My Anniversary tickers

Followers

Tuesday, February 26, 2013

Zain Iskandar masuk paper Sinar Harian?

Date    : 2 February 2013, Saturday
Venue : Kota, Rembau
Event  : Gathering Hari Keluarga Waris Isa Sitam

Zain Iskandar buat pertama kali berjalan jauh. KL-Negeri Sembilan. kira jauh la sebab selalu paling jauh pun ulang alik hospital je. umur zain pun baru 40 hari, mommy dalam hari lagi. mujur balik hari. mula2 ingat tanak pergi, tapi memandangkan z.i pemegang title generasi kelima dan z.i satu2 nyer waris yang ada buat masa ni, so bawak balik jugak la perkenal kat semua ahli keluarga.

1st time bawak jalan tak tau nak letak apa dalam diapers bag. so far ok la takde barang tertinggal. z.i pun suka berjalan, tak meragam.

  • baby wipes
  • fm siap masuk dalam bottle, tinggal nak letak air jer
  • diapers
  • minyak yuyi
  • baju sepersalinan *macampengantinplak*
  • topi
  • towel + napkin
  • pacifier
  • changing mat + baby pillow
  • portable baby cot

Lagi satu pening mommy nak letak z.i katner. carseat? kecik sangat z.i pun. macam tak support je pinggang. so pangku je la selagi larat, kalau tak larat baru letak dalam carseat. tu plannyer. last2 sampai kampung z.i atas riba.. mommy lena je dia. hehe. camni la gaya dia.

z.i berinstaplace
tengah nak adjust position sebelum gerak balik kampung
lena kan? nak tengok posisi sebenar? nexttt pix please..
nampak tak? atas peha all the way from KL to Rembau..
z.i blajar dunia glamer. camera click! hehe
Ni z.i dah makin tinggi. dah 2 bulan, xleh riba cam biasa dah. bahaya. mommy dah start kena install carseat dah. sibuk dok google camner nak install carrier jadi carseat dalam kete. kena beli based dia kot. hmmm..

berbalik pada subject entry kata z.i masuk paper tu.. ni dia? siapa pandai dapat cari z.i?


jawapan : z.i mommy dukung kat tingkap pertama atas rumah! muahahahaha tak nampak pun. cet!

Saturday, February 9, 2013

Baby blues kah??

Khamis 7 February hari last berpantang...

44 hari menguji kesabaran
pantang makan, pantang jalan, pantang tu pantang ni.. aish.. stress!! tapi since orang kata pantang sekarang untuk masa depan, buatkan jela.. kadang2 terpikir orang putih minah saleh segala tu semua buat je takde pantang2 pun kan? aishh.. alhamdulillah dah selesai semua...

Hari ke 45 dan seterusnya
dah habis berpantang ni biasanya wifey2 semua dah sibuk nak edit diri balik. maklum la kita dah start appear in public setelah sebulan lebih kena kuarantin. nak adjust balik. tanak orang tengok kita tak presentable. orang mana? yang paling penting orang yang selalu berada dengan kita, jalan sebelah kita, tido same kita. orang lain tak heran sangat. ingatkan dalam tempoh berpantang je stress, dah lepas pantang rupanya lagi  stress! body ni dah ibarat macam kereta jugak bila dah pakai few years. alignment lari la, spare tyre problem la, bumper pun jatuh and bla.bla..bla..! major problem perut la.. memang dia kempes sebab tungku and tapel semua tapi still flabby2.. urgh! nak2 bf mommy kena makan n minum air banyak *pas minum je boncet*, lagi la susah nak kawal.. banyak betul benda nak pikir..

Rasa stress sampai nangis!
bukan stress pasal baby, sometime kita stress benda bukan2. logic ker? penat and sakit? tak jugak. entah la.. I stress sebab sometime kita rasa we are not doing well or good enough to the family / spouse. bila susu tak kuar or tak cukup is the most saddest thing. kalau stress memang la tak kuar susu kan? tu belum rasa hilang kasih sayang and perhatian lagi. hehehe.. and bila rasa feeling ni semacam je and berlarutan I try google normal ke feeling camni lepas bersalin? sampai la jumpa pasal baby blues..

Apa tu baby blues?
Source : www.babycenter.com

Having a baby can be both exhilarating and exhausting. It can bring much joy, but it can also challenge you in ways you never expected. Soon after giving birth, many women feel weepy and moody. You may be blessed with a beautiful baby and a loving partner, yet you find yourself crying over things that usually wouldn't bother you.


You may also feel exhausted, unable to sleep, trapped, or anxious. Your appetite may increase or decrease, or you might feel irritable, nervous, worried about being a good mother, or afraid that being a mother will never feel better than it does right now. Rest assured: All these feelings — known as the "baby blues" or "postpartum blues" — are normal during the first couple of weeks after childbirth. In fact, up to 80 percent of new moms experience them.
After birth, your body changes rapidly. Your hormone levels drop, your milk comes in and your breasts may become engorged, and you may feel exhausted. These physical realities can bring on the baby blues.

Owh..its normal rupanya! okey! I'll sort it out :D and remember this...
.
.
.
.

betul tak? so, for those yang terasa feeling yang sama, cepat2 overcome and jangan layan sangat perasaan tu sebab ni normal. hormon berubah. what we need is actually extra attention from him. yela, dulu apa2 kita dulu, sekarang ape2 baby dulu. it's normal!! you will encounter the same experience dearie friends mommy to be! 

cegah sebelum parah a.k.a meroyan

so future mommy, be prepared! :)

Friday, February 1, 2013

Berpantang tak berdisiplin

Assalamualaikum semua!


Menunggu hari untuk habis pantang! hmm patut la ramai yang tak sabar nak habis pantang, memang menguji kesabaran. macam I bukan sebab food, tapi rutin2 yang ibu berpantang kena buat cam tungku, stokin, bengkung segala, diriku tak kuasa rupanya..

lepas bersalin terus ke rumah tok kat gombak. asalnya ingat nak duduk seminggu je, tapi terlajak sampai sebulan. haiishh.. walaupun berpantang rumah tok, tapi penjagaan berpantang ni I buat sendiri, tu boleh skip2 sket.

mengurut
mama uruskan confinement lady. booking sebelum bersalin. I mengurut 3 hari berturutan bermula hari ke 5 sampai ke 7. kakak ni kuat lagi,umur range dalam 40++ berdaftar dengan kementerian katanya. lebih kurang macam nurse je. sakit & sedap *hihi* sakit bila dia nak betulkan urat bersimpul badan. perrrgh! sakit giler bila dia nak tolak urat dan betulkan peranakan. dia cakap urat kepala elok, maksudnya masa mengandung tak sakit kepala, urat sebelah kiri badan semua bersimpul, makna baby suka duduk sebelah kanan badan sebab urat bersilang. rahim bengkak, ada sikit darah beku. urat susu banyak. rahim jenis V, susah nak bersalin lancar. peranakan jenis jantung, lepas bersalin perut akan buncit sket sebab peranakan ni memamg degil, liat nak masuk sarang *uiks boncet? hukhuk* hb still rendah sebab muka pucat lesi n jari tak merah bila tekan. masa mengandung susah tido, sebab bila lepas bersalin mata sembab. lastly dia kata I ni jenis tahan sakit, sebb sepanjang dia urut, tak menjerit pun *menjerit dalam hati siapa y tahu* hahaha!

I memang recommend bidan or tukang urut tradisional ni memandangkan service yang sangat baik, harga yang berpatutan dan pengetahuan dan ilmu yang luas dalam bidang berkaitan. I mintak 3 hari urut lepas bersalin.

sesiapa yang nak dapatkan khidmat tukang urut tradisional area Taman Melati, Gombak , Wangsa Maju or kawasan2 lain *akak ni travel by car* boleh la contact :


Puan Noi  012 344 7924

berpengalaman dalam urutan tradisional ibu bersalin, perbetulkan peranakan, sukar mengandung, terseliuh dan lain2. if dah lepas bersalin nak betulkan wire2 simpul pun boleh.  Insya Allah membantu. 

bertungku
I pakai tungku moden saje, yang on letrik tu. seminggu pertama je tak miss. lepas tu, nak bertungku je baby nangis lapar la, dah lepas bf baby, I plak pegi makan lagi. pendek kata kelam kabut. sebab baby kat ruang tamu, tungku semua dalam bilik. mana la boleh tinggal baby lama2.. memang la orang tua bising tungku tak buat. dah tu sape nak tengok baby??

berbengkung
bengkung ni I guna yang dalam set Tanamera tu. sedap gak la. amik masa nak ikat. selalu hubby yang ikatkan bengkung n bancuh dan sapu tapel kat pewot since hubby cuti seminggu, bila dah start keje kena ikat sendiri, tapel sendiri. payah sket sebab benda amik masa macam ni mudah kalau baby depan mata. ni risau baby nangis kat luar, terus tak pakai. 2 minggu je pakai tu pun skip2, pakai setengah hari je. last2 I pakai bamboo charcoal corset hubby beli. lagi senang untuk orang y takde masa. nak g toilet pun senang. cuma I ganti tapel with losyen pati halia mustajab. ni mode teringin nak try felinna membuak2 plak memandangkan dah nampak unsur2 pewot tak berapa nak kempes..

tapel + pilis
tapel sapu kat pewot, pilis kat dahi. mama kata pakai pilis kalau pening je, so baru pakai sekali. tapel pun pakai sikit je sebab dia suka bersepah bila dah kering. malas. hehe..

mandi air panas & mandian herba
ni je rajin buat sebab best. tu pun kadang2 malas nak jerang air, I mandi je air sejuk. mandi air panas pun tak lama dalam 2 minggu je, pastu redah je air sejuk. kalau hubby ada memang dia la yang sediakan air mandian. maklum la, pantang umah tok manade heater.

berstokin
ni paling tak suka. sebab dari awal since baby zain jaundice kena ulang alik hospital I dah takde mood nak berpantang, stokin pun tak pakai. pakai kadang2 je. bila rasa2 panas, tak pakai la. just ingat kakak urut tu pesan ibu sawat urat semua kat ibu jari kaki, jaga tu je. jangan tersepak terpijak ape2 boleh bentan. lagipun stokin nak elakkan angin masuk badan, I takde angin pun. kuikui :p

pantang makan
pantang I cara hospital. makan je apa yang serasi. kalau rasa gatal jangan makan. sebab kat hospital doc kata semua boleh makan. I just pantang coffee n teh, ais and seafood. ada sekali termakan ikan siakap, kat tempat jahitan rasa bisa, terus tak makan. pastu makan pisang goreng seketul kecik je, pun bisa. so far takde silap makan sampai tempat jahit gatal la.. syukur.. air minum sebanyak2 nya elak sembelit.

cepat la masa berjalan.. kaki ni dah tak sabar2 nak jejak mall dah ni. heee!