My Anniversary tickers

Followers

Wednesday, March 21, 2012

Love Planner 2012 : Urusan Beli Rumah Belum Selesai..

Hello! lama betul tak update blog, apatah lagi review kawen juga masih ada saki baki yang belum selesai.. aish.. takpe tunda lagi :) kita story pasal beli rumah kecil tiang seribu saya dulu la. sekadar berkongsi pengalaman I berurusan jual beli ni.. mana tau boley berkongsi info..

Bagi yang terlepas info, boleh refer entry di sini.. ada la I share sket procedure beli rumah.. rumah yang I pilih ni rumah 2nd hand, beli from owner, yang tinggal di luar Kuala Lumpur, dorang jual rumah ni after few years beli.. akibat projek terbengkalai lambat siap, dorang pun belum sempat duduk, siap je rumah terus depa jual.. officially insyaalah, I dapat la rasmi rumah ni nanti..


Stage & progress terkini saya membeli rumah..


    • sehingga 26 Jan 2012
    Survey2, cari info rumah.. buat keputusan nak beli rumah
    • 30 Jan 2012
    Refer property agent untuk procedure seterusnyer
    • 1 Feb 2012
    Lawatan tapak projek, kawasan persekitaran dan rumah. puas hati, proceed dengan docs
    • 5 Feb 2012
    Bayar 3 % booking, sign offer to purchase form, hantar semua document untuk apply loan
    Docs yang perlu :
    1. salinan kad pengenalan
    2. penyata gaji 3 bulan terkini
    3. penyata akaun bank
    4. EA form (borang yang bayar cukai pendapatan tu..)
    • 14 Feb 2012
    Jumpa officer bank untuk buat loan, sign application form dan hantar sign offer to purchase form kat bank. Bank akan call HR korang untuk buat pengesahan staff.

    tunggu kelulusan loan dari pihak bank.. grr.. *neves*
    • 22 Feb 2012
    Housing loan approved! syukur..
    • 2 Mac 2012
    Sign document loan dengan bank..ada 3 copy.. lepas sign bank hantar ke lawyer panel.
    • 5 Mac 2012
    Jumpa lawyer sign S&P. bayar lebihan deposit lagi 7%.. Lawyer akan uruskan bayaran to owner rumah..

    ...sekarang dalam proses evaluation rumah, documentation dari bank saya ke bank owner dan pelbagai proses lain lagi.. tunggu green light je la nak masuk rumah.. *excited*

    • 30 Mac 2012

    Sign loan document di pejabat lawyer lagi..

    Thursday, March 1, 2012

    Happy Birthday March Babes!

    Hello friends semua! 

    Excited nak berblogging on my birthday morning! just ada beberapa khabar menggembirakan lately * ahha, not preggy ok*

    • happy tahun pertama sambut birthday berdua with hubby =)
    • housing loan approved! syukur alhamdulillah.. thanks CIMB. service bagus!


    next step, dah boley mula survey perabot and perhiasan rumah.. excited giler!! btw, I beli rumah yang dah siap.. ada about 5% je belum complete. tu pun hanya untuk lif, gym dan surau. dah bley ambik kunci. yeay!!

    tu saje! 

    anyways Congrats to Ana Rafalli & Lisa Suruhani on your wedding day! sangat cantik, tapi agak frust sebab ingat dapat tengok muka Lisa pakai tudung time nikah. mujur ada gambar khatam quran. yup, saaaangat comel!

    p/s : Happy birthday to Puan Renee juga today! Same birthday 1 March =D dan anyone yang celebrate birthday with us. enjoys!


    thanks and credit to Musartworks