Hari ni dah masuk Jumaat, maka esok bergeraklah kami pulang ke kampung FIL di Merlimau untuk satu lagi majlis sambut pengantin kecil2 lan katanyer.. majlis ni kira sangat adhoc dah kejutan buat I sebab tak sempat prepare ape langsung. bak kata FIL, balik bawak diri jer.. so I wasn't expect something big, sekadar doa selamat, datang pakai baju kurung and gerak pagi dari KL hari yang sama pun on no prob.. tapi sangkaan agak meleset bila FIL aka ayah hulurkan kad jemputan yang ditempah khas buat kenduri edisi di kampung. hello ada kad owkey! takkan nak sempoi2 jer datang lenggang?
Tak sangka kami ada 3 jenis kad kawen semuanyer! |
Pilihan dan idea FIL yang pergi senyap2 tempah kad. ape2 pun impressed! sebab cantik :) |
Mak aihh! I dah cuak giler.. mana tak nyer. perkara paling penting yang terlintas kat otak......
Baju & Make up camner?????
I terus teringat nak terjah kaunter makeup, MAC ker, Seishedo ker, Farmasi ker tapi terlupa location kampung adalah di Merlimau bukan kat Bandar Melaka. aiyakk!! buntu.. Tapi MIL relax je cakap takpe.. kat kampung je... I was like..huh??? biar btul? hmm.. so I dengan keadaan darurat dan kesuntukan masa ni my suami suggest.. *senang jer*
1. "b pakai baju melayu nikah, yang pakai baju kurung dalam almari tu.. kan yang pink tu belum pakai lagi.."
Fushia jubah kurung |
2. "kita gerak sehari awal, lepak hotel kat sana (hotel kat merlimau ada satu je kot) untuk nak bersiap.."
3. "mekap? takyah la.. biasa2 je dah.."
hukhuk., ape lagi nak di kata... tawakal je la.. so saksikan nanti camner rupa pengantin yang paling simple dalam melaka, or maybe dalam semenanjung Malaysia. gulp!