My Anniversary tickers

Followers

Sunday, November 25, 2012

Misi Mendapatkan Portable Baby Crib

Masih mencari portable baby crib sementara nak beli baby cot. maklum lah sedang sibuk beli barang nak masuk rumah baru, tak sempat cari katil baby. nak ke tidak dia tido dalam baby cot nanti. as a back up plan, mommy pun baru nak cari portable baby crib buat guna sementara waktu.

Ni pilihan yang ada, yang selalu nampak online..

Option 1

coupon from Rainbow Collection Shopping

coupon from MME Marketing Shopping

Ada sekali pernah nampak kat Groupon and Milkadeal
Price:  rm 199.00  rm 88.00

Foldable travelling baby crib made of cotton with easy-to-carry handle.
Built-in breathable inner compartments for better ventilation.
Removable pillows to adjust baby’s sleeping position.
Suitable for baby aged 0 – 6 months.

Package includes: 
1x Foldable travelling cotton baby crib
2x Adjustable side pillows
1x Breathable mini sleeping mat
1x Removable crib headboard

Option 2

Convenient & Safe Portable Baby Crib! Lets Your Little Darling Be Comfy & Snooze Wherever, Whenever! Now Only RM99 Instead of RM199. FREE Peninsular Delivery [50% OFF]

Convenient & Safe Portable Baby Crib! Lets Your Little Darling Be Comfy & Snooze Wherever, Whenever! Now Only RM99 Instead of RM199. FREE Peninsular Delivery [50% OFF]

Pernah available kat My best deal

Price : rm 199.00 rm 99.00

Ensure proper and comfortable sleeping position for your baby regardless of where you are
Designed with portability and easy to carry
Very convenient to be brought along anytime, anywhere
Unloaded cotton intercropping system can be folded for easy cleaning
Super soft fabrics for the delicate babies
Can also be used as storage carrier
Convenient to use when changing baby diapers during those emergency situation
Size: 35 x 96 x 15 cm
Available in 2 colours: Pink or Blue
Material: Cotton

Package Includes :
1 x Portable Baby Crib

Material: 100% cotton 
Filling: Sponge
Suitable for ages 0-18 months 

Option 3


MOTHERCARE PORTABLE BABY COT

Price : RM 199.00 (RM 100-RM 140)

Can replace the crib, on the middle of Mom and Dad`s bed at any time convenient to parents, designed to take care of the baby. Can be washable, lightweight foldable, portable travel, let your baby have their own little bed at any time. 


COLOR: BLUE - ORANGE

*EASY TO CARRY / PORTABLE
*NEWBORN TILL 18m
*MACHINE WASHABLE SHEET

Product Features

Specifications: 96 * 35 * high 15cm wide 
Weight: 1. 5 kg (with packing boxes to more than 2 kg )

Objektif mommy nak beli portable baby crib..
  • Baby baru2 lahir mesti letak atas katil kita kan.. so nak letak baby kat tengah nak guna baby crib ni. takut kalau takde border, baby senang bounce kalau papa tido pusing2. risau baby terbalik! hehe
  • Travel senang, gi umah orang pun okey.. bawak balik kampung pun senang. jimat toto dorang takyah susah2 prepare untuk baby.
Apa2 pun, nak tanya approval papa baby dulu.. heehe bye!

Rukhsah Solat Ibu Sarat Hamil

Salam semua readers and friends,

"Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil..."

Dah rasa tiba lah menggunakan rukhsah solat memandangkan keadaan badan yang dah tak berapa stabil nak bangun dari sujud untuk berdiri. cepat mengah rasa cam nak pitam kadang2.. haish.. mujur masa antenatal class hari tu ada sentuh bab solat ni.

Rukhsah solat bemaksud kelonggaran yang diberikan dalam menunaikan solat fardhu. masa spm dulu ada belajar ni. tapi hari ni jom kita share cara solat bagi wanita sarat mengandung.. 

Untuk ibu sarat hamil, dibolehkan solat duduk, TETAPI masih terikat kepada rukun solat berdiri betul semasa takbiratul ihram. jika tidak, TIDAK SAH solat.


Solat bagi wanita mengandung WAJIB tapi gugur status wajib apabila... saat melahirkan baby sahaja..

Darah Wiladah dan Nifas

Wiladah : darah yang keluar saat melahirkan baby atau keguguran. maka wajib mandi hadas atas sebab melahirkan dan keguguran walaupun darah yang keluar berupa darah beku. mandi tidak semestinya sebaik selepas melahirkan.

Nifas : darah yang keluar dari rahim selepas melahirkan. tempoh keluar darah bergantung kepada individu dari sehari hingga kebiasaannya 40 hari selepas bersalin.

Hukum solat bagi ibu mengandung
  • pendarahan awal dan semasa hamil
  • Hukum : wajib solat sebab darah yang keluar bukan darah wiladah

  • turun darah, turun tanda bersalin darah dan lendir
  • Hukum : wajib solat sebab darah tersebut bukan wiladah

  • pecah air ketuban
  • Hukum : wajib solat sebab darah tersebut bukan wiladah

  • keguguranada 2 situasi wajib dah gugur taraf wajib
Hukum :-

i) Wajib : selagi janin masih berada dalam rahim belum dikeluarkan, kerana belum berada dalam keadaan wiladah.

ii) Haram : janin dikeluarkan sekalipun hanya berupa darah beku atau ketulan daging. perlu mandi hadas sebelum solat.

Cara solat ibu sarat hamil
  • duduk bersila 
  • duduk antara dua sujud
  • duduk atas kerusi

Q : Jika ibu hamil megalami pendarahan berterusan, placenta previa dan bedrest sehingga bersalin

A : Solat atas kerusi. masih WAJIB berdiri betul semasa takbiratul ihram, dan yang lainnya boley duduk atas kerusi. jika duduk atas lantai dikhuatiri lebih banyak pergerakan yang boleh mendatangkan bahaya sebab pendarahan. rukuk dengan bongkok kan badan dan sujud lebih daripada darjah bongkok rukuk tadi.

Q : Jika ibu terlantar tidak boleh bergerak langsung
A : Solat baring isyarat mata untuk rukuk dan sujud

Q : Wuduk bagaimana dan cara membersihkan diri
A : Berwuduk seperti biasa, cuma bersihkan pendarahan sebelum solat supaya tak terkena pakaian solat dan telekung. tahan pendarahan faraj dengan menyumbat kapas dan ganti tuala wanita. jika darah keluar sewaktu solat, solat tidak batal.

Selamat berkongsi. saya pun baru tahu kewajipan berdiri betul semasa takbir adalah WAJIB, *nyesal tak belajar*, perlu bantuan orang lain jika tak mampu berdiri sendiri. masih mengumpul info untuk situasi2 lain semasa sarat hamil dan solusinya. harap beri manfaat, dan secara tak langsung mendidik si comel dalam pewot tu tentang solat :D harap if ada info kita berkongsi.

bye!

Thursday, November 15, 2012

Perineal Massage

Hello mommies and readers,

Entering final trimester of pregnancy for sure ramai yang dah buat or study pasal perineal massage kan?

Apa tu urutan perineum?
perineal massage ni urutan di bahagian antara vagina dan dubur menggunakan pelembab pilihan masing2 untuk memastikan kawasan perineum kenyal or flexible untuk mengelakkan koyakkan besar masa bersalin nanti. paling elok mula buat seawal 32 minggu ke atas, dan amat digalakkan untuk first pregnancy.

Jenis lubricant or pelembab sesuai
virgin coconut oil (vco), olive oil and perineum massage oil or lotion. ada jual kat mothercare. I pakai Tanamera Vco je.

jangan guna : baby oil and petroleum jelly, untuk elakkan kerengsaan di bahagian vagina

Mesti buat tak?
terpulang.. ni langkah berjaga2 untuk elakkan koyakkan besar sampai montot nanti.. ee.. seram tak? hihi..

Bahan yang diperlukan

  • cermin
  • hand sanitiser
  • tisu
  • massage oil or lubricant pilihan
  • suami :D
Camner nak buat?

  • Basuh tangan bersih2, boleh guna hand sanitiser lagi senang
  • Cari posisi yang paling selesa
  • Guna water based lubricant cam KY Jelly ke, tak pun olive oil, vegetable oil or Vitamin E oil on thumbs and perineum
  • Mulakan urutan, posisi jari ikut gambarajah di atas
  • Press downward towards the rectum and to the sides at the same time until terasa a very slight burning
  • Tahan selama 2 minit
  • Breathe deeply and slowly and try to relax the muscles
  • Keep pressing down with the thumb and slowly and gently massage back and forth over the sides of the vagina in a ‘U’ motion for 3 minutes.
  • Relax and repeat

boley mencangkung and boleh berdiri sambil letak kaki ke atas kerusi or katil. sila guna cermin. or boley refer video ni.

Kebaikan urutan perineum
  • bahagian perineum akan menjadi elastic and supple jika diurut secara konsisten
  • insyaallah kalau perineum elastic, boley skip episiotomy *takyah doc gunting*
  • meredakan tekanan bila kepala baby nak kuar nanti
  • jika suami yang buatkan urutan, menguatkan 'bonding' for both hubby and wifey *opps!*

Buat sendiri ke hubby buatkan?
mesti nak hubby buatkan kan? hehehe.. macam I yang jenis seriau ngeri ni, lebih baik buat sendiri. sebab selalunya wife yang ngeri lebih, husband okeh jerk! if buat sendiri, kita boleh control tahap kekuatan dan kedalaman urutan tu. so, kalau I better buat sendiri.

Bila nak buat?
setiap malam sebelum tido, lepas kuar toilet, lepas mandi. boleh repeat 2 @ 3 kali sehari ikut kemampuan. 5-10 minit session.

Sakit tak?
Mula2 tu sakit la skit, dah buat banyak kali memang nampak beza tahap elasticity tu so kurang sakit. geli? ada la sket kalau hubby buatkan...

usaha tangga kejayaan! bye

Tuesday, November 6, 2012

Perfect Shopping Time for your Newborn Baby

Hello friends and readers! 

Sebut pasal shopping, terus excited! basically nak shopping barang baby paling baik time 2nd trimester. since time ni kita dah kuat, pewot pun ringan lagi, dah abis morning sickness, dan yang penting ada yang dah tau gender baby. tu lagi syok. boleh dah beli skirt ropol2 or prewalker nike or adidas snickers kan? mari kita share tips bershopping barang baby.

Mana satu perlu or penting, mana satu nak dan boley beli kemudian?

Checklist shopping
buat list mana yang rasa perlu dan kena dahulukan. lain orang, lain prioritynya. bagi PJJ wifey, perlu carseat dulu, sebab hubby jauh susah bawak baby g klinik. tapi bagi sesetengah wifey, baby boley carry while hubby driving.

Prepare awal tak salah
ada parents or orang tua2 tak galakkan beli awal, tak elok. kalau miscarriage membazir je barang y dah beli. for me, takde masa yang dikira awal pun. ajal maut di tangan tuhan. beli awal tak salah sebab kita nak kejar sale or promo untuk penjimatan. moreover, mana tau lagi delay, lagi tak larat jalan, tambahan plak nanti check up baby lagi kerap kena buat. tak best terkejar2. better trimester pertama, blogwalking cari info dulu, price and product then masuk next trimester dah boleh start shopping.

Limit the number of newborn baby outfit
Sila expect gift yang bakal anda dapat nanti. mostly akan bagi baju size nb. baby pula cepat membesar. jadi beli la baju nb berpada2, maybe boley lebihkan yang 3-6 months ke to shop.

Preloved  item?
Tengok kesesuaian. boleh diterima, normally from relatives yang nak jual murah or even pinjamkan sementara. baby cot ke, baby cradle ke atau barang2 lain.for mommies yang nak beli barang perabot baby second hand, check barang dulu takut condition tak bagus, penah jatuh ke, rosak ke dan pastikan berbaloi ngan harga yang ditawarkan. sekarang kat Mudah.com pun ada orang jual barang baby terpakai.

For me, I dont mind second hand item if orang nak bagi pinjam *tapi normally diberi sukarela tanpa minta*. dan ada antaranya yang belum guna lagi. still new dorang beli lebih tak sempat pakai. rezeki baby la tu.. hihi. so far, ada offer untuk carseat and baby cradle. yang dah amik baby binder 8 helai new and nappy liner new. thanks!

Kirim barang overseas
Bagi sesiapa yang ada family airline crew, boleh la kirim barang2 baby yang boleh dapat dengan harga yang berganda2 murah kat FOS dia. maklum la dorang jual baju ikut season, lepas je terus antar FOS. I berkesempatan kirim baju baby kat officemate yang ke US, dan memang nak bershopping di Desert Hills Premium Outlets. berbekalkan 100usd, ni yang I dapat..

Tarra! Oshkosh B'gosh baby clothes!

size fit up to 6 mth. geram tengok jeans tu! :D

Ok till then!

Monday, November 5, 2012

manual vs electric breastpump

Haish... dah pikir lama pun still takde idea lagi. ingat nak beli manual dulu, tengok production camner. tapi kalau dalam pantang nanti susah plak nak pegi beli.. so, buat persediaan I sediakan budget mudah rm300.00 dulu untuk beli bp. perjalanan bermula di Sogo.

Why Sogo ? sebab nak jimat. I gi tukar voucher redeem point credit card, hehe kira reward dapat bp la.. in case kalau tak serasi, kemudian boleh upgrade yang lagi better.

If u all ada rm 300, korang beli bp ape?

Dengan budget kecik, takleh nak demand banyak. buat comparison sket dari aspek berikut:
  • brand - macam2 ada..
  • function -  manual or electric, both or battery operated.
  • mobility - manual lebih portable, parts lebih kecik and easy to assemble.
  • sound - ikut nasib, ada yang karen bunyik mesin rumput, ada yang manual bunyik klepek2. lagi bagus yang sunyi terus.
Selepas sesi wildcut, ni pilihan yang ada. Sorry harga tak ingat sangat, tapi lebih kurang camni la price range dia..

Medela harmony (m)
Prce : rm 269 ++
Medela: Harmony Manual Breastpump with 2-Phase Expression

This manual breastpump is ideal for mothers who only express milk occasionally and do not want to miss the usual feel of their baby. Medela’s Harmony™ pump won in the ‘Best Manual Pump’ category at UK parenting awards.

With 2-Phase Expression® 
It is the only research based breastpump technology to mimic a baby's natural nursing rhythm. The unique combination of a rapid stimulation and slower expression makes pumping especially gentle, comfortable and efficient

Ergonomic swivel handle 
Gently massaging SoftFit™ Breastshield 
 Fewer parts than other manual breastpumps 


Philips avent (m)
Price : rm 259 ++
Philips Avent: Manual Breastpump PP with Bottle - BEST BUY


Unique active massage cushion for optimum comfort

Being stressed or in a hurry can make it more difficult to release your milk and can also affect your milk supply. So feeling comfortable and relaxed really helps. Our pump has been designed to increase your comfort when you are pumping.

Clinically proven results
The gentle-draw vacuum that mimics a baby's natural suckling action gets more milk than a hospital grade double electric pump


Patented soft 5-petal massage cushion
The unique active massage cushion is intended to help stimulate natural let-down

Unique system for easy milk storage
Make your life easier by expressing directly into any of our wide range of bottles and storage containers for the fridge or freezer

What is included
Manual breast pump: 1 pcs 
Breast milk container (125 ml/4 oz): 1 pcs 
Bottle stand/funnel cover: 1 pcs 
Extra soft, newborn flow teat: 1 pcs 
Sealing disc: 1 pcs 
Spare parts: 2 pcs 
Newborn teat travel pack: 1 pcs


Little bean electric
Price : rm 299

  • Innovative Design - The only high function drive available with 3 sucking strength. Prevents the milk gland from possible blockage.
  • Simulates a Baby's Natural Sucking Action - Simulates the quick at first and the slow down sucking rhythm of a baby. Thus the breast nipple is stimulated to keep away any blockage in the milk gland so that milk secretion will be ready for breast feeding. The subsequent slow-down sucking rhythm then facilitates the smooth flow in milks sucking. The suck & release action is as natural as the baby's sucking mode.
  • Auto Time Setting - The main pump operates at a set timing to ensure comfortable and effective sucking.
  • Somatology Design - Gently press the button to turn on the digital display and humanized operation.
  •  Mute Control - The main pump operates silently without producing any disturbing noise.
  • Small Model For Carrying Easily - With fashionable and streamline exterior design for carrying conveniently, the operation of the host machine and the connection of the three-port sucking device are very simple and easy.

Finally, we decided beli yang electric jugak *Choice no 3, Little Bean Electric Breastpump* since harga pun tak jauh beza dengan manual. yang penting niat nak exclusively breastfeed baby tu ada Insyaallah Allah permudahkan.. nak membeli time ni *dengan mode reno rumah lagi ni* kena ikut kemampuan poket jugak. buat masa we go by functions and price, later Insyaallah we purchace on brand and quality. daaaa!

Kelas Persediaan Bersalin (Antenatal)

Date : 4 November 2012
Place : Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur
Time : 8.00 am - 6.00 pm
Anjuran : Hospital Pakar Al Islam, Kampung Baru
Fee : RM 100 per couple
Rating : 4/5

Tentative Program
  • Anak Satu Anugerah Ilahi
  • Perubahan Kehamilan & Penjagaan Antenatal
  • Proses Bersalin
  • Kaedah Mengurangkan Kesakitan Ketika Bersalin
  • Penjagaan Pemakanan
  • Persediaan Kemasukkan Wad & Penyusuan Susu Ibu
  • Penjagaan Gigi
  • Penjagaan Bayi
  • Senaman Antenatal

Sedikit info untuk dikongsi sepanjang we all attend kelas ni.. Info memang membantu dan merubah perspektif kita tentang kelahiran, penting ada ilmu antenatal ni. ingat semua kita dah tau and akan ada orang ajar, tapi sebenarnya lagi banyak belajar, lagi banyak yang kita rasa perlu cari and tak cukup. memang program macam ni amat digalakkan la untuk mommies yang belum terfikir nak g. exposure yang bagus bukan untuk mommies je, tapi untuk daddies2 sekalian. so baru dia tau. hihihi

Komen
Macam biasa ada yang ok ada yang so-so.

Yang best
  • Topic favourite - Penyusuan Susu Ibu & Kaedah Mengurangkan Kesakitan Ketika Bersalin.
  • Food best! dari sarapan, lunch hotel buffet sampai la minum petang.
  • Parking hotel dapat flat rate rm 6.00 *kalau tak dalam rm 22.00 - 23.00 jugak la sehari*
  • Dapat goodies anmum and group photo.

Yang tak berapa best
  • Break 1hr for lunch and prayer tak cukup since surau sangat tak melambangkan surau hotel.
  • 1 hotel room tanpa katil dia buat jadi prayer room, imagine lebih dari 20 orang nak solat. ibu mengandung amik wuduk kat singki? lantai toilet bertakung? owh.. jangan la bagi malu hotel.. akibatnya, ramai yang terlepas intro next session. lambat masuk kelas.


I la dua dari kanan tu.. 8 months preggy mommy
ni time kelas.. nampak tak arrow kuning tu. ehem2 ;)
senaman antenatal - praktikal
dalam bag Anmum ada termometer baby from Anmum and sample susu
dalam bag new mom bag ada diapers petpet and baby love, dettol solution, johnson toiletris 
sijil penyertaan
Later ada masa nanti I postmortem topic2 kelas yea.. bye!  

Saturday, November 3, 2012

Maternity Lingerie - Briefs

Salam mommies, m2b, b2b and readers!

Dah preggy 8 bulan ni makin hari makin ligat plak shopping. macam2 benda nak beli. barang baby dah lepas, barang mommy plak sibuk hunting. weekend ni we all hubby and wifey amik kesempatan jalan2 nak shopping barang masing2, off to KLCC.. zooom! dah sampai sini sempat la menjengah kedai2 favourite we all semua kan.. Mothercare :) mission hari ni maternity panties ! hehe

Pewot dah besar, so kena cari cutting yang selesa and sesuai. boleh nak pakai yang biasa, cari yang potongan getah bawah pewot. biar selesa. I prefer pierre cardin midi. sangat selesa, tapi kalau pregnant amik size besar la..L or XL. masa I cari pierre cardin hari tu, outlet habis stock. 2 kali pegi not available. so takde rezeki, kita beli maternity brief terus.

Mothercare maternity briefs pilihan saya fit well, support well and comfy
  • pack of 5 mini briefs 3 black + 2 white
  • potongan depan direka sesuai terletak bawah pewot
  • 100% cotton selesa 
  • getah / trims yang nipis, tak nampak obvious bila pakai baju plain dan selesa tanpa melecet
  • sesuai kegunaan harian
  • size available UK 8 - 20


View details of Mothercare Maternity Mini Briefs- 5 Pack


Size dan potongan
Baju Dorothy Perkin korang size ape? hihi.. tu cara I nak pikir nak amik size apa tadi.. tak logik betul. hehe. I amik size 12 ok loose2 sket, tapi maybe size 10 pun muat rasanya.. for those yang suka pakai tutup pusat, amik yang jenis over-the-bump or full briefs, tak pun available juga cutting shorts.

Harga
RM 68.00  
tips: tapi kalau time sale boley dapat murah. PWP ke.. discount banyak, ada yang 40% off up to 70% boley dapat. kena rajin survey2..

selamat bershopping!