Ok sambung review untuk reception plak okey..
17 September 2011, Dewan Serbaguna Au5
Selepas selesai majlis nikah, my husband and I pack and bawak semua barang yang nak guna untuk wedding nanti ke hotel. we all book suite kat Maytower Hotel & Serviced Residences, Jalan Munshi Abdullah Kuala Lumpur. Jarak dalam 10 minit saje ke dewan. kediaman pengantin perempuan pula, tiada malam berinai pada malam tu sebab we all nak settlekan beberapa lagi keje dan nak cukup rehat, adik beradik tak ramai so pengantin pun turut kena buat keje sampai pukul 3.00am bungkus favors untuk kanak2 dan juga rebus telur untuk bunga pahar. sudahnyer pukul 4.00 am sampai hotel terus lelap sampai pagi..
Oleh sebab yang demikian, dek kerana terlalu letih, I terlupa beberapa perkara yang memberi impak untuk wedding ni. mulai saat inilah drama bermula.. takpe, tu kita citer kemudian. please stay tune =)
Oleh sebab yang demikian, dek kerana terlalu letih, I terlupa beberapa perkara yang memberi impak untuk wedding ni. mulai saat inilah drama bermula.. takpe, tu kita citer kemudian. please stay tune =)
Hari kedua majlis masih menggunakan khidmat Kak Anis, dalam pukul 9.00 am dah mula makeup diikuti dengan OP Moment Seeker lebih kurang 9.30am jalankan tugas mereka.
Semua pix ehsan Kak Anis, thanks! |
Done dengan persiapan di hotel, pastu kami terus berarak ke dewan sebaik sahaja lepas zohor.
Catering and dais by Angsana.. sedap! Semua gambar credit to syazzy alhany :) tq |
Selesai resepsi di dewan, yea..!! I tak lupa,seperti yang telah diberitahu awal2 tadi.. nak tau DRAMA hari reception ni?
Hand bouquet
I dah tulis dalam senarai barang yang nak bawak ke hotel, but still lupa. tetiba bridemaid tanya time nak turun hotel, I pun terus terkesima!
Back up plan : dengan harapan kalau pengantin confident jalan kat aisle, guest pun tak perasan hand bouquet takde *sedapkan hati* :) so I pun confident je la jalan tanpa bunga tangan. hikhik!
Payung pengantin
Tinggal dalam kereta hubby, terlupa pula bila turun dari hotel terus naik kereta lain ke dewan, gosh!
Back up plan : mujur my family member reserve parking dekat dengan pintu utama dewan lebih kurang 10 langkah je. so tak ramai pun nampak payung takde. kalau berarak ke rumah pengantin naya gak takde payung, makeup cair. btul tak?? hee..
Guest book
Hahahah! lagi satu hal. I bawak datang hotel malam tu. ingat sempat nak ke dewan hantar guestbook rupanyer tak sempat. sudahnyer bawak ke hotel. takkan la time pengantin berarak nak pi letak guestbook kan? so I pasrah je, mujur guestbook table combine skali ngan meja hadiah. so tak la notice tanpa guest book di situ.. adeh!
Back up plan : tiada sebarang replacment dibuat, guestbook tu nanti I akan modify buat scrap book la kot..ke boley buat buku lain.nanti pikir.
Tudung pengantin tak sampai2
I order tudung dengan Kak Fida, dia pos by pos laju. Pos Malaysia ada masalah teknikal, tudung sampai petang sebelum hari nikah..phew! sian Kak Fida risau call sana sini nak make sure tudung sampai ontime.
Back up plan : mujur sampai, kalau tak pakai tudung sedia ada kat rumah jer..
Cd lagu
Ni pun sedih. ape2 pun I nak berterima kasih kat Cik Hazz sebab sudi kurier cd rampaian lagu2 traditional dan lagu kawen untuk I. malangnyer, kurier call I hari khamis diorang tak jumpa rumah! terus tak antar, then dorang kata nak antar hari isnin, I kawen hari sabtu.. (T_T) sedih.. tambah sedih, dah la cd sampai hari isnin, cd tu patah dua plak..adui... sorry Cik Hazz mintak maaf sangat..
Back up plan : abang DJ pasang je la lagu ape2.. saya dah takde pilihan.. tapi semua ok je akhirnyer..
Syukur alhamdulillah, walaupun ada beberapa perkara yang tak lengkap, tetapi majlis tetap berjalan lancar. makanan sedap, ramai tetamu mintak take away sambal sotong. hehe.. makan cukup malah berlebih2an.. kami sedekah kepada saudara mara dan tetangga. selesai majlis, kami terus shoot outdoor di sekitar Kuala Lumpur, nantikan update yea..
Maukan lebih tragis untuk adegan yang tak ingin kita lihat terjadi? I percaya tak pernah jadi kat bride yang u all kenal tapi terjadi kat I. camner handle this wedding nightmare?? korang kena tunggu yea! hehehe ;p
Maukan lebih tragis untuk adegan yang tak ingin kita lihat terjadi? I percaya tak pernah jadi kat bride yang u all kenal tapi terjadi kat I. camner handle this wedding nightmare?? korang kena tunggu yea! hehehe ;p