My Anniversary tickers

Followers

Sunday, July 31, 2011

Take care Dear, love you much!

Pagi2 lagi hari ni dah bersiap ke hospital, Cik Tunang ada sekali lagi check darah. menjangkakan keadan semakin pulih, I tak risau sangat. tapi keadaan mula bertukar cemas bila result tunjuk platlet count Cik Tunang merudum dari 115 ke 66. staff hospital terus panggil I daftar Cik Tunang ke wad asap. sebenarnyer time tu dah frust, sedih, kecewa, sebak semua ada tapi kena buat2 steady and kuat sebab I tau dia lebih risau. I angkat barang, dah confirm wad terus bawak Cik Tunang pakai wilcha gi masuk wad for futher check up.

8.40   Sampai di hospital
9.00   Result darah dah keluar terus ke Bilik 6 jumpa doktor
9.30   Daftar dan masuk wad
10.00 Pemeriksaan doktor dan masuk iv drip
11.00 Cik Tunang berehat, tido sekejap2 & sms ahli keluarga
1.00   Keluarga Cik Tunang and I datang visit, and lunch
2.30   Balik dengan hati yang berbelah bahagi (T-T)

Sampai rumah, solat, baring2 terus terlena. walaupun badan kat rumah tapi hati masih kat GH. risau tengok keadaan Cik Tunang yang lemah tak bermaya. selalu dia aktif, ni makan pun tanak. nasi sesudu je masuk mulut. drip dah masuk 4 botol. I pilih untuk stay kat hospital so at least boley monitor makan minum dia esok. sorry to my employer, I have to take emergency leave, unpaid leave I tak kesah sebab kesihatan tunang I lebih crucial time ni.



Semoga hari esok lebih baik, menjelang Ramadan yang penuh berkat ni, makbulkanlah doa kami Ya Allah.. sembuhkan la hambaMu dari segala kesakitan dan musibah.. berharap kesihatan Cik Tunang bertambah baik. AMIN..

Take Care dear, love you so much!

P/s : Dear b2b, siapa yang tau other alternative for dengue fever remedy let me know ok. at the moment makan sup ketam je. but slow recovery juga. please help. thanks.

Friday, July 29, 2011

Dugaan Buat Cik Tunang :(

Hmm.. sedih.. belum habis isu kad, tiba pula dugaan lain.. takpe, saya redha...it gives me extremely fright when you are diagnosed dengue.. = ( 


Dear My Beloved Fiance aka Future Hubby..

Semoga cepat sembuh, dayah doakan cepat baik & sihat.. be strong, I'll always be by your side. tak payah risau pasal wedding preparation yang lain, semua dayah uruskan.. yang penting cepat sembuh.. jangan banyak pikir, minum banyak air, makan sup ketam banyak2, minum air tembikai and doa banyak2... InsyaAllah platlet darah naik.

Love u always..

Thursday, July 28, 2011

Sequel Kad Jemputan Kawen Tak Puas Hati..

Ok sambung story semalam.. I received email from vendor kad kawen again..dah boley agak!! salah lagi....! staff dorang boley hantar draft yang tak update ape yang I dah highlight? memang tak boleh harap kan? I dah mula terpikir dorang ni dulu sekolah mana or ke dari background budak sekolah tak abis? I bukan nak look down people, jauh sekali.. tapi dorang ni dah macam pahat & penukul tau. I bagitau sekali,satu dia ubah.. mampus la nak tunggu kad siap camtu!!! 

You all nak tau tak macam mana nak explain lagi bagi dorang faham? dengan perasaan membara lalu I pun layangkan email dengan  berbekalkan secebis kesabaran dan kelembutan..

Please ammend all the mistake below

Lokasi majlis pengantin lelaki

1. pls remove perpustakaan negara, leave it blank
2. change proper icon for taman perumahan and all the houses. pls remove the 'padang' icon and replace with something more suitable.
3. remove icon for putra jelatek and setiawangsa, just put putra logo and station name. logo as per file attached.
4. put asrama felda only will do, pls remove semai bakti
5. pls update the icon as per request:
  • Sapura
  • Felda 
  • Putra
  • all the houses icon

Lokasi majlis pengantin perempuan

1. typo error! and icon not updated. pls check before u submit the draft to client. 
  • Pusat Bandar Taman Melawati *icon previously they put as Pusat Bnadar Taman Melawati
  • GlaxoSmithKline *icon previously they put as Smith Klane
  • Pernec *icon previously they put as Pernee
  • Dawama *icon previously they put as Dawana 

2. change proper icon for taman perumahan. pls remove the padang icon and replace with something more suitable. korang bleh tgk icon padang tu kat map previous entry.

3. Please change, by right from Hulu Klang, not Desa Melawati Gate

4. envelope design so far looks fine, size and placement of the initial in order.

5. front cover, ok. this is the best u can do, is it?

Kindly put more effort and double check before submit. Please do extra miles.

Regards.

Hafiz & Hidayah

Haaa ko! baru diorang faham.. setiap satu kesalahan kena explain.. kalau tak, dia betulkan satu je then email..! sampai ke tahap camtu sekali.. dasyat kan? dah btul icon a, boleh salah icon lain plak...padahal yang tu dah ok tak suruh tukar pun.. camner la dorang ni buat keje... haih..

Tuesday, July 26, 2011

Kad Jemputan Kawen Tak Puas Hati *Part Two*

Hello dearie bloggers and friends,

Bila sebut pasal kad kawen je I dah nak meradang. seperti entry ni you all boleh refer or nak buat flashback. ikut kan I memang dah surrender awal2 tanak deal with dis vendor anymore, tapi cik tunang I boley sabar lagi.. so I left the card matter for him to handle. nak dijadikan cerita, cik tunang I tak sehat, so I have to take over perihal kad la dis time. we received email again to confirm the layout again and again and FYI, last weekend we all personally pegi kedai tu to explain every single thing.. ingat dah settle, tapi bila dia hantar layout suruh confirm tadi, I tengok astaghfirullahalazhim... punya banyak silap walaupun I dah betulkan during our visit few days back...! teruknyer!

Nak tau service this vendor macam mana? See..

  • remember pasal initial H&H yang dorang 'design' last month tu? sebabkan tak menepati taste I, so I created my own one, so you all tak payah susah2 buatkan. I bagi my own initial for you, just paste and print. and you know what she replied?
                              erkk..kak ni pakai font jenis ape ek nak buat??

         bukan I ke suppose tanya you, font ape nak pakai?!!! %%#$@$#%&^

  • masa I bayar deposit, they informed all the layout and hot stamping boleh buat ikut suka, BUT bila time datang buat kad, ubah layout and hot stamping kena caj add RM80.00!!  hidden charges kan?? takpe, I paid the extra charges.
  • I bagi peta lokasi dewan. the icon memang teruk giler, letak gambar kuda to represent zoo negara?? so I advise apa yang nak tukar, I bagitahu proper landmark and icon yang nak guna. you all nak tau what she answered?

she : kita ada logo untuk Shell and Giant je, yang lain takde..
me : google la
she : akak bagi kita la, email je.. kita takde icon lain..
me  : fine, I email you..

Below is the 1st draft sent to us, and the amendment done during our visit.

Double click for larger image
After I email the details, she forwarded me the "2nd draft" Nak tau ape dalam 2nd draft tu?? ape hasilnyer?? kita tunggu episod seterusnyer.. Panazzz!!

Saturday, July 23, 2011

Fun activities on your Wedding Day

Stress free time!! enjoy ;)


wedding photobooth
Photo booth, so into it =)
joget lambak. klasik yaw!!
tarian poco poco
credit to
 esharkj's photos
pengantin karaoke!! cool Puan Bad ;)

I nak and prefer Photo Booth!!!! =D heehe. ni gara 2 tiada bakat menari juga menyanyi.. alamatnyer hujan di hari resepsi nanti.. tapi, bakat fotogedik tu sket2 ade, boleh laaaa.. hehe (^^,)\ well, anda bagaimana? 

Friday, July 22, 2011

Draf Aturcara Akad Nikah

Aturcara Majlis Pernikahan

Tarikh   : Jumaat 16/9/2011 bersamaan 18 Syawal
Tempat : Masjid As Syakirin, Gombak & Kediaman pengantin perempuan, Kg Kerdas 2 Gombak

  • 2.00  Selesai solat jumaat & persiapan pengantin
  • 2.30  Ketibaan pengantin & keluarga di masjid
  • 3.00  Upacara akad nikah bermula
  • 3.45  Rombongan pengantin lelaki bertolak ke majlis pembatalan air sembahyang di rumah pengantin perempuan
  • 4.15  Upacara batal air sembahyang dan penyerahan mahar
  • 4.30  Sesi Fotografi & Jamuan Ringan
  • 7.30  Bersurai
Make up
bride ready 2.00 pm
Anisfiness Touch

Pelamin 
preparation time : malam 15/9/2011
Surizlan Bridal House

Catering & Canopy 
preparation time : pagi 16/9/2011
PIC; tbc
menu minum petang
nasi lemak ayam
teh tarik
kuih muih

Photography
after friday prayer 2.00 pm 16/9/2011
Peveyheck

Theme
Pink and Purple
bride and family

Notes : 
  • bridesmaid akan escort pengantin perempuan ke masjid, bestmen follow groom.

  • hanya dulang mahar dan duit hantaran saja akan di bawa ke masjid, yang lain terus dibawa ke rumah pengantin perempuan selapas upacara akan nikah selesai.

  • selesai akad nikah, semua keluarga pengantin perempuan pulang ke rumah untuk menyambut ketibaan rombongan pengantin lelaki. biar ada gap about 10 min for us to get ready. parking area tbc.

  • upacara batal air sembahyang dalam rumah while dekat luar dah start for free flow jamuan ringan.


anythings else yang kena ingat??  So far ni je yang terlintas kat kepala.. kalau ada tambah lagi =)

Wednesday, July 20, 2011

Wedding Guestbook

Hello beautiful readers and friends!
Guestbook dah ada tapi still tak tau nak deco guestbook table macam mana.. I ni bab2 kreativiti memang takde, guestbook pun beli kat Russ, yang banyak jual product comel2 kat Memory Lane or Lovely Lace tu. *ye ker??* oppps! lupa la.. mari mencari idea untuk guestbook table nanti..

ada flowers and frames

candles and clear vase

my fav, ada polaroid!

grand nyer! potrait and flowers


Yang mana satu.. boleh la dapat idea sket2 ;)

Monday, July 18, 2011

Will you be my bridesmaid??

Hello! semakin busy kerana tickler berjalan sangat la cepat sekarang.. aiyoh! banyak lagi je tak complete lagi ni.. takpe, takyah tension2.. tak perlu nak presure at this point of time, buat sekadar yang mampu jer *mode pasrah* hehehe. kurang lagi 2 bulan je lagi ni.. ahha! just wanna share ternampak banyak betul card untuk bridesmaid via online. comel je, agak2 terharu tak kalau dapat offer camni??


So cute okeh! ape2 pun I sangat bersyukur dapat officemate, Cik Ika yang sudi nak jadi bridemaid merangkap pengapit hari resepsi nanti. harap2 I dapat menjadi pengantin yang baik dan tak banyak songeh! chewah! hmmm.. dayang2 pengiring perlu tak?? nampak cam kebaratan aka western sangat tak? hehe.. take things positively, bukan ikut budaya omputeh, tapi ni la time kita nak bersuka ria celebrate hari bersejarah dengan kawan2 terdekat dan kazen mazen semua. ok la tu..! pakai baju same je sumer, sepakat 1 Malaysia ;) 

Tuesday, July 12, 2011

The Tickle and Pickle of HIV Test

Wah, alhamdulillah.. satu lagi perkara sudah selesai.. bak kata doc, "Jangan risau, awak dah boleh kawen.." hehehe. I sekadar berkongsi pengalaman buat HIV test dengan kawan2, dan serta b2b yang masih belum menjalani ujian ni..

Ok, berikut adalah tentatif untuk ujian saringan HIV hari ini yang bertempat di Klinik Kesihatan Kampung Pandan. temujanji perlu dibuat lebih awal yea, untuk semak kekosongan. sehari awal boley pegi ke klinik atau telefon saje..

Selasa, 12/7/2011
11.00 am  
  • Tiba di klinik kesihatan, masuk klinik semak nama temujanji di kaunter depan.
  • Nurse akan bagi kad besar dan beberapa keping borang maklumat bakal pengantin dan pasangan.
  • Ujian akan dibuat pukul 2.00, so pergi la lengkapkan borang dulu and lunch and prayer, then datang balik.


2.00 pm
  • Klinik bukak balik lepas break lunch, beratur amik nombor untuk HIV test tak payah susah2 sangat sebab paling corot nombor boleh dapat nombor 10 je. dia tak buat ramai2 sehari. hehe takyah tolak2.
  • Bagi borang yang dah dilengkapkan dan mykad, nurse akan kepilkan sekali, then boleh duduk dulu.
  • Nurse panggil name untuk bayar RM1.00 then terus masuk bilik 8.


2.20 pm
  • Lepas semua calon masuk dalam bilik 8, bagi borang dan kad besar kat nurse.
  • Time ni semua dikumpulkan sekali, panggil nama sorang2 dan amik darah!!! waaa (ToT)
  • Lepas orang ke-10 selesai, nurse akan bagi briefing sket2 info pasal beza HIV dan AIDS. *sila fokus*
  • Motif? nak kill time sebab darah kena tunggu atleast 30 minutes, baru boleh dapat keputusan ujian +ve or -ve.


3.10 pm
  • Keluar dari bilik 8, tunggu depan bilik doktor tunggu nak amik surat keputusan.
  • Doktor akan panggil sorang2 personally untuk bagitau result HIV.
  • Please prepare sebab doc buat pop quiz pasal HIV and AIDS.

antara soalan yang ditanya :
  1. simptom HIV?
  2. simptom AIDS?
  3. apa tu ARV?? (soalan yang cik tunang kantoi) hahahaha!!! 


3.40pm
  • Kuar dari bilik doc dengan lega lepas dapat keputusan.
  • Tunggu kat luar sampai nurse panggil ambik surat pengesahan.

Boley balik!!

My personal review??

Service
  • Mudah buat di Klinik Kesihatan Kampung Pandan, sebab orang tak ramai compare ngan tempat lain.
  • Klinik tak besar, dan setingkat je. tak pening kena naik floor lain.
  • Nombor giliran untuk saringan HIV berasingan dengan pesakit lain, so tak risau kena tunggu lama.

Masa amik darah dalam keadaan berdiri, sebab tempat agak kecil. I dah nak pitam sebab takut jarum!!!!! to be honest, I takut jarum dan darah!!!! uwaaa!! just imagine siap nak gi toilet lagi punyer nervous, heartbeat laju giler. plus kita boleh tengok reaction orang sebelum kita amik darah. time name I kena panggil rasa macam nak pitam pun ada.(+_+). hahahaha! giler btul. 

Tahap kesakitan
  • Sakit tu rasa cam tercucuk pin kat jari, pedih gak!! 
  • Dan akan disusuli rasa berdenyut2 dalam masa 10 minit, trauma mak! hehehe. 
  • Then after that dah ok. =D 
  • I cerita sakit macam extreme, kerana ini adalah review dari orang fobia jarum. hehehe!

Saturday, July 9, 2011

Kad Jemputan Kahwin ~ serious tak puas hati!

Hye beautiful bloggers and readers!

So far I tak pernah jumpa vendor yang totally out tak boleh buat kerja dalam bidang yang they all suppose lebih expert. I sangat2 tak puas hati dengan hasil kerja, layout kad kahwin and design yang vendor I bagi via email. time pegi tempah, everything look fine, tapi bila I received layout from dorang, sakit jantung dibuatnyer. macam projek pendidikan seni budak sekolah rendah! I memang geram sangat, claim designer kad kawen, berangan la! I belum tahap nak reveal nama kedai dan branch mana I tempah lagi, tapi u guys better bersedia dengan 'designer' lepasan spm yang buat kerja part time sementara nak masuk ipta ni. bukan I suh design the whole kad pun, templete dah ada, just I requested for initial nama I ngan tunang I je. susah sangat ker? dan patut ker I tukar design yang I memang nak for my wedding card sebab staff tu pekerja baru dan budak lagi? tu masalah I ker sebagai customer? kalau tak sebab deposit tak bley refund, dah lama I tempah tempat lain. takde effort and malas. tu je dua perkataan yang sesuai. ish, marah betul!