My Anniversary tickers

Followers

Thursday, December 23, 2010

28 May 2010 Engagement Day

ok! perkara pertama sebelum plan majlis kawen, kita tunang dulu. tak lengkap pulak kalau tak citer pasal tunang kan? dah lame dah bertunang sebenarnye baru nak upload gambar.hehe..ni sebab time bertunang dulu blog ni tak wujud lagi. majlis tunang buat simple2 jer. lgpun majlis memang dirancang untuk keluarga terdekat dan kawan2 rapat je atas persetujuan kedua2 belah pihak. bagi korang yang nak buat majlis budget rendah, sesuai sangat la ikut blog ni. sini sumer kita plan murah2 nyer weding.wahahah!

ni ada sket trivia engagement yang boleh dikongsi bersame2 korang semua  :

  1. tiada sewaan canopy, katering, pelamin dan jurugambar rasmi. nasib ada Lydia jurugambar persendirian ni. tq dear!
  2. masih bekerja di hari sebelum majlis (-_-")
  3. tiada sebarang hantaran dibuat, cuma terima 2 bentuk cincin risik dan tunang sekaligus
  4. majlis berlangsung pada hari wesak.hehe..
  5. baju tunang beli readymade kat Jalan Tar, veil pinjam my friend, Aliah Chin punye.
  6. makeup by Kenson MAC, kat klcc. bukan kat umah!
  7. and yang paling tragic, tiba di rumah from klcc 10min sebelum rombongan lelaki sampai!! wargh!!! kelam kabut mak!hahaha!   
ni la insiden baru balik from mekap, balik umah laju2. rombongan bertunang jarak 10 minit di belakang.. =p
depan: lydia, belakang: aliah chin


make up by fabulous Kenson, MAC klcc
 
mini pelamin







geng kak nam bz gosip cincin tunang orang.hahaha!
 suka suki buat outdoor photoshoot sendiri.hikhik!



dan ini juga disamping saga

Baju koleksi peribadi..
 
mendung efek sangat dasyat!!!
tara!!! ni dapat discount for both rings..jimat!



Tuesday, December 21, 2010

Blog conversion

hai semua! lupa nak alu2kan kedatangan kawan2 ke blog ni..bagi yang baru membaca, maaflah..info tak banyak lg yang I boleh update memandangkan blog ni pun baru secara rasminya diconvert kepada wedding diary on 20/10/10. yeay!! sebelumnye, ni adalah blog luahan perasaan saje.. ok! sampai ketemu nanti. oh ya! memandangkan majlis pertunangan pun dah lepas, insyaallah I akan update perihal engagement dalam entry akan datang..da...bubye! *waiving*

Monday, December 20, 2010

Kursus kawen

alhamdulillah..dah selesai pun kursus kawen pada 18-19/12/2010. so next week bleh dapat sijil and boley kawen.hehe..kursus we all register kat Wani Pesona, Setiawangsa. Serious memang highly recommended untuk sape2 yang blum mendaftar lagi..dengar kate tahun depan lagi hebat modul dia..patut la berpusu2 calon datang nak mendaftar sampai ada yang tak dapat masuk! sian..
ha! cerita pasal pengisian kursus memang best dan banyak info la..especially orang yang jahil cam i ni..hehe..lepas kursus baru dapat gambaran awal sesebuah rumahtangga tu terutama isu tanggungjawab dan konflik.penceramah sumer best2 otai dah bagi kursus more than 10 years..lawak jangan citer la sampai tak sempat nak rasa ngantuk yea..speaker memang stok cakap lepas je..yela,soal nak mengajar tak boleh bagi hint2, takut nant tak paham plak! walaupun i banyak benda2 yang agak blur, nasib cik tunang ade bleh explain.pastu ooowwhh je panjang..orang gelak besar dalam dewan tadi tak paham rupanyer..i kan under 18.muahahaha..
so, nasihat i kalau nak berkursus kawen, lebih baik g dengan pasangan sama ada tunang atau bakal suami ke boyfriend ke..sebab baru bleh faham bila ustaz/speaker advise kita..pukul sama rata la..dah antara nasihat yang menarik sempat dikongsi bersama buat kali ni..kalau nak tau lebih lanjut, sila la berkursus di Wani Pesona juga..

p/s : gambar dan sijil nant sambung yea..hutang dulu ;)

tips minggu ini :
  1. rumahtangga perlu ikut prinsip 'wonderpets', "ape yang penting,kerjasama...!"
  2. membasuh baju dah memasak bukan tugas wajib isteri,tapi hanya satu budaya saje..tapi akan jatuh wajib kalau suami yang perintah..hmmm..
  3. memukul/menampar bahagian muka walaupun untuk tujuan mendidik atau memberi warning adalah HARAM..ingat tu! =)