My Anniversary tickers

Followers

Wednesday, January 26, 2011

Dewan oh Dewan!

DEWAN SERI MELATI, PUTRAJAYA

HUBUNGI PERBADANAN PUTRAJAYA : 03-8887  7000
SEWA : RM 2400.00

DEWAN PUSAT KOMUNITI BUKIT DAMANSARA

Adeh..peningnyer nak pilih lokasi dewan. Kalau ikut perancangan asal nak buat di Pusat Komuniti Taman Ibukota atau Dewan Beringin. Tapi time nak pegi tuka tarikh (sebelum tu dah bayar deposit tapi date lain..), DANG!! dah kena book! Mak aih! mana nak cari dewan lagi ni?? aduh penuh semua dewan! hukhuk.. Tak sangka pulak tahun ni cepat sangat dewan fully booked. Sekarang tengah dilema mencari dewan ni.. Lebih berduka cita bila dewan idaman ; Dewan Seri Melati, Putrajaya dan Dewan Komuniti Bukit Damansara juga dah ada orang.. Takkan kena buat kat rumah kot. No no..!!

Ya Allah.. permudahkan la urusanku..AMIN..

Sunday, January 23, 2011

Wedding theme

Both of us finally agreed to select champagne colour for encik tunang's side while tiffany blue for my side.. tapi ape2 pun sebarang perubahan mungkin berlaku, nak2 sebelah bride tu punya side :p

Untuk side encik tunang lebih kurang camni theme dia for GROOM'S SIDE..

pic from liweddings.com
Taken from mustloveweddings
 BRIDE'S SIDE
Pic taken from things festive
Grabbed from hitched.co.uk
Harap2 dapat jumpa material and fashion dress yang cantik! da..

Hantaranku

Persiapan hantaran we all agak simple dan beli barang2 biasa saje hehe.. sebab  sejak time tunang hari tu kita dah bincang with encik tunang dan FIL, bawak hantaran time nikah nanti je. so, ni kira hantaran yang pertama la nak buat ni.. the best part mestilah shopping. excited! hehe.. we all berdua pasang strategy untuk mengelakkan budget constrain, kita beli satu atau dua barang every month. 

So we all ambik 7 berbalas 9, antaranya :
  1. beg & kasut
  2. al quran, telekung & sejadah
  3. sirih junjung
  4. coklat, manisan & kek
  5. wangian
  6. jam tangan
  7. kain pasang
  8. kemeja
  9. mas kawen, duit hantaran and barang kemas
Then, bila sampai time shopping, first kite tunggu time mega sale dulu! flow we all shopping memang tersusun rapi.. boleh kata semua barang dapat harga diskaun la since kita beli perfume pun time krismas. telekung kirim kat one of my bestie gi holiday kat bandung.. serious memang banyak jimat, terbaeek!! tapi yang tak dapat diskaun tu pasrah je la.. ahha! masih lagi dapat rebat 15% cash back ape from amex! tq!! love u american express =D 

owh ya! berkaitan tema hantaran, we all pilih modern english gamaknyer! hahaha.. ada roses, ada bakul putih, dedaun sket.. kalau ikut preference, i suka tengok hantaran yang rich, full of fresh flowers and classy..  tapi memandangkan persiapan kita plan nak buat awal, terpaksa replace dengan artificial flower la.. so tunggu saje lah hasil  kreativiti cik penggubah hantaran tu nak menterjemah idea dan kehendak i camner. tunggu....

Thursday, January 6, 2011

Food Testing!

ahad lepas on 2 Januari I ngan cik tunang pegi ambik sijil kursus kawen dah siap.yess!! hehe dah tu mode nak survey2 barang2 dan urusan majlis kita aktifkan! first we all ambik sijil kat Wani Pesona, Setiawangsa then terus shoot ke Ampang untuk sesi food testing di Sri Angsana Caterer..

cik tunang ambik sijil =D


sila abaikan visual kurang memuaskan.. sijil dah dapat!!

Ok! sesampainyer di angsana setelah agak berpusing2 mencari premis yang dimaksudkan, kedatangan kami mendapat layanan memang tip top! we all berurusan dengan Cik Aisyah, call dan terus dia jemput untuk food testing..so far kami puas hati.. camner pun akan follow up untuk tambah menu, adjust dan edit ikut kesesuaian..

Menu asas RM 8.80

nasi beriani / nasi putih
ayam masak merah
daging hitam johor
dalca sayur
nenas bombay
acar buah ( favourite!)
minuman kordial ( bleh pilih nak air ape2)

tetiba rasa cam nak buat tambahan lauk pula..hmm setelah berfikir2, harus ke angsana semula ni..takpe, ahad ni akan ku repeat visitku ke sana.yeah! rasa nak tambah satu lagi lauk dah hot drink..budget?? alamak..mari mengira..lalalalala.. =)
food testing time lunch! look at the lauk!! hehe


Sunday, January 2, 2011

12 Bulan perancangan perkahwinan

Neves! FIL bagitau nak datang discuss apa2 yang patut for our wedding hari ni.. rasa macam awal lagi lebih kurang 8 bulan.. nak bincang hal kenduri, details wedding for majlis yang lebih lancar dan teratur.. chewah! nak2 I keje shift yang tak tentu masa ni.. nak dapat cuti weekend jangan harap la.. huhu.. better plan awal.

okeh! ni plan yang kami aturkan dalam jangka masa setahun :

6 bulan pertama (Oktober 2010 - Mac 2011)

Fasa 1 : survey2, kumpul info dan bertemu vendor

1. tetapkan tarikh nikah, resepsi dan bertandang
2. lokasi dewan / rumah / masjid for akad
3. tema warna
4. size / jumlah jemputan
5. survey vendor caterer / busana / dewan / jurugambar
6. barang hantaran
7. budget 

** dewan dah boleh mula menempah seawal 8 bulan sebelum majlis..takut tak dapat date yang diingini.. 

so sekarang masih lagi dalam proses mencari vendor yang sesuai.. 

Fasa 2 : menetapkan pilihan (April 2011 - September 2011)

1. pastikan tarikh yang dipilih dipersetujui, tetapkan.
2. lokasi, bayar deposit. uruskan kelengkapan berkaitan seperti fasiliti dewan.
3. bincang kesesuaian tema antara bakal pengantin and keluarga, bincang dengan WP / designer
4. dapatkan alamat jemputan
5. bayar deposit semua vendor
6. dulang hantaran tetapkan gubahan homemade / tempah
7. berbelanja dengan waspada.. pastikan talian hayat kad kredit dapat membantu =D

Karnival Pengantin Stadium Melawati, Shah Alam

Hi peeps!

ni ada sket2 update berkaitan karnival pengantin yang lalu.. banyak jugak booth2 yang bagi promo menarik. tapi rasanya yang paling menarik ialah kad kawen! sgt2 comel2 yea.. 

we all pegi dalam pukul 5.00 pm 1st day hari jumaat. ok la. tempat besar dan selesa.. we all pun pusing2 jalan2.. dan ada beberapa booth yang menarik perhatian I ler.. jom tengok gambar..!!
 

bz nyer cik lydia I ni.hehe

sesi bergambar bersame cik tunang sebelum pulang

cantik!!! from butik chantek

azika collection

eye catching!! love the colour

pilihan cik tunang =)

comel from kadlestari.com 0.70 min 1000pcs, murah kan??

mari melukis

hampir siap..

ni ar hasil nyer..amacam, ok tak?? hakhak!


ni contoh harga pakej yang ditawarkan: 

Chantek boutique (preferable  [^^,]v)

Harga RM 2500
Pelamin rumah (artificial flower)
Sepasang baju sanding (lace/songket)
1x make up
Aksesori

Azika Collection

Harga RM 2000-2700
Pelamin bersanding
Sepasang baju french lace
1x make up
Aksesori, kasut, bunga tangan, veil dll.


Tips sebelum ke karnival pengantin :
1. pastikan tau ape yang kita nak survey dan perlukan
2. tahu harga pasaran, supaya dapat buat perbandingan harga
3. ambik sumer maklumat kertas2 leaflet tu nak tengok pakej dan contact
4. duduk ambik masa discuss, kalau deal ok, bleh trus bayar depo =D

p/s : pendek kata, ape2 pun bergantung kepada budget.. jangan berlebih-lebihan kalau tak mampu.sekian! =)