Salam kawan2.. selamat hari raya untuk semua! Ramadhan dah berlalu sangat pantas dan baby pun dah masuk 23 weeks. syukur dipermudahkan berpuasa dan beribadah.
Syawal in 5 months pregnancy *pewot kecik* |
Progress mommy weeks 20
BP low 90/60
Time pregnancy ni plak baru bp dropped. sebelum ni takde problem. aisshh kena makan banyak sayur hijau doctor pesan.. (patut la..)
Berat turun
Masa awal pregnant 8 weeks berat 54kg, bila dah 20 weeks berat makin turun 53.5kg. doc pun sound la.."this is weight-gained-program yea.." tak pasal2 kena inject vitamin tambah selera makan. adoii!
Perut kecik
Dah masuk 5 bulan tapi babybump takde lagi.. gi beraya pun orang taktau preggy.. alahai risaunyer.. doc pesan makan banyak sket, takut baby kecik sangat nanti.. ok!! raya kot dah abis puasa.. siap sedia yea baby, mommy makan manyak2!
Alhamdulillah so far perjalanan preggy dipermudahkan.. just kadang2 je rasa semacam kerap nak terkencing, kaki cramp giler and mengah2..
Mission weeks 20
makan delima
atas request tok.. tok cakap elok makan time preggy, setiap satu butir delima tu ada khasiat. kena makan sampai abis.. mujur dapat cari kat Jusco Au2. RM 5.90 sebijik.
banyak minum air kosong
takut kena kencing kotor. so berazam nak minum air banyak2.. mama pun ada belikan air anugerah bacaan ayat Al Quran 30 juzuk. hubby pun belikan air zam2 import from saudi terus ke sini. harap2 dapat bagi baby and mommy khasiat yang diperlukan.. Insyaallah.
tambah dos makan nasik and vitamin
berazam untuk makan vitamin secara terancang.. sejak pregnant ni datang penyakit susah nak telan ubat. sampai siap tercekik, termuntah & tersedak bagai.. adeh.. tablet calcium doc tukar 2 jenis dah sebab takleh telan besar sangat. last2 doc bagi calcium gummy flavour strawberry lagi.hikhik.cam budak2 plak rasa :D dan doc juga pesan suh makan nasik banyak sket.
sediakan shopping list baby and mommy
risau sibuk renovation rumah nanti tak sempat prepare barang baby, so mommy kena buat list dulu.cukup la baju newborn 3-4 helai kaler putih yang lain beli sket2 bulan berikutnyer *belum scan jantina baby* siapa ada list or tips shopping boley la share yea....
Setakat ni, ni je yang dah sediakan untuk budak tecik ni :D
Baby clothing
short sleeve shirt -1
long sleeve shirt -2
romper - 3
short pant - 2
long pant - 2
sleeveless shirt - 1
mitten and booties - 2
bip - 1
Baby bedding
hooded blanket - 1
Nanti sambung lagi shopping.. esok nak gi scan jantina baby!