampai dah dekat RM 500,wajar membeli gadjet baru.. bukan saja untuk I malah untuk my little one inside =) tq baby sebab support mummy beli laptop ni. mummy bagitau papa, senang cari bahan rujukan untuk baby, then papa pun setuju..hehe


Berbalik tentang entry kali ni.. syukur atas rezeki Allah akhirnya beri rezeki kami untuk dapat cahaya mata insyaallah akhir tahun ni. rezeki yang tak dijangka2, mungkin berkat doa semua termakbul juga impian menjadi seorang mummy.

Kisahnya, I memang tak mengetahui diri ni berbadan dua sehinggalah berjumpa dengan doc, dan doc sahkan kandungan dah berusia 6 minggu. MasyaAllah! dah terlepas mummy nak baca week 1-5 tau2 dah masuk 6 weeks. Memang period agak lewat seminggu tapi sedapkan hati, mungkin akibat stress keje so dah masuk 2 minggu kalau takde juga, mari kita check, mana tau ada penyakit lain ker, tersumbat ke salur mana2.. *tu yang terlintas time tu* bila hubby tanya, jawapan juga sama.. "stressla keje.. sampai 'dia' pun tanak datang..."


Perubahan badan bermula..


Jom tengok perubahan dan tanda2 awal seseorang tu mengandung berdasarkan pengalaman ibu2 sebelum ni..

  • breast sakit, rasa penuh dah bengkak
  • perut rasa kembung, cramp dan bloated
  • rasa mual loya dan muntah
  • kerap buang air kecil
  • kerap rasa letih, muka pucat dan mengantuk
  • mengalami perubahan emosi
  • cepat lapar



Untuk semua tanda2 di atas, memang hampir semua I dah merasa, tapi masih lagi tak terfikir ke arah pregnant. mungkin sebab simptom yang paling famous iaitu morning sickness I tak dapat, syukur..tu yang jadi agak lambat pick up di situ. sampai suatu hari period dah lewat lebih seminggu, baru la berani2 nak cuba buat UPT kat rumah dan hasilnyer..


result tak clear, so I assume tak pregnant..!

So masa bangun pagi pun badan rasa tak sedap, ada unsur2 nak pitam. hubby plak ke luar negara seminggu, apa lagi berkira2 untuk mc.. gigih gi klinik pagi2 nak amik mc, bla..bla..bla.. ngan doc pastu terpikir nak buat upt.. lepas 10 minutes buat urine test doc mengesahkan I pregnant 6 minggu.


doc  : akhirnya.. setelah lama menunggu.. positif.. awak pregnant!
saya : hah? *terkejut*
doc  : awak memang lama tunggu kan?
saya : betul ker ni doc?? *muka cuak, tak senyum*
doc  : betul la, double line tu. nape? awak makan pil perancang ker?
saya : eh tak2!! er..saya terkejut..


** hehe lepas tu kuar klinik happy nyer terus lupa nak mc..larat je gi opis... lalala


Surprise suami!

Lepas dapat berita gembira, malam tu terus bagitau parents dan kawan2 terdekat.. siap discuss lagi camner nak bagi surprise kat hubby. nak tanak kena tunggu dia balik lagi seminggu.. hari2 sms jela.. kadang2 saje selit dalam sms tu "mummy dan baby sehat je kat sini.." hubby pun wonder tapi tak take serious. hehe. plan menjadi masih lagi rahsia.. sampai hubby sampai rumah lepas seminggu, hati membuak2 nak bgtau tapi sebab nampak penat baru turun flight 8jam, tak jadi.. petang sket la..


antara suggestion cara nak bg surprise dari geng2 kak nam kat opis:


  • tunjuk upt result

hubby paham ker kalau double line tu pregnant? aku pun baru tau lepas baca kat paket tu.. 

  • mms gambar pegang mitten and booties

handphone problem nak send mms to oversea. aishh.. lagipun belum beli lagi mitten and botties baby


dan cadangan saya...!



Christmas parcel
amik pewot, ikat reben, tarra! hahaha
credit mnoo.com
Akhirnya malas nak pikir2, I berterus terang saje ngan hubby dalam kereta. mula2 nampak dia tak percaya, tapi lama2 kena caya la! heehe.. so takde la surprise special pun.. hanya pengakuan jujur dan ikhlas je dari saya.. 

Komen suami...


" B rasa baby kita baru 2 weeks kan? " dalam hati I, mesti dia ingat baby made in Krabi akibat percutian kami baru2 ni. time tu baby dah ada dah pun sebulan dalam pewot mummy.. hehe.." Hello papa! baby dah nak masuk 7 weeks dah tau! =) "


happy..