My Anniversary tickers

Followers

Monday, May 23, 2011

Promosi Kerja Kahwin 2011

Kraf dan Perkahwinan Malaysia!! 
Buat kali keenamnyer Kraftangan Malaysia menganjurkan Promosi Kerja Kahwin 2011. ada jugak la pernah pegi Kompleks Kraf Jalan Conlay sebelum ni.. senang juga nak pegi, parking free ada shuttle van jemput dan hantar ke sana.. sesuai la pada b2b yang nak mencari favor ke, barangan kraf untuk hantaran atau aksesori pengantin. macam tahun2 sebelum ni, masa I pegi, kita kena pandai pilih barang juga dan kena tau harga semasa. sebab biasalah kalau kompleks kraf mana2 tempat pun target visitor adalah pelancong, so harga barangan yang ditawarkan pun standard pelancong jugak! hehe.. 

Btw, here are the details :

masa  : 10 am - 8 pm
           10 am - 10 pm (Jumaat - Ahad)

tarikh : 26 Mei 2011 till 6 Jun 2011

Harap2 ada masa nak singgah.. jom! =)


Friday, May 20, 2011

Sneak Preview Baju Nikah

Alhamdulillah.. sudah terima baju nikah dengan selamatnyer.. terima kasih kepada cik tunang yang bersusah payah menghantar baju dan mengambil baju ni.. hehe.. tq! baju nikah ni memang buat simple habis, baju kurung chiffon dengan perincian manik halus. sangat minimalis.. kalau badan size tak berkembang pas kawen nanti, boleh ar pakai lagi..

Nak tunjuk ke tanak..nak tunjuk..tanak..teaser sket la.. hmm segan lak.. segan nape plak? hehe.. aiyoh! memandangkan mesti ramai b2b yang ala2 excited nak tengok, I bagi sneak preview sket..

Jeng..jeng..jeng!! 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Tarrra!!! inilah busana nyer..ececeh! yeay horey2 dah siap!! boleyla.. sepadan ngan harga dan total damage. budget pun tak besar.. harga < RM 600. harga mampu milik untuk pengantin budget =) peace!

Tuesday, May 17, 2011

Wedding day progress during Wesak day..hehe

Cuti2 ni la masa nak monitor progress, tengok wedding tickler lagi 4 bulan jer.. kalau ikut hari, countdown tinggal lagi 122 hari lagi sebelum majlis. ohho!


Majlis nikah
  1. baju nikah, veil, accessories (veil blum)
  2. make up
  3. mini pelamin, kusyen nikah (pending
  4. caterer (pending)
  5. hall (pending)
  6. hantaran (in progress)
  7. pengiring hantaran
  8. OP dan OV
Banyak benda tak boley confirm lagi ni.. here are the issues:
  • tak pasti location rumah or dewan nikah lebih sesuai, so far nak contact dewan nikah Masjid Wilayah asyik tak angkat tepon je.. hmmm..
  • majlis hari jumaat, waktu yang sesuai antara lepas asar atau malam? takut terkejar2 selepas friday prayer..
  • kalau time pun tak pasti, menu pun takleh nak decide gak.. kalau malam, menu makan berat, kalau pas asar kena sesuaikan dengan masa..

Resepsi
  1. baju sanding (alteration in progress)
  2. kasut, sampin, tanjak & bengkung 
  3. payung dan kipas (blum cari)
  4. pelamin dan set merenjis (done)
  5. make up
  6. OP & OV
  • so far so good

Bertandang
  1. baju sanding
  2. kasut dan accessories pakaian 
  3. payung dan kipas
  4. pelamin dan set merenjis
  5. make up 
  6. OP & OV
  • everything looks on the track ( all complete! )
* so hari ini kalau tailor available mau tengok progress baju la pula..hehe

Saturday, May 14, 2011

Blogspot system down ke?

Sedih je ada entry kena delete secara tiba2.. dah la beberapa hari lepas blog read-only mode je takleh update langsung.. ni entry kita plak dah kena removed. huhu.. majuk la camni.. takde mood sudah mau update perihal baju nikah yang dah siap.. =(

Ada sesiapa mengalami isu yang sama gak ker??

Thursday, May 12, 2011

Bali or Phuket?

Cik tunang dapat Pakej Percutian 4D/3N ke Bali or Phuket.. tak tau nak gi ke tak yea? cadang macam nak ke tempat lain, tapi membazir plak kalau tak amik accomodation yang orang dah bagi ni.. Jimat boleh guna untuk hornymoon kan? hehe.

Mana best yea?? sebab kedua2 tempat ni I blum pernah jejak lagi.. terasa seperti mau ke Korea, China or Australia.. Hmm.. mari survey pakej percutian ;) yeay!!

Tuesday, May 10, 2011

Pengapit Si Pengantin

Pengapit or maids of honour memang ibarat macam side kick la masa hari resepsi nanti. Oleh yang demikian, sila pilih orang yang rapat dan ngam ngan kita so senang la bantu membantu dan bekerjasama pada hari bersejarah itu, kan? for me, chemistry kena kuat between bride ngan pengapit, sebab dalam keadaan kritikal nak bersanding nanti macam2 perasaan ada, cemas, gelabah, sebak, sayu dan macam2 la.. so pengapit selaku orang kanan ni la kena main peranan berada dengan pengantin memberi sokongan bantuan tenaga dan moral selain memastikan perjalanan majlis yang melibatkan bride itu teratur..

Tips untuk menjadi pengapit yang ideal:

  • bawa tisu or span compact powder

kalau cuaca panas, pengantin berpeluh boleh cacatkan mekap..so kena pastikan pengantin kelihatan anggun di hari itu. dan juga sila alert mana tau kalau pengantin sebak menangis bila parents merenjis, eyeliner kuar air mata itam, sila lap yea. hehe.. kedudukan tiara tak center, kain tersangkut, dan veil terpusing juga kena sentiasa dimonitor.

  • dont take things personally

dalam keadaan tak terkawal, pengapit kena la memahami.. kalau bride suruh buat ape2 yang releven tu tolong2 la.. dah tengah terlalu sibuk dan gelabah tu arahan yang diberi pun mungkin tak perasan tinggi tone nyer. so sila jangan sentap. takpe hari ni hari kau raja sehari, nanti hari aku, jaga kau! haahhaha!

  • jangan melawan / mengguris hati terutama dengan keluarga pengantin

time2 camni biasa la, pengantin suh buat itu, makcik dia suh buat ini, mak pengantin kata jangan, bapak pengantin kata ok, pening kan? nak2 kalau makcik2 ramai..adoi...! ape pun yang disuruh, buat sehabis baik untuk menangkan semua pihak. sure dorang puas hati, pengantin juga lega =). jangan kita lak memandai buat tindakan sendiri.

  • jangan berkira tenaga

jangan ingat jadi pengapit nak pakai lawa tumpang camera pengantin je.. mungkin ada tugas2 lain yang kita kena tolong buat jugak.. contoh masa makan beradap, pengantin agak jauh dengan kaum keluarga di meja, so jangan lupa untuk hulurkan lauk, kendi ke, apa yang patut.. kan ke lauk tu depan pengantin, pengapit la yang paling dekat. jangan excited nak makan udang panjat nanas sorang2 dah!

Tips untuk pengantin (terutama untuk saya) : 

  • pengapit bukan pecacai kita

jangan la suruh pengapit buat semua.. kan kita kena aturkan semua dari awal, pengapit hanya bantu sahaja kalau pengantin tak dapat buat. bukan kita bayar gaji dia suh bekerja ngan kita camtu.

  • kebajikan pengapit tanggungjawab kita

pastikan sebelum pengapit bertugas pastikan kebajikan terjaga. parking mana, pakaian ape nak pakai, mekap, keselamatan barang peribadi seperti handbag dan lain2. paling penting makan minum pengapit terjaga baru dorang boleh berkhidmat dengan baik. dorang juga manusia biasa.. bukan robot kot..

  • jaga budi bahasa

ni paling mustahak. adab dah mintak tolong orang, sila la berbudi bahasa wahai pengantin. jangan nak cakap ikut sedap tekak saje ngan pengapit. mendoakan diri sendiri agar tidak tergolong dalam kategori ini. simpang!! sila hargai orang penting di hari bahagia anda. bayangkan kalau pengapit mogo, time nak bersanding dia lari!tak ke kelam kabut kena kipas diri sendiri.. siapa yang malu?? pengantin dan keluarga pengantin jua.. sila ambil iktibar..

ni bridesmaids bertunang ;) sangat berpuas hati! tq dear!



Sunday, May 8, 2011

Busana Keluarga Si Pengantin Perempuan

Baju abah, mama dan kakak2ku nan berdua itu harus kena diberi perhatian juga.. standard la wedding orang melayu nak sedondon satu family kan? (family I je kot) hehe.. cam gameshow family ceria pula.. wokeh! pengantin sudah pakai baju turquiose, oleh itu kaum keluarga akan menyarungkan pakaian bertemakan biru cair dan gold. ok tak? tak la same sangat, nanti kalau mereka terlebey glam overshadow ratu sehari pula.. abislah! owh ya, idea tema busana family ini tercetus selepas ternampak satu gambar yang berjaya memberi inspirasi kepada tema kaler ni.. camni la lebih kurang gambar tu..

Victorian_Wedding_Dress for Sale
dipetik dari Gothic Wedding Gown

wahahaha! sila abaikan kecekcian baju itu. tak mungkin pula nak buat fesyen begini..yang penting idea dan inspirasi yang I dapatkan.. ok la kan?? ;p