My Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label Wedding prep - resepsi. Show all posts
Showing posts with label Wedding prep - resepsi. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

20.11.2011 Surprise Wedding Reception?

Hari ni dah masuk Jumaat, maka esok bergeraklah kami pulang ke kampung FIL di Merlimau untuk satu lagi majlis sambut pengantin kecil2 lan katanyer.. majlis ni kira sangat adhoc dah kejutan buat I sebab tak sempat prepare ape langsung. bak kata FIL, balik bawak diri jer.. so I wasn't expect something big, sekadar doa selamat, datang pakai baju kurung and gerak pagi dari KL hari yang sama pun on no prob.. tapi sangkaan agak meleset bila FIL aka ayah hulurkan kad jemputan yang ditempah khas buat kenduri edisi di kampung. hello ada kad owkey! takkan nak sempoi2 jer datang lenggang?

Tak sangka kami ada 3 jenis kad kawen semuanyer!

Pilihan dan idea FIL yang pergi senyap2 tempah kad.
ape2 pun impressed! sebab cantik :)
Mak aihh! I dah cuak giler.. mana tak nyer. perkara paling penting yang terlintas kat otak......

Baju & Make up camner?????

I terus teringat nak terjah kaunter makeup, MAC ker, Seishedo ker, Farmasi ker tapi terlupa location kampung adalah di Merlimau bukan kat Bandar Melaka. aiyakk!! buntu.. Tapi MIL relax je cakap takpe.. kat kampung je... I was like..huh??? biar btul? hmm.. so I dengan keadaan darurat dan kesuntukan masa ni my suami suggest.. *senang jer*

1. "b pakai baju melayu nikah, yang pakai baju kurung dalam almari tu.. kan yang pink tu belum pakai lagi.."
Fushia jubah kurung
2. "kita gerak sehari awal, lepak hotel kat sana (hotel kat merlimau ada satu je kot) untuk nak bersiap.."

3. "mekap? takyah la.. biasa2 je dah.."

hukhuk., ape lagi nak di kata... tawakal je la.. so saksikan nanti camner rupa pengantin yang paling simple dalam melaka, or maybe dalam semenanjung Malaysia. gulp!

Sunday, May 29, 2011

Fiance's outfit in progress

Sementara ramai buat review pasal b2b wedding today, i just mampu tengok update blogger2 lain jer. sedey.. hehe. selamat pengantin baru buat Cik Belle. semoga berbahagia disamping orang kesayang! sangat cantik anda. sungguh terpegun.hee..

Okeh, hari ini seperti dirancang, we all pergi menempah baju resepsi cik tunang untuk majlis nanti. semua berjalan lancar, bagus.. baju I dah siap, tinggal baju cik tunang saje kira2 lagi 2 minggu boleh fitting. baju silang simple je, buat sulam sket2 (tu pun setelah dipujuk,hehe). kalau ikut selera cik tunang, nak baju plain je, tapi nampak cam baju biasa sangat, tak feel pengantin nanti.. bila baju siap nanti,  rasa macam kena ada another session for fitting la, tak pasti bulan puasa dan raya nanti perkembangan badan susut atau naik? *mode pasrah* tunggu je la..adeh..

Baik cik tunang, pose sket!! heee..

owh yaaa ya! no entry, fine..! ;)

Tuesday, May 10, 2011

Pengapit Si Pengantin

Pengapit or maids of honour memang ibarat macam side kick la masa hari resepsi nanti. Oleh yang demikian, sila pilih orang yang rapat dan ngam ngan kita so senang la bantu membantu dan bekerjasama pada hari bersejarah itu, kan? for me, chemistry kena kuat between bride ngan pengapit, sebab dalam keadaan kritikal nak bersanding nanti macam2 perasaan ada, cemas, gelabah, sebak, sayu dan macam2 la.. so pengapit selaku orang kanan ni la kena main peranan berada dengan pengantin memberi sokongan bantuan tenaga dan moral selain memastikan perjalanan majlis yang melibatkan bride itu teratur..

Tips untuk menjadi pengapit yang ideal:

  • bawa tisu or span compact powder

kalau cuaca panas, pengantin berpeluh boleh cacatkan mekap..so kena pastikan pengantin kelihatan anggun di hari itu. dan juga sila alert mana tau kalau pengantin sebak menangis bila parents merenjis, eyeliner kuar air mata itam, sila lap yea. hehe.. kedudukan tiara tak center, kain tersangkut, dan veil terpusing juga kena sentiasa dimonitor.

  • dont take things personally

dalam keadaan tak terkawal, pengapit kena la memahami.. kalau bride suruh buat ape2 yang releven tu tolong2 la.. dah tengah terlalu sibuk dan gelabah tu arahan yang diberi pun mungkin tak perasan tinggi tone nyer. so sila jangan sentap. takpe hari ni hari kau raja sehari, nanti hari aku, jaga kau! haahhaha!

  • jangan melawan / mengguris hati terutama dengan keluarga pengantin

time2 camni biasa la, pengantin suh buat itu, makcik dia suh buat ini, mak pengantin kata jangan, bapak pengantin kata ok, pening kan? nak2 kalau makcik2 ramai..adoi...! ape pun yang disuruh, buat sehabis baik untuk menangkan semua pihak. sure dorang puas hati, pengantin juga lega =). jangan kita lak memandai buat tindakan sendiri.

  • jangan berkira tenaga

jangan ingat jadi pengapit nak pakai lawa tumpang camera pengantin je.. mungkin ada tugas2 lain yang kita kena tolong buat jugak.. contoh masa makan beradap, pengantin agak jauh dengan kaum keluarga di meja, so jangan lupa untuk hulurkan lauk, kendi ke, apa yang patut.. kan ke lauk tu depan pengantin, pengapit la yang paling dekat. jangan excited nak makan udang panjat nanas sorang2 dah!

Tips untuk pengantin (terutama untuk saya) : 

  • pengapit bukan pecacai kita

jangan la suruh pengapit buat semua.. kan kita kena aturkan semua dari awal, pengapit hanya bantu sahaja kalau pengantin tak dapat buat. bukan kita bayar gaji dia suh bekerja ngan kita camtu.

  • kebajikan pengapit tanggungjawab kita

pastikan sebelum pengapit bertugas pastikan kebajikan terjaga. parking mana, pakaian ape nak pakai, mekap, keselamatan barang peribadi seperti handbag dan lain2. paling penting makan minum pengapit terjaga baru dorang boleh berkhidmat dengan baik. dorang juga manusia biasa.. bukan robot kot..

  • jaga budi bahasa

ni paling mustahak. adab dah mintak tolong orang, sila la berbudi bahasa wahai pengantin. jangan nak cakap ikut sedap tekak saje ngan pengapit. mendoakan diri sendiri agar tidak tergolong dalam kategori ini. simpang!! sila hargai orang penting di hari bahagia anda. bayangkan kalau pengapit mogo, time nak bersanding dia lari!tak ke kelam kabut kena kipas diri sendiri.. siapa yang malu?? pengantin dan keluarga pengantin jua.. sila ambil iktibar..

ni bridesmaids bertunang ;) sangat berpuas hati! tq dear!



Sunday, May 8, 2011

Busana Keluarga Si Pengantin Perempuan

Baju abah, mama dan kakak2ku nan berdua itu harus kena diberi perhatian juga.. standard la wedding orang melayu nak sedondon satu family kan? (family I je kot) hehe.. cam gameshow family ceria pula.. wokeh! pengantin sudah pakai baju turquiose, oleh itu kaum keluarga akan menyarungkan pakaian bertemakan biru cair dan gold. ok tak? tak la same sangat, nanti kalau mereka terlebey glam overshadow ratu sehari pula.. abislah! owh ya, idea tema busana family ini tercetus selepas ternampak satu gambar yang berjaya memberi inspirasi kepada tema kaler ni.. camni la lebih kurang gambar tu..

Victorian_Wedding_Dress for Sale
dipetik dari Gothic Wedding Gown

wahahaha! sila abaikan kecekcian baju itu. tak mungkin pula nak buat fesyen begini..yang penting idea dan inspirasi yang I dapatkan.. ok la kan?? ;p

Saturday, May 7, 2011

Konsep Busana Resepsi

Ni I ada sket idea untuk konsep busana resepsi nanti.. I nak busana yang mengekalkan ciri2 ketimuran dan budaya melayu tapi dengan idea yang lebih segar dan sopan. I memang suka baju tradisional songket, tapi nak gabungkan dengan fabrik tulle (net) supaya nampak terserlah dengan konsep modern classic yang cuba diketengahkan.. lengan baju kebaya pula nak ada design ala bolero.. camner tu?? tengok saje hasilnyer nanti.. 

Modern classic seperti rekaan ni.. cantik giler! kalau la dapat budget secantik baju ni..

Pinterest



sleeve baju resepsi nak inspired by this wedding dress :p

Baju resepsi dah complete in progress! syukur.. cuma tinggal nak alter je, tu pun harus buat lagi sebulan sebelum tarikh majlis. dijangkakan akan berlaku perubahan size sebab puasa nanti.. hehe.. tengok2 bila minggu first raya badan sudah semangat, baru cantik pakai baju kebaya! ahahahaha! *sedapkan hati*. sangat excited nak tunggu baju siap fitting semua! tak sabar pula.. tema busana rekaan terjemahan hasil moden+tradisional. Alhamdulillah dapat seperti mana yang dibayangkan *double yeay* 

Sunday, February 20, 2011

Touch me up : Bridal Make up

Make up antara perkara penting yang normally bride berangan2kan and concern.. yela.. semua bride nak nampak cantik on that day kan? termasuk la I.. kalau dulu auntie2 kita tempah mak andam je, sekarang semua nak profesional mekap artis (MUA) jerk.. zaman dah berubah.. takyah jampi serapah segala.. cantik gak dek sentuhan pro dorang ni! untung2 dapat makeover terus bertukar jadi muka Dato Siti kan?? sape tak nak? hehe! untuk I pula, tak banyak research yang I buat.. hanya google2 nak tengok contoh makeover and testimonial, done! 

MUA             Amy Ameera
Contact no   019-6351535
Email           amyameera@gmail.com




 

MUA             Emma Pesona
Contact no    012-2015881
Email           emma@emmapesona.com




 



MUA             Miracle Touch by Epie Temerloh
Contact no   0193445429@0176754453
Facebook     Epie Temerloh 
recommended (^^,)b



Amacam, suker tak? geram kan?? I told u.. pasal budget? penting.. pilih yang within our budget, sebab they all ni profesional, ada yang biasa mekap kerabat juga.. so harga pun agak setimpal dengan hasil kerja.. tapi jangan under estimate MUA yang nama jarang dengar, sebab hasil kerja pun tiptop. Harga biasanya they all charge per session around RM500 - RM900. sini I ada buat sket2 research, saje ambik MUA yang kita jarang nampak kat tv, tapi hasil kerja dia kita boleh menilai same2..


Btw, ada gak I google khidmat MUA yang agak meletop di kalangan artis2 juga.. Ada yang charge harga berpatutan lagi.. pendek kata, terserah anda.. nak tau rate? sila hubungi mereka =D kerana ini adalah info tak rasmi mouth2mouth communication ni.. maybe juga ada yang bride dapat harga special sebab amik banyak session. ni adalah quotation tak rasmi, sila bargain and deal for the best price!!


Adnan Jaafar 
017 3782764 (RM500)

Awin Seindah Wajah   
013 7702739 (RM700)

Ayang Kamell 
012 2720975 (RM700)

Baby Elle 
012 3851486 (RM500)

Lova Cinta 
03 41424960  (RM 600)

Saidatul Nisa 
019 312 8246  (RM1000)


Assistant Sai : Liza 
019-209 4564 (RM700) 


Sue Cantik (RM 1000)
019-2742947

Tiar Zainal 
013 6284835 (RM900)

** credit to all MUA for the above picchas

Sunday, January 23, 2011

Wedding theme

Both of us finally agreed to select champagne colour for encik tunang's side while tiffany blue for my side.. tapi ape2 pun sebarang perubahan mungkin berlaku, nak2 sebelah bride tu punya side :p

Untuk side encik tunang lebih kurang camni theme dia for GROOM'S SIDE..

pic from liweddings.com
Taken from mustloveweddings
 BRIDE'S SIDE
Pic taken from things festive
Grabbed from hitched.co.uk
Harap2 dapat jumpa material and fashion dress yang cantik! da..

Sunday, January 2, 2011

12 Bulan perancangan perkahwinan

Neves! FIL bagitau nak datang discuss apa2 yang patut for our wedding hari ni.. rasa macam awal lagi lebih kurang 8 bulan.. nak bincang hal kenduri, details wedding for majlis yang lebih lancar dan teratur.. chewah! nak2 I keje shift yang tak tentu masa ni.. nak dapat cuti weekend jangan harap la.. huhu.. better plan awal.

okeh! ni plan yang kami aturkan dalam jangka masa setahun :

6 bulan pertama (Oktober 2010 - Mac 2011)

Fasa 1 : survey2, kumpul info dan bertemu vendor

1. tetapkan tarikh nikah, resepsi dan bertandang
2. lokasi dewan / rumah / masjid for akad
3. tema warna
4. size / jumlah jemputan
5. survey vendor caterer / busana / dewan / jurugambar
6. barang hantaran
7. budget 

** dewan dah boleh mula menempah seawal 8 bulan sebelum majlis..takut tak dapat date yang diingini.. 

so sekarang masih lagi dalam proses mencari vendor yang sesuai.. 

Fasa 2 : menetapkan pilihan (April 2011 - September 2011)

1. pastikan tarikh yang dipilih dipersetujui, tetapkan.
2. lokasi, bayar deposit. uruskan kelengkapan berkaitan seperti fasiliti dewan.
3. bincang kesesuaian tema antara bakal pengantin and keluarga, bincang dengan WP / designer
4. dapatkan alamat jemputan
5. bayar deposit semua vendor
6. dulang hantaran tetapkan gubahan homemade / tempah
7. berbelanja dengan waspada.. pastikan talian hayat kad kredit dapat membantu =D