My Anniversary tickers

Followers

Saturday, October 1, 2011

Review : Majlis Bertandang (Hangat!!)

Salam all dear friends :) 

Today I would like to share regarding preparation dan juga perihal majlis bertandang di sebelah keluarga suami. banyak dugaan kami hadapi pada hari tersebut, tapi berjaya diatasi satu persatu.. terima kasih kepada setiap seorang yang terlibat dalam majlis ni. GOD BLESS!

18 September 2011, Dewan Keramat AU2

Seperti malam sebelumnya, my hubby and I lepak di Maytower Hotel untuk bersiap, maksudnyer kedua2 majlis resepsi dan bertandang kami turun dari hotel bersama ;) tugas Kak Anis diganti dengan Cik Diana selaku MUA yang dihantar oleh butik pengantin untuk membantu menatarias pengantin dan juga grooming pengantin lelaki. Last day sebelum check out, kami agak kelam kabut nak pastikan semua benda lengkap, takde yang tertinggal dan juga perlu siap semua sebelum pukul 12.00pm untuk elakkan surcharge late checkout dari hotel. make up jadualnyer pukul 10.00am tapi Cik Diana tiba pukul 11.00am sebab tak jumpa tempat. giler risau takut tak sempat siap!! sampai I siap request kat Diana suh abiskan makeup paling lewat pukul 11.40am. dia relax jer, simple je orangnyer. hasilnyer tak macam orang mekap laju2 owkey, cantik tau ;) dalam masa yang same team OV dah jalankan tugas shoot sana sini.. I pun taktau dorang shoot ape. heehe.. nanti kalau dah siap video I upload yea..

Ni antara gambar makeup in progress, sian MUA I ni.. dah la I suh dia mekap cepat2 sempat plak I main front-facing camera *nak tengok cermin, mak andam tak bagi, takut ilang seri* hehehehe..




Sambung cerita makeup, dah siap I bertudung, MUA tolong siapkan pengantin lelaki plak bertanjak dan bersampin, then terus shoot sket indoor. jam dah lebih kul 12.00pm.. hubby call reception counter to stay additional 1day. hotel kata ok, suite tu available for add 1 day should be no prob tapi kena pay extra rm 400.00 la! hehe tak jadi, kami checkout 12.30pm. rugi plak pikir2. hehehehe :) time nak check out lagi slumber, semua mata terbeliak tengok bride sendiri personally pi check out bayar bill hotel owkeh! hehehe. siap dorang wish selamat pengantin baru lagi..ahh! skarang zaman moden, bride kena berdikari, redah je! btul tak?

Then kami gerak terus ke dewan jam 1.00pm. sebaik saje sampai hujan turun lebat.. sekali lagi pengantin terselamat dari kena hujan.. maklumlah I ni super sensitive kalau kena hujan boley terus pening.. adeh! majlis berlangsung meriah dan bersurai pada jam 5.00pm manakala kami terus ke outdoor photoshoot bersama OP dan OV sebaik majlis tamat..

Ni pula sementara nak tunggu groom siap, my bm and I sempat la amik gambar sekeping dua.. selebihnyer kat dewan.. nak tunggu dari OP kena la sabar sket 3 empat bulan kot, gulp!

Tq lydia for the lovely shot!











*Ni yang berikutnyer from Fb Peveyhack






...tapi kusangka panas hingga ke petang, rupanyer hujan di tengahari.. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnyer.. tenangkan hati kerana mana tau, panas + hujan ada rainbow kan3!! owkay la tu :D

Adegan2 yang tak hingin kita lihat..

Hand bouquet terlupa lagi..
Mujur bridemaid I ada di sekitar klcc time tu, I terus call my supergirl multitasking bm suh belikan I roses buat handbouquet. bm penyelamat majlis kerana bride sudah tidak seconfident semalam nak jalan tanpa hand bouquet lagi. hehe..

Payung pengantin rosak
Kalau bagi sesiapa yang baca entry tentang payung tertinggal time resepsi, ni lain plak jadinyer time bertandang. waktu sambut pengantin, ada upacara tabur beras kunyit masa pengantin melangkah masuk ke dewan. disebabkan waktu pengantin tiba hujan dah mula turun, pengantin dilindung dengan payung takut beras kunyit kena baju, so payung jadi mangsa.. payung dah ada stain kunyit yang tak boleh ilang.. buruk giler! payung dah kira total damage la.. aduhai.. tapi cuba bayangkan apa jadi kalau pengantin dibiarkan kena beras kunyit, ape jadi kat baju? takut tak!! hmmm.. tapi macam mana pun tuhan dah kata, memang baju tu macam mana pun akan jadi mangsa hari ni... :'(

Dress pengantin terbakar!!
Dengan tak disangka2, sewaktu photoshoot atas pelamin sedang dijalankan, dress I pakai disambar api spotlight! I tersedar selepas terbau benda terbakar atas pelamin, ingatkan wayar short, tengok2 kain dress dah berlubang sebesar separuh tapak tangan kat betis bahagian belakang kain. giler panic! dalam hati abeslah aku kena ganti baju ni!!! oleh kerana takleh nak selamatkan lagi, kami teruskan photoshoot macam biasa. tetamu ramai tak perasan sebab bahagian koyak tu agak tersorok disebabkan draping kain tu.. (T-T) uwaaa!!! tapi syukur alhamdulillah, bukan bride yang kena sambar api.selamat...

Majlis meriah tak terjangka
Dalam jam 2.30pm, petugas maklumkan makanan dah nak sampai E level..oh no! my FIL call caterer tambah food lagi 200 orang jemputan, dah syabas untuk caterer! makanan dan lauk sampai ontime.. syukur.. lagi sekali dikejutkan makanan sudah sampai E level sekali lagi dan tambahan makanan dibuat kali kedua sebanyak 100 orang. keseluruhan jemputan kira2 1800-2000 tetamu yang hadir. terima kasih... makanan habis cukup2 ngam2, janji semua tetamu dapat makan.

Walau apapun yang terjadi, kami sekeluarga bersyukur kepada Ilahi kerana majlis berjalan lancar.. orang kata kami tak lempar kain atas bumbung, tu la hujan turun lebat. hikhik! kami anggap hujan yang turun menimpa sebagai rahmat.. baju camner? atas budi bicara pihak butik, cagaran kami telah ditarik semula disebabkan barang yang dipulangkan tidak mengikut spesifikasi iaitu tidak berada dalam keadaan baik. akur dengan keputusan butik kami redha malah berterima kasih kerana pihak butik bersama2 menyelesaikan masalah kami atas kejadian yang menimpa. lagipun bukan salah kami 100% pun, mana nak tau spotlight boleh terbakar camtu skali kan3? hikhik! berapa amount cagaran/gantirugi?? biarlah rahsia.. kerana dress tersebut masih boleh jer diguna pakai lagi tetapi perlu menjalani major alteration, dan harga fabric tak la semudah dan semurah yang disangka.. jadi win-win situation la.. 

Alhamdulillah, semua dah selesai.. 

...dan pesanan daripada I untuk bride diluar sana, kalau pakai baju chiffon, sila jauhkan diri anda dari spotlight pelamin..boley terbakar wooo ;)

** errk review belum abis lagi, insyaallah akan bersambung topik2 lain pula.. peace ;D>

11 comments:

Hazz said...

mcm baca movie pun ada. papepun alhamdulillah dah selesai kann. ramainya tetamu smpai 2000 org. mmg meriah. makeup cantik, baju pun cantik.. ;-)

hidayah hiddensity said...

syukur alhamdulillah..dah selesai pun.. :) tq cik hazz takleh ingat pasal cd tu.adeh..

Unknown said...

nak tgk gambar baju terbakar pls!

Nurul Ain said...

cantik...=)

hidayah hiddensity said...

nurin : tu la sebab terkejut dan sedih, takde sekeping pun gambar baju terbakar yangsempat amik..rugi plak rasa!

~ NANA ~ said...

uiks byknye cabaran...tp alhamdulillah mjls dah selamat selesai :) congrats dear! nmpk cntik sgt2

Mimin said...

wow.. ngerinye kalo baju y koto kene kunyit huuu. other than that ble dmaafkan lg ;) btw bj, mekap gmba sume cantik laaa

Unknown said...

terkejut betul tang baju pengantin terbakar tu.nasib anda tak ape2 :p suka baju bertandang tu.cantik :) congrats ye dear..

hidayah hiddensity said...

gadis : tq awak..
nana: tq, apa2 pun syukur dah selesai semua, boleh relax2 je sekarang..
mimin: lega, baju selamat!
zimie: tq! hehehe..drama btul!

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

wahh..hhehe..mesti xkan lupe smpai anak cucu..time tu mmg tension, tp bile ingat balik msti gelak sorang2 kan..:)

hidayah hiddensity said...

rina : btul..tu sumer menguji iman jer...adeh..jenuh gak pening kepala..sekarang dah lega... =)