My Anniversary tickers

Followers

Monday, December 26, 2011

Weekend di Cruise Tasik Putrajaya

Hello friends! 

Cuti weekend yang singkat, mari memanfaatkan bersama suami. tak payah jauh pun takpe, asalkan dapat luang  masa bersama :) kami ke Putrajaya berekreasi. let's enjoy!!!! romantic gateway.....

Aktiviti2 yang sempat kami buat..

  1. Paddle boat
Rate         RM 10 per boat
Duration    30 minutes
Place        Tasik Putrajaya
Remark    Mula2 excited kayuh laju2, lama2 baik suruh hubby anda je yang kayuh kalau tak larat, boley longgar lutut ;)






   2. Sebarau Sightseeing Cruise Boat

Rate         RM 30.00 adult with mykad
Duration    45 minutes
Route       Tasik Putrajaya
Remark     Bila bot mula gerak, ada briefing dari staf kapal, habis je briefing korang boley lari laju2 nak rebut tempat atas deck, tempat best boley amik gambar sambil menghirup udara segar!! *mode tolak2* hehe


naik atas deck kapal


ni la tempat rebutan atas deck, depan kapal



bersama pengemudi kapal, Kapten Ramli

Pada yang nak pegi, tasik ni terletak di Jeti Putra, Jambatan Putra, Presint 1 Putrajaya.

Waktu operasi seperti berikut:


Monday - Thursday
10.00am-6.00pm
---------------------------
Friday - Saturday
10.00am-8.00pm
---------------------------
Sunday
10.00am-7.00pm
---------------------------
Email: sales@cruisetasikputrajaya.com
Facebook: cruisetasikputrajaya
Phone: (603) 8888 5539
Fax: (603) 8888 3769

Maklumat lanjut boley layari laman web Cruise Tasik Putrajaya

Selamat cuti-cuti Kuala Lumpur!

Monday, December 19, 2011

Review Tertunda : Kalau Anda di Tempat Saya...

Hello friends!

Just a quick update here! at the moment I'm not be able to update anything on my wedding because I havent received my wedding album and video yet.. hmmm.. Will update u guys once everything received accordingly as per request. Cant wait! got something still dispute so nothing much I can say at the moment. stay tune! :I

Dan kepada bank2 itu dan ini, sila la selesaikan masalah saya.. jika tidak vendor saya tak dapat duit itu, lantas saya juga tak dapat album dan video saya.. saya selama ni dah report baik2 tapi takde tindakan.. takkan nak tunggu customer mengamuk serang bank baru nak pulang duit saya..tak cukup ke sebulan nak refund balik? adeh! geram ok! bila saya nak bayar, kamu kata nanti double payment, suruh saya tunggu.. tapi dah tunggu sampai sekarang takde ape2.. yang jadi mangsa sekarang kami la, pengantin dan jurugambar!!

Kejadian berikut terjadi apabila saya transfer duit ibg kepada vendor dari 14 September 2011 sampai sekarang belum transfer.. saya juga banker.. jadi sila la efficient.. tq!


Thursday, November 17, 2011

20.11.2011 Surprise Wedding Reception?

Hari ni dah masuk Jumaat, maka esok bergeraklah kami pulang ke kampung FIL di Merlimau untuk satu lagi majlis sambut pengantin kecil2 lan katanyer.. majlis ni kira sangat adhoc dah kejutan buat I sebab tak sempat prepare ape langsung. bak kata FIL, balik bawak diri jer.. so I wasn't expect something big, sekadar doa selamat, datang pakai baju kurung and gerak pagi dari KL hari yang sama pun on no prob.. tapi sangkaan agak meleset bila FIL aka ayah hulurkan kad jemputan yang ditempah khas buat kenduri edisi di kampung. hello ada kad owkey! takkan nak sempoi2 jer datang lenggang?

Tak sangka kami ada 3 jenis kad kawen semuanyer!

Pilihan dan idea FIL yang pergi senyap2 tempah kad.
ape2 pun impressed! sebab cantik :)
Mak aihh! I dah cuak giler.. mana tak nyer. perkara paling penting yang terlintas kat otak......

Baju & Make up camner?????

I terus teringat nak terjah kaunter makeup, MAC ker, Seishedo ker, Farmasi ker tapi terlupa location kampung adalah di Merlimau bukan kat Bandar Melaka. aiyakk!! buntu.. Tapi MIL relax je cakap takpe.. kat kampung je... I was like..huh??? biar btul? hmm.. so I dengan keadaan darurat dan kesuntukan masa ni my suami suggest.. *senang jer*

1. "b pakai baju melayu nikah, yang pakai baju kurung dalam almari tu.. kan yang pink tu belum pakai lagi.."
Fushia jubah kurung
2. "kita gerak sehari awal, lepak hotel kat sana (hotel kat merlimau ada satu je kot) untuk nak bersiap.."

3. "mekap? takyah la.. biasa2 je dah.."

hukhuk., ape lagi nak di kata... tawakal je la.. so saksikan nanti camner rupa pengantin yang paling simple dalam melaka, or maybe dalam semenanjung Malaysia. gulp!

Saturday, November 12, 2011

Tabiat Lepas Kawen

Tajuk cam seram kan? hehe saje je..

I taktau la orang lain camner, tapi I notice ada beberapa perubahan tabiat atau karakter yang agak obvious pas kawen ni. adakah ni disebabkan perubahan hormon?  ker body terkejut sebab kawen? tak pun berlaku kejutan mental.owh tak !! tak la sebegitu serious.

U all camner yea? ada ape yang berubah??

1. Kalau nak makan something, nak jam2 tu gak. takleh tunda. ni blum preggy lagi yea *harap maklum*. sekarang ni sangat la sibuk nak makan kek. sarapan ke, hi tea ker, supper ker pun layan. bukan semesti kek mahal, kek pisang or kek babu roti jual pun takpe. akibatnyer, kalau dah terasa nak makan tu sampai terpaksa rajinkan diri stay up sampai malam buat kek! kalau agak2 dah boring makan kek sendiri, gi la order kat orang plak.. aduh..




2. Selera makan bertambah2. kalau dulu makan nasik seminggu 3 kali je sebab memang tak minat sangat nasi. tapi sekarang 3 kali sehari. lepas nasi, mesti nak ada kudapan lain macam goreng pisang ker, cekodok ke ape ker.. huh! tak sehat  langsung.. yang lebih menakutkan, siap boley makan rojak buah lagi tanpa mengira potongan2 nenas muda dalam rojak tu. dah abis makan baru teringat..Dang!! langkah berjaga2, manatau ada 'someone inside' hehehe. semoga tak menjejaskan perutku..amin..

3. I memang hardcore coffee lover.. especially nescafe. minimum 3 mugs daily since skolah. bila dah kerja lagi dasyat beli nescafe tin terus buat stok. tak kesah la orang cakap ape pun, tetap minum gak. tapi bila dah kawen ni, boley je stop minum nescafe. hebat kan? maybe sebab my suami kata suruh kurangkan.. tapi boley senang plak berenti camtu jer.. ish2 dasyat.. maksudnyer arahan suami tu lagi addicted dari caffeine kot.kan??

New Nescafe Canned Drink

Kesan??

1. Berat badan naik 4kg pas sebulan kawen * penat je turun 6kg time puasa and sebelum kawen* dah tu bila stop minum coffee kilo pun naik dengan gembira, dengan kek dan nasi serta kudapan lagi. pipi pun dah macam terlebih baking powder. adeh!

2. Takyah gi 7 eleven pagi2 beli nescafe tin.. sekarang dah rajin minum susu untuk tulang lebih sehat. hasilnyer  badan pun makin berisi.. gulp!

3. Menggalakkan ekonomi Malaysia. terpaksa shopping banyak. jeans ada yang dah tak sedap pakai.. lagi selesa pakai skirt so tak la rasa ketat kat peha..


4. Ni paling sedih bila orang asyik tanya.. "AWAK DAH MENGANDUNG KER? PEWOT DAH NAMPAK!!" (T-T) WAAAAAAAAA!!!!!!!

Part 2 : Balimoon sweet escape wooho!

Day 3
We all pakai servis hotel untuk tour sekitar Bali. Gerak dalam pukul 10.00 pagi sampai 8.00 malam. Antara tempat yang sempat kami singgah ialah Ubud, Tegallalang, Kintamani dan Tanah Lot.




rice terrace

s




Tiba di Kintamani, area volcano






Tanah Lot, tengok sunset and ombak besar








Day 4
Flight balik KL pukul 9.00 malam. after checkout, kami shopping lagi area Kuta sampai pukul 6.00 petang then mintak airport transfer ke Den Pasar, Ngurah Rai Airport. Selamat tinggal Bali, hingga ketemu lagi  :)







Kedai runcit kami beli macam2.. ala2  7 eleven







Sedikit info untuk di kongsi

Makanan
Agama rasmi Bali ialah Buddha, tapi di Kuta tak la sesusah mana pun mendapatkankan makanan halal jika kita tahu lokasi yang betul. boley kata selang 500meter-1km ada je jual nasi padang muslim yang ada tanda halal. begitu juga dengan fast food juga dipantau oleh Jabatan Agama Islam Indonesia. tapi jangan terkejut dengan service tax di Bali, all rates are subject to 21% government service tax and service tax. so tak heran la kalau fast food mahal giler. 



RM 30.00 2 orang makan

delivery sampai hotel owkey!

yang ni RM 7.00

Hotel

Hotel agak mahal kalau walk in check in. better book online. harga kalau walk in USD 150 tapi kalau kita book online boleh dapat dalam USD 80 je. kalau nak bercuti dengan tenang, cari waktu luar kalender pelancongan Bali macam kitorang pegi. pantai tenang je. kalau waktu lain, takut2 nak jalan kat pantai pun boley tersepak mat saleh tengah sun bath.hehe..

Shopping
Ada 2 tips shopping.. *bagi mereka yang nak bargain barang murah je*

1. Kena pandai tawar menawar paling penting kena agak2 and tahu harga asal barang lebih kurang berapa. 

Contoh:
ada satu dress I nak beli ni harga dia 400 Rp = rm 145 la.. tapi I rasa tak semahal tu..   I budget harga dia dalam RM70-RM80 je.. so I cakap kedai sebelah I beli 85 RP (lebih kurang RM 30) je. so dia dah cuak bila kitorang nak blah. so last2 dia bagi 150RP = RM 53.  :D

Jauhkan beza? tu salah satu teknik la.. atleast kita dapat barang kenangan, sebab baju2 ni semua industri desa Bali. Made in Bali tau. 

2. Bawak calculator agak pening bile nak convert2 kat situ, silap2 bila dorang ni cakap banyak, kita dah confius barang mahal kita ingat murah. so cara senang better bawak sifir camni.. :p wehehe.


3. Sini pakaian pantai sangat intrend dan mahal.jadi sila bawa dress anda, flip flop, straw hat dan skirt dan pario. kalau tak anda akan tersangat2 nak beli semua yang dijual kat sana.. hehe..

sampai sini saje.. nanti I sambung kalau ada info yang cicir..bye!

Thursday, November 10, 2011

Balimoon sweet escape wooho!

Date : 21 - 24 September 2011
Hotel : J boutique Hotel, South Kuta
Location : Bali, Indonesia.


Honeymoon in Bali.. sweet escape!


Rata2 we all banyak habiskan masa berehat dan sightseeing sekitar Kuta je.. motif memang dah berehat dah tenangkan fikiran.. so both of us banyak habiskan masa jalan2 tepi pantai dan kawasan persekitaran. so, pls dont expect review ni macam travelblog yea..heehe!

Day 1
Sampai airport Den Pasar, terus ke JBoutique Hotel yang jarak lebih kurang 15 min dari airport. check in dan terus berehat2.. makan tengahari kami Mc Donald yang ditapau from lcct sebelum berangkat. waktu petang, kami jalan2 cari pantai, tempat makan dan beli barang. great! semua jumpa. so misi bersambung esok..





























Day 2
Mulakan hari kedua dengan ke Kuta Beach lagi dan lagi.. owh kami sangat suka menghabiskan masa di situ.. selain tu kami jelajah bandar Kuta dengan berjalan kaki dari hotel ke pantai dan ke shopping mall Discovery disitu.. barang mahal boley tahan sebab tourist spot. selain tu kami ke art market untuk mencari cenderamata.


















Bersambung lagi nanti yea.. Part 2 plak for Day 3 sampai balik.da...!