My Anniversary tickers

Followers

Monday, April 16, 2012

We have been married for 7months.. kesian suami dapat isteri macam ni..

Salam friends and readers! blog sepi seketika dan kembali menulis =)

..and Dearest Hubby,

16 April 2012.. 

Happy sevenmonthsery to my husband! tak terlalu awal untuk celebrate ulangtahun perkahwinan *belum setahun, ulang bulan ker?* dan tak semestinya mengingati pada tarikh tertentu setiap tahun saje. pada saya, setiap hari adalah hari penting yang wajar kita kenang dan hargai. bila bangun dari tidur, syukur alhamdulilah diberikan satu lagi hari untuk menjalankan tanggungawab sebagai seorang isteri dan hamba Allah.. tiada yang lebih bermakna dalam rumahtangga ini bila dikurniakan suami yang baik untuk kita, the right man not necessary the perfect man..

Saya sentiasa berdoa supaya menjadi isteri yang solehah, isteri terbaik untuk suami dan isteri yang sentiasa membahagiakan suami.. jika saya gagal untuk jalankan tanggungjawab dengan sempurna, saya akan cuba baiki dan cari jalan untuk memulihkan keadaan.. jika masih tak memuaskan hati suami, saya serahkan kepada Allah untuk berikan yang terbaik buat suami.. ampunkan saya atas segala perkara penting dalam rumahtangga yang saya kerapkali terlepas pandang, dan saya menyesal.. semoga setiap saat yang kita lalui bersama akan diberkati, dan jadikan perkara buruk atau musibah sebagai hikmah untuk kita perbaiki semuanya.. sentiasa bersyukur atas segala nikmat Allah, dan saya percaya suami adalah pelengkap hidup dan jodoh yang telah dihantar oleh Allah, dan ini yang terbaik untuk saya. Alhamdulillah..

Saya sedia menerima segala dugaan dalam rumahtangga, kerana ini adalah ujian tuhan untuk jadikan kita insan yang lebih baik..

Dalam 7 bulan perkahwinan ni, baru saya sedar betapa hebatnya suami saya bertolak ansur dengan kelemahan diri saya..

1.Kesian suami dapat isteri takut minyak meletup..



Saya penakut goreng ayam, ikan keli, hati limpa dan segala jenis makanan bergoreng yang meletup dalam minyak panas.. oleh itu suami saya yang selalu volunteer buat kerja tersebut, malah lagi pandai tahu ayam dah masak sempurna ker tak? =)

2.Kesian suami dapat isteri tak pandai mengemas sangat..




Selalunya saya akan ke opis dulu lebih awal, jadi suami akan mengemas katil, susun bantal dan lipat selimut. bila sampai turn saya kemas katil mesti tak sekemas mana, dah la amik masa lebih lama.. aaiisshh.. malunyer jadi isteri camni..

3.Kesian suami dapat isteri tak pandai menggosok baju..


Baju saya kebanyakkannya tak perlu gosok.. jarang pakai baju kurung ke opis, slalu pakai cardigan with skirt yang kedut seribu.. awal2 kawen ada cuba gosok kemeja suami, lebih 30minit iron, hasil plak tak membanggakan. oleh sebab nak elakkan pembaziran masa, tenaga dan karen sebab on seterika lama, suami akan hantar baju ke dobi untuk iron.. malu lagi.. bila la nak berubah wahai isteri..

3.Kesian suami dapat isteri kerja tak tentu masa, jarang masak dinner..


Kerja di luar kuala lumpur, kadang2 saya tak sempat masak makan malam. mana taknya kalau sampai rumah pukul 9.00 malam, sementara nak tunggu saya masak, boley gastrik suami saya.. tapi suami selalu bertolak ansur, kadang2 makan kat luar, kadang2 beli kat pasar malam je apa yang ada.. maafkan saya. ni memang salah..

4.Kesian suami dapat isteri yang takleh memandu..


Saya belum ada lesen memandu.. tak berkesempatan lagi. suami terpaksa jemput dan hantar saya pegi kerja dan kemana2.. kalau la saya boleh berdikari.. tak la saya menyusahkan suami lagi..nak2 waktu kerja pun tak menentu, sampai kena berjaga sampai 2.00am sebab saya..

..walaupun saya goreng ayam sebatu pakai perisai, walaupun saya kemas katil comot, walaupun saya iron baju 1 jam, walaupun kena makan kat kedai mamak dan walaupun kena tido sorang tatkala saya kena keje midnite shift, terima kasih sebab terima saya seadanya.. ='D

Saya janji insyaallah, saya akan berubah menjadi isteri yang lebih baik.. 

Love,
Wifey..

Sunday, April 1, 2012

Busana Resepsi Hiddensity sedia untuk disewa

Hye b2b and friends, di sini saya isytiharkan maka busana hiddensity sedia untuk disewa.. bagi mereka yang sudah merisik2, sorry sebab lambat update atas kesibukan menguruskan proses mendapatkan hak milik kediaman kami. 

Tarra! boley juga menunjukkan hasil kerja momentseeker yang amat saya hargai.. sangat suka dengan hasil kerja tangan dari beliau. Thanks!

Pada friends & b2b yang bertanya details baju, sini I upload close up picture untuk baju resepsi wedding I. siapa yang berminat boley pm facebook Hidayah Hiddensity or boley email hiddensity@yahoo.com =D

kebaya labuh

korset songket 

kain potongan mermaid

fit dekat hips

mini bolero sleeve effect

labuh veil tudung awning chiffon

full set bride and groom

pandangan depan

kasut size 7 heels 

tudung awning

Sedikit info:

hanya sekali saje baru digunakan
belum pernah disewa condition 10/10
size XS-S
alteration tidak digalakkan
satu set dengan aksesori ringkas dan pakaian lelaki
sesuai untuk sanding, berinai dan outdoor
harga sewaan jauh lebih murah dari butik ;)


Interested? contact me! see ya!