My Anniversary tickers

Followers

Tuesday, May 17, 2011

Wedding day progress during Wesak day..hehe

Cuti2 ni la masa nak monitor progress, tengok wedding tickler lagi 4 bulan jer.. kalau ikut hari, countdown tinggal lagi 122 hari lagi sebelum majlis. ohho!


Majlis nikah
  1. baju nikah, veil, accessories (veil blum)
  2. make up
  3. mini pelamin, kusyen nikah (pending
  4. caterer (pending)
  5. hall (pending)
  6. hantaran (in progress)
  7. pengiring hantaran
  8. OP dan OV
Banyak benda tak boley confirm lagi ni.. here are the issues:
  • tak pasti location rumah or dewan nikah lebih sesuai, so far nak contact dewan nikah Masjid Wilayah asyik tak angkat tepon je.. hmmm..
  • majlis hari jumaat, waktu yang sesuai antara lepas asar atau malam? takut terkejar2 selepas friday prayer..
  • kalau time pun tak pasti, menu pun takleh nak decide gak.. kalau malam, menu makan berat, kalau pas asar kena sesuaikan dengan masa..

Resepsi
  1. baju sanding (alteration in progress)
  2. kasut, sampin, tanjak & bengkung 
  3. payung dan kipas (blum cari)
  4. pelamin dan set merenjis (done)
  5. make up
  6. OP & OV
  • so far so good

Bertandang
  1. baju sanding
  2. kasut dan accessories pakaian 
  3. payung dan kipas
  4. pelamin dan set merenjis
  5. make up 
  6. OP & OV
  • everything looks on the track ( all complete! )
* so hari ini kalau tailor available mau tengok progress baju la pula..hehe

Saturday, May 14, 2011

Blogspot system down ke?

Sedih je ada entry kena delete secara tiba2.. dah la beberapa hari lepas blog read-only mode je takleh update langsung.. ni entry kita plak dah kena removed. huhu.. majuk la camni.. takde mood sudah mau update perihal baju nikah yang dah siap.. =(

Ada sesiapa mengalami isu yang sama gak ker??

Thursday, May 12, 2011

Bali or Phuket?

Cik tunang dapat Pakej Percutian 4D/3N ke Bali or Phuket.. tak tau nak gi ke tak yea? cadang macam nak ke tempat lain, tapi membazir plak kalau tak amik accomodation yang orang dah bagi ni.. Jimat boleh guna untuk hornymoon kan? hehe.

Mana best yea?? sebab kedua2 tempat ni I blum pernah jejak lagi.. terasa seperti mau ke Korea, China or Australia.. Hmm.. mari survey pakej percutian ;) yeay!!

Tuesday, May 10, 2011

Pengapit Si Pengantin

Pengapit or maids of honour memang ibarat macam side kick la masa hari resepsi nanti. Oleh yang demikian, sila pilih orang yang rapat dan ngam ngan kita so senang la bantu membantu dan bekerjasama pada hari bersejarah itu, kan? for me, chemistry kena kuat between bride ngan pengapit, sebab dalam keadaan kritikal nak bersanding nanti macam2 perasaan ada, cemas, gelabah, sebak, sayu dan macam2 la.. so pengapit selaku orang kanan ni la kena main peranan berada dengan pengantin memberi sokongan bantuan tenaga dan moral selain memastikan perjalanan majlis yang melibatkan bride itu teratur..

Tips untuk menjadi pengapit yang ideal:

  • bawa tisu or span compact powder

kalau cuaca panas, pengantin berpeluh boleh cacatkan mekap..so kena pastikan pengantin kelihatan anggun di hari itu. dan juga sila alert mana tau kalau pengantin sebak menangis bila parents merenjis, eyeliner kuar air mata itam, sila lap yea. hehe.. kedudukan tiara tak center, kain tersangkut, dan veil terpusing juga kena sentiasa dimonitor.

  • dont take things personally

dalam keadaan tak terkawal, pengapit kena la memahami.. kalau bride suruh buat ape2 yang releven tu tolong2 la.. dah tengah terlalu sibuk dan gelabah tu arahan yang diberi pun mungkin tak perasan tinggi tone nyer. so sila jangan sentap. takpe hari ni hari kau raja sehari, nanti hari aku, jaga kau! haahhaha!

  • jangan melawan / mengguris hati terutama dengan keluarga pengantin

time2 camni biasa la, pengantin suh buat itu, makcik dia suh buat ini, mak pengantin kata jangan, bapak pengantin kata ok, pening kan? nak2 kalau makcik2 ramai..adoi...! ape pun yang disuruh, buat sehabis baik untuk menangkan semua pihak. sure dorang puas hati, pengantin juga lega =). jangan kita lak memandai buat tindakan sendiri.

  • jangan berkira tenaga

jangan ingat jadi pengapit nak pakai lawa tumpang camera pengantin je.. mungkin ada tugas2 lain yang kita kena tolong buat jugak.. contoh masa makan beradap, pengantin agak jauh dengan kaum keluarga di meja, so jangan lupa untuk hulurkan lauk, kendi ke, apa yang patut.. kan ke lauk tu depan pengantin, pengapit la yang paling dekat. jangan excited nak makan udang panjat nanas sorang2 dah!

Tips untuk pengantin (terutama untuk saya) : 

  • pengapit bukan pecacai kita

jangan la suruh pengapit buat semua.. kan kita kena aturkan semua dari awal, pengapit hanya bantu sahaja kalau pengantin tak dapat buat. bukan kita bayar gaji dia suh bekerja ngan kita camtu.

  • kebajikan pengapit tanggungjawab kita

pastikan sebelum pengapit bertugas pastikan kebajikan terjaga. parking mana, pakaian ape nak pakai, mekap, keselamatan barang peribadi seperti handbag dan lain2. paling penting makan minum pengapit terjaga baru dorang boleh berkhidmat dengan baik. dorang juga manusia biasa.. bukan robot kot..

  • jaga budi bahasa

ni paling mustahak. adab dah mintak tolong orang, sila la berbudi bahasa wahai pengantin. jangan nak cakap ikut sedap tekak saje ngan pengapit. mendoakan diri sendiri agar tidak tergolong dalam kategori ini. simpang!! sila hargai orang penting di hari bahagia anda. bayangkan kalau pengapit mogo, time nak bersanding dia lari!tak ke kelam kabut kena kipas diri sendiri.. siapa yang malu?? pengantin dan keluarga pengantin jua.. sila ambil iktibar..

ni bridesmaids bertunang ;) sangat berpuas hati! tq dear!



Sunday, May 8, 2011

Busana Keluarga Si Pengantin Perempuan

Baju abah, mama dan kakak2ku nan berdua itu harus kena diberi perhatian juga.. standard la wedding orang melayu nak sedondon satu family kan? (family I je kot) hehe.. cam gameshow family ceria pula.. wokeh! pengantin sudah pakai baju turquiose, oleh itu kaum keluarga akan menyarungkan pakaian bertemakan biru cair dan gold. ok tak? tak la same sangat, nanti kalau mereka terlebey glam overshadow ratu sehari pula.. abislah! owh ya, idea tema busana family ini tercetus selepas ternampak satu gambar yang berjaya memberi inspirasi kepada tema kaler ni.. camni la lebih kurang gambar tu..

Victorian_Wedding_Dress for Sale
dipetik dari Gothic Wedding Gown

wahahaha! sila abaikan kecekcian baju itu. tak mungkin pula nak buat fesyen begini..yang penting idea dan inspirasi yang I dapatkan.. ok la kan?? ;p

Saturday, May 7, 2011

Konsep Busana Resepsi

Ni I ada sket idea untuk konsep busana resepsi nanti.. I nak busana yang mengekalkan ciri2 ketimuran dan budaya melayu tapi dengan idea yang lebih segar dan sopan. I memang suka baju tradisional songket, tapi nak gabungkan dengan fabrik tulle (net) supaya nampak terserlah dengan konsep modern classic yang cuba diketengahkan.. lengan baju kebaya pula nak ada design ala bolero.. camner tu?? tengok saje hasilnyer nanti.. 

Modern classic seperti rekaan ni.. cantik giler! kalau la dapat budget secantik baju ni..

Pinterest



sleeve baju resepsi nak inspired by this wedding dress :p

Baju resepsi dah complete in progress! syukur.. cuma tinggal nak alter je, tu pun harus buat lagi sebulan sebelum tarikh majlis. dijangkakan akan berlaku perubahan size sebab puasa nanti.. hehe.. tengok2 bila minggu first raya badan sudah semangat, baru cantik pakai baju kebaya! ahahahaha! *sedapkan hati*. sangat excited nak tunggu baju siap fitting semua! tak sabar pula.. tema busana rekaan terjemahan hasil moden+tradisional. Alhamdulillah dapat seperti mana yang dibayangkan *double yeay* 

Thursday, May 5, 2011

Gulatis Sale sampai 20 May 2011! Mari bershopping!

Sempat lagi ni bergegas dari SA ke Jalan TAR pas keje semata2 dengar jualan runtuh kat KL. amik kesempatan cari kain untuk raya dan kalau ada jualan murah bley cari kain baju untuk para family dan bridemaids juga. blum beli lagi ni.. huhu.. dari Jakel sampai la ke Gulatis (dah nak sampai sogo dah) jalan kaki dah penat, sempat beli kain untuk baju kurung cotton. memang harga murah giler dan dapat kain yang berkualiti. kain pasang harga start from RM25 je.. lupa plak nak tanya baiyya tu sale sampai bila *update tengok banner iklan sampai 20 May 2011*.. tapi better kalau nak beli kain, beli sekarang, kalau lewat nant tailor tanak amik tempahan dah.. selamat bershopping!!