My Anniversary tickers

Followers

Saturday, May 26, 2012

Krabi & Phuket Holiday 2012

Sweet escape again!! wooho!

Date       : 10-14 April 2011
Hotel      : Tipa Resort, Aonang (Krabi)
                APK Hotel, Patong (Phuket)
Location : Thailand

Holiday yeay!! Ni budget we all for this gateway! ni tak masuk duit poket la..

4D3N in Krabi + Buffet Breakfast for 2 + Airport Transfer & Seightseeing + Room Upgrade 

RM 388.00 + RM 220.00 + RM 150.00 = RM 758.00

Air Asia Ticket for 2 KUL - KBV +  HKT - KUL

RM 366.00 + RM 700.87 = RM 1066.87

TOTAL : RM 1824.87

Memang sesuai la nak tenangkan fikiran g tempat pulau2 ni.. setelah stress keje dan masih dalam hornymoon period, belum preggie katanyer. hehehe. so we all plan dis time nak sightseeing and island hopping. 

Day 1
Sampai airport Krabi, terus amik airport transfer by hotel, dalam 30 minit sampai hotel and check in. naik bilik hotel, susun barang rest jap. hujan renyai2 kami lepak2 jap tunggu hujan benti sebelum jenjalan cari port makan, beli barang and book island hopping.




Tersedar dari rehat yang panjang, tengok2 hujan masih renyai. alamak dah terlena sampai malam! dalam pukul 7.00pm. nak kuar pun dah gelap. mujur ada bawak McD tapau from lcct tadi, tu la jadi dinner dengan milo 3in1. rugi aktiviti sehari. 

Day 2
Bangun awal, nak gi book island hopping. mulakan hari dengan breakfast dulu.. makan roti, waffle + jam. then terus jalan sekitar hotel, cari kedai, restoren halal and yang penting pantai!! tak sempat nak buat island hopping that day, lambat few minutes. we all book for  esoknyer..


Pakej Island Hopping
Phi Phi Island by speed boat
Time : 8.00 - 4.00 pm
Price : Rm 180.00 per person (actual price)
           Rm 110.00 per person (after bargain2) ;)

Then pastu jenjalan sekitar hotel, cari port makan depan masjid. phew, dekat rupanya! balik bilik dah lemau we all gi massage, amik hotelnye spa. lebih privacy and intimate. woot2!


Pakej massage Spa hotel
1 hour full body aromatherapy massage
Price : RM 40.00 per person

Dah sampai waktu massage, tetiba dia kata kena massage tepi pool side! alamak cekci ar!! I mintak dia tutup ngan bamboo blind, tapi still tak memuaskan hati sebab blind tu lubang2. hehe pastu dia offer datang bilik we all. yess2!! senang hati. tapi sian la tukang urut tu, rumah kitorang tinggi atas bukit. mengah dorang panjat, kitorang naik buggy hari2 ;) massage best giler!! puas hati ok! nak2 lagi tapi takde masa je..


Settle massage, we all mintak shuttle hotel hantar g Krabi town. ada satu shopping mall je katanyer. so we all sampai, masuk dalam mall tak sampai sejam, Krabi dilanda gegaran tsunami. bangunan kena kosongkan. semua orang lari balik selamatkan diri. hotel pun jemput kitorang balik. tak sempat shopping apa langsung, makan pun tak sempat sume kedai dah bungkus. jalan ke pantai Ao nang pun tutup. takut woo!! ada hikmah tak sempat buat island hopping tadi.if tak, camnerla stranded atas bot tengah2 laut.


Balik hotel, blackout plak.. semua turun lobby tengok berita. hujan tak benti we all jalan kaki gi tepi masjid makan. ramai giler baru kuar makan time tu, dan semua pelancong y g island hopping baru dilepaskan ke darat pukul 9.00 malam.. kebulur la nak makan.. sabar je la.. dapat gak kitorang dinner tomyam with apple shake. food harga sama cam kat Malaysia gak, tomyam RM6.00 semangkuk tapi rasa pure abis, terbaaeek!

Day 3
Pickup point kat hotel masing2. ni adalah hari kedua selepas gegaran. sampai je pier (jeti), pelancong yang book bot sama we all semua cancel sebab dorang takut tsunami. gulp! so we all dapat better offer la join speed boat lain. group pelancong sikit dalam 15orang, so service personalised la sket. hehe..

aktiviti snorkeling, gi national park, swimming with fishes, and makan2. best!!



Untuk gambar island hopping and 1Day Tour Phuket kena tunggu.. Part 2 =) to be continued. bye!

Wednesday, May 23, 2012

Jika mummy dah tahu lebih awal baby dalam pewot mummy..

Salam friends, b2b and readers..

Mode bercuti dan berehat seminggu di rumah. homerest. mc. baby tak sehat.

Last week bangun pagi ada spotting setitik. so kalau baca info pregnancy memang normal during implantation will causes light bleeding or spotting. so I cool lagi. masuk pukul 2.00pm, nak gi toilet I tengok bleeding dah penuh pantiliner, muka dah pucat and badan rasa lemah. so I terus ke klinik. 

Doc tanya :

ada jatuh? NO
ada bersama suami? NO
awak stress? YES 
awak penat? YES YES!!

Doc pun  bagi injection kuatkan rahim, ubat dah vitamin lain. Pastu scan, I nervous. syukur nampak heartbeat baby ada lagi. sedih je bila doc nasihat kena banyak rehat.

 .." I dont want you to lose your pregnancy.. "  doc bagi remark! terkejut I.

Doc bagitau ni adalah threaten abortion. dengar word abortion je mata dah bertakung, sedih. terus teringat apa yang salah or tak betul jaga pregnancy ni. aktif sangat ker? or rahim yang lemah?

So bila google baca baru tau..

Ringkasannya, threaten abortion ni pendarahan awal kehamilan 3 bulan pertama yang mungkin memberi tanda2 keguguran.. nauzubillah.. keguguran bleh berlaku bila2 masa selepas beberapa hari. bukan semestinya sebab jatuh atau kemalangan, tapi sebab abnormal implantation atau abnormal fetus. Wallahualam, Allah maha mengetahui.

Rawatan untuk threaten abortion ialah homerest and stay in bed. ni memang doc tekankan. jangan buat kerja berat or ringan. rehat je untuk kurangkan pendarahan. walau bagaimanapun, tiada kajian saintifik yang buktikan homerest dapat elakkan keguguran dan tiada rawatan specific untuk mengawal pendarahan di awal kehamilan. *sedih*

Baby,
Mummy tau baby strong, baby boleh bertahan.. mummy akan makan semua ubat doc bagi untuk bagi baby sehat.. mummy pun dah cukup rehat. baby baik je tak bagi mummy susah pun.. baby membesar sehat kat dalam pewot mummy yea.. mummy belikan mp3 untuk baby dengar ayat2 Al Quran nanti. bertahan yea sayang. mummy doakan baby sehat.. nanti papa belikan barang2 untuk baby ok! mummy and papa sayang baby!!

Bila berehat di rumah sorang2, kadang2 terpikir.. masa awal kehamilan memang I taktau. banyak benda2 yang tak patut buat dah buat pun.. 

Kalau mummy tau baby dalam kandungan mummy, mummy takkan..

  • bercuti2 sakan, buat aktiviti island hopping, snorkeling dan panjat bot berulang kali.. mungkin bahayakan baby..
  • bersantai ke negara pulau, makan buah2 tropika dan jus seperti nenas.. ouch! mummy taktau..
  • bergambar tepi pantai siap lompat2 
  • berjalan kaki sekitar bandar, jalan2 shopping dan berlari2 time menyelamatkan diri saat krabi terkena gegaran tsunami
  • gi spa, urut badan urut perut, gi gym la. mujur mummy tak buat sauna, papa tak bagi. 
  • bawak barang dan bagpack berat2 masa travel..
Sorry sayang.. mummy promise jaga baby sebaik mungkin. rest! rest! rest! tu je mummy buat sekarang.. love u baby! muuuaaah!

Friday, May 18, 2012

Yeay! We are expecting a baby

Salam semua.. syukur setelah lama berikhtiar untuk menulis akhirnya berjaya membuat keputusan untuk membeli laptop baru.. amekaw! hehe asyik repair2 sampai dah dekat RM 500,wajar membeli gadjet baru.. bukan saja untuk I malah untuk my little one inside =) tq baby sebab support mummy beli laptop ni. mummy bagitau papa, senang cari bahan rujukan untuk baby, then papa pun setuju..hehe


Berbalik tentang entry kali ni.. syukur atas rezeki Allah akhirnya beri rezeki kami untuk dapat cahaya mata insyaallah akhir tahun ni. rezeki yang tak dijangka2, mungkin berkat doa semua termakbul juga impian menjadi seorang mummy.

Kisahnya, I memang tak mengetahui diri ni berbadan dua sehinggalah berjumpa dengan doc, dan doc sahkan kandungan dah berusia 6 minggu. MasyaAllah! dah terlepas mummy nak baca week 1-5 tau2 dah masuk 6 weeks. Memang period agak lewat seminggu tapi sedapkan hati, mungkin akibat stress keje so dah masuk 2 minggu kalau takde juga, mari kita check, mana tau ada penyakit lain ker, tersumbat ke salur mana2.. *tu yang terlintas time tu* bila hubby tanya, jawapan juga sama.. "stressla keje.. sampai 'dia' pun tanak datang..."


Perubahan badan bermula..


Jom tengok perubahan dan tanda2 awal seseorang tu mengandung berdasarkan pengalaman ibu2 sebelum ni..

  • breast sakit, rasa penuh dah bengkak
  • perut rasa kembung, cramp dan bloated
  • rasa mual loya dan muntah
  • kerap buang air kecil
  • kerap rasa letih, muka pucat dan mengantuk
  • mengalami perubahan emosi
  • cepat lapar



Untuk semua tanda2 di atas, memang hampir semua I dah merasa, tapi masih lagi tak terfikir ke arah pregnant. mungkin sebab simptom yang paling famous iaitu morning sickness I tak dapat, syukur..tu yang jadi agak lambat pick up di situ. sampai suatu hari period dah lewat lebih seminggu, baru la berani2 nak cuba buat UPT kat rumah dan hasilnyer..


result tak clear, so I assume tak pregnant..!

So masa bangun pagi pun badan rasa tak sedap, ada unsur2 nak pitam. hubby plak ke luar negara seminggu, apa lagi berkira2 untuk mc.. gigih gi klinik pagi2 nak amik mc, bla..bla..bla.. ngan doc pastu terpikir nak buat upt.. lepas 10 minutes buat urine test doc mengesahkan I pregnant 6 minggu.


doc  : akhirnya.. setelah lama menunggu.. positif.. awak pregnant!
saya : hah? *terkejut*
doc  : awak memang lama tunggu kan?
saya : betul ker ni doc?? *muka cuak, tak senyum*
doc  : betul la, double line tu. nape? awak makan pil perancang ker?
saya : eh tak2!! er..saya terkejut..


** hehe lepas tu kuar klinik happy nyer terus lupa nak mc..larat je gi opis... lalala


Surprise suami!

Lepas dapat berita gembira, malam tu terus bagitau parents dan kawan2 terdekat.. siap discuss lagi camner nak bagi surprise kat hubby. nak tanak kena tunggu dia balik lagi seminggu.. hari2 sms jela.. kadang2 saje selit dalam sms tu "mummy dan baby sehat je kat sini.." hubby pun wonder tapi tak take serious. hehe. plan menjadi masih lagi rahsia.. sampai hubby sampai rumah lepas seminggu, hati membuak2 nak bgtau tapi sebab nampak penat baru turun flight 8jam, tak jadi.. petang sket la..


antara suggestion cara nak bg surprise dari geng2 kak nam kat opis:


  • tunjuk upt result

hubby paham ker kalau double line tu pregnant? aku pun baru tau lepas baca kat paket tu.. 

  • mms gambar pegang mitten and booties

handphone problem nak send mms to oversea. aishh.. lagipun belum beli lagi mitten and botties baby


dan cadangan saya...!



Christmas parcel
amik pewot, ikat reben, tarra! hahaha
credit mnoo.com
Akhirnya malas nak pikir2, I berterus terang saje ngan hubby dalam kereta. mula2 nampak dia tak percaya, tapi lama2 kena caya la! heehe.. so takde la surprise special pun.. hanya pengakuan jujur dan ikhlas je dari saya.. 

Komen suami...


" B rasa baby kita baru 2 weeks kan? " dalam hati I, mesti dia ingat baby made in Krabi akibat percutian kami baru2 ni. time tu baby dah ada dah pun sebulan dalam pewot mummy.. hehe.." Hello papa! baby dah nak masuk 7 weeks dah tau! =) "


happy..