My Anniversary tickers

Followers

Sunday, November 25, 2012

Rukhsah Solat Ibu Sarat Hamil

Salam semua readers and friends,

"Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil..."

Dah rasa tiba lah menggunakan rukhsah solat memandangkan keadaan badan yang dah tak berapa stabil nak bangun dari sujud untuk berdiri. cepat mengah rasa cam nak pitam kadang2.. haish.. mujur masa antenatal class hari tu ada sentuh bab solat ni.

Rukhsah solat bemaksud kelonggaran yang diberikan dalam menunaikan solat fardhu. masa spm dulu ada belajar ni. tapi hari ni jom kita share cara solat bagi wanita sarat mengandung.. 

Untuk ibu sarat hamil, dibolehkan solat duduk, TETAPI masih terikat kepada rukun solat berdiri betul semasa takbiratul ihram. jika tidak, TIDAK SAH solat.


Solat bagi wanita mengandung WAJIB tapi gugur status wajib apabila... saat melahirkan baby sahaja..

Darah Wiladah dan Nifas

Wiladah : darah yang keluar saat melahirkan baby atau keguguran. maka wajib mandi hadas atas sebab melahirkan dan keguguran walaupun darah yang keluar berupa darah beku. mandi tidak semestinya sebaik selepas melahirkan.

Nifas : darah yang keluar dari rahim selepas melahirkan. tempoh keluar darah bergantung kepada individu dari sehari hingga kebiasaannya 40 hari selepas bersalin.

Hukum solat bagi ibu mengandung
  • pendarahan awal dan semasa hamil
  • Hukum : wajib solat sebab darah yang keluar bukan darah wiladah

  • turun darah, turun tanda bersalin darah dan lendir
  • Hukum : wajib solat sebab darah tersebut bukan wiladah

  • pecah air ketuban
  • Hukum : wajib solat sebab darah tersebut bukan wiladah

  • keguguranada 2 situasi wajib dah gugur taraf wajib
Hukum :-

i) Wajib : selagi janin masih berada dalam rahim belum dikeluarkan, kerana belum berada dalam keadaan wiladah.

ii) Haram : janin dikeluarkan sekalipun hanya berupa darah beku atau ketulan daging. perlu mandi hadas sebelum solat.

Cara solat ibu sarat hamil
  • duduk bersila 
  • duduk antara dua sujud
  • duduk atas kerusi

Q : Jika ibu hamil megalami pendarahan berterusan, placenta previa dan bedrest sehingga bersalin

A : Solat atas kerusi. masih WAJIB berdiri betul semasa takbiratul ihram, dan yang lainnya boley duduk atas kerusi. jika duduk atas lantai dikhuatiri lebih banyak pergerakan yang boleh mendatangkan bahaya sebab pendarahan. rukuk dengan bongkok kan badan dan sujud lebih daripada darjah bongkok rukuk tadi.

Q : Jika ibu terlantar tidak boleh bergerak langsung
A : Solat baring isyarat mata untuk rukuk dan sujud

Q : Wuduk bagaimana dan cara membersihkan diri
A : Berwuduk seperti biasa, cuma bersihkan pendarahan sebelum solat supaya tak terkena pakaian solat dan telekung. tahan pendarahan faraj dengan menyumbat kapas dan ganti tuala wanita. jika darah keluar sewaktu solat, solat tidak batal.

Selamat berkongsi. saya pun baru tahu kewajipan berdiri betul semasa takbir adalah WAJIB, *nyesal tak belajar*, perlu bantuan orang lain jika tak mampu berdiri sendiri. masih mengumpul info untuk situasi2 lain semasa sarat hamil dan solusinya. harap beri manfaat, dan secara tak langsung mendidik si comel dalam pewot tu tentang solat :D harap if ada info kita berkongsi.

bye!

6 comments:

Anna R. said...

thank you for sharing ! :)

hidayah hiddensity said...

anna r: welcome anna. hopefully i helps!

hidayah hiddensity said...

*it helps

Unknown said...

thanks dayah sharing.zimie baru tau.dah sarat ni pun duk solat duduk.tatau wajib berdiri time takbiratulihram.wuwuw hrp diampunkan dosa yg lalu..

hidayah hiddensity said...

welcome zimie,janji dah tau kita buat..same la kita same pun taktau mula2. sharing2 insyaallah.

Cik (Puan) Fizza Lovalova said...

Alamak.. dah terbuat solat dduk mase awal pregnancy ade bleeding. tp xtau pulak kene wajib diri,huhu

Ilmu baru dpat hari ni. terima kasih for sharing! :)