My Anniversary tickers

Followers

Tuesday, May 10, 2011

Pengapit Si Pengantin

Pengapit or maids of honour memang ibarat macam side kick la masa hari resepsi nanti. Oleh yang demikian, sila pilih orang yang rapat dan ngam ngan kita so senang la bantu membantu dan bekerjasama pada hari bersejarah itu, kan? for me, chemistry kena kuat between bride ngan pengapit, sebab dalam keadaan kritikal nak bersanding nanti macam2 perasaan ada, cemas, gelabah, sebak, sayu dan macam2 la.. so pengapit selaku orang kanan ni la kena main peranan berada dengan pengantin memberi sokongan bantuan tenaga dan moral selain memastikan perjalanan majlis yang melibatkan bride itu teratur..

Tips untuk menjadi pengapit yang ideal:

  • bawa tisu or span compact powder

kalau cuaca panas, pengantin berpeluh boleh cacatkan mekap..so kena pastikan pengantin kelihatan anggun di hari itu. dan juga sila alert mana tau kalau pengantin sebak menangis bila parents merenjis, eyeliner kuar air mata itam, sila lap yea. hehe.. kedudukan tiara tak center, kain tersangkut, dan veil terpusing juga kena sentiasa dimonitor.

  • dont take things personally

dalam keadaan tak terkawal, pengapit kena la memahami.. kalau bride suruh buat ape2 yang releven tu tolong2 la.. dah tengah terlalu sibuk dan gelabah tu arahan yang diberi pun mungkin tak perasan tinggi tone nyer. so sila jangan sentap. takpe hari ni hari kau raja sehari, nanti hari aku, jaga kau! haahhaha!

  • jangan melawan / mengguris hati terutama dengan keluarga pengantin

time2 camni biasa la, pengantin suh buat itu, makcik dia suh buat ini, mak pengantin kata jangan, bapak pengantin kata ok, pening kan? nak2 kalau makcik2 ramai..adoi...! ape pun yang disuruh, buat sehabis baik untuk menangkan semua pihak. sure dorang puas hati, pengantin juga lega =). jangan kita lak memandai buat tindakan sendiri.

  • jangan berkira tenaga

jangan ingat jadi pengapit nak pakai lawa tumpang camera pengantin je.. mungkin ada tugas2 lain yang kita kena tolong buat jugak.. contoh masa makan beradap, pengantin agak jauh dengan kaum keluarga di meja, so jangan lupa untuk hulurkan lauk, kendi ke, apa yang patut.. kan ke lauk tu depan pengantin, pengapit la yang paling dekat. jangan excited nak makan udang panjat nanas sorang2 dah!

Tips untuk pengantin (terutama untuk saya) : 

  • pengapit bukan pecacai kita

jangan la suruh pengapit buat semua.. kan kita kena aturkan semua dari awal, pengapit hanya bantu sahaja kalau pengantin tak dapat buat. bukan kita bayar gaji dia suh bekerja ngan kita camtu.

  • kebajikan pengapit tanggungjawab kita

pastikan sebelum pengapit bertugas pastikan kebajikan terjaga. parking mana, pakaian ape nak pakai, mekap, keselamatan barang peribadi seperti handbag dan lain2. paling penting makan minum pengapit terjaga baru dorang boleh berkhidmat dengan baik. dorang juga manusia biasa.. bukan robot kot..

  • jaga budi bahasa

ni paling mustahak. adab dah mintak tolong orang, sila la berbudi bahasa wahai pengantin. jangan nak cakap ikut sedap tekak saje ngan pengapit. mendoakan diri sendiri agar tidak tergolong dalam kategori ini. simpang!! sila hargai orang penting di hari bahagia anda. bayangkan kalau pengapit mogo, time nak bersanding dia lari!tak ke kelam kabut kena kipas diri sendiri.. siapa yang malu?? pengantin dan keluarga pengantin jua.. sila ambil iktibar..

ni bridesmaids bertunang ;) sangat berpuas hati! tq dear!



11 comments:

anaztasias nora aira said...

tak pasti ada pengapit ke tidak nanti. kawn semua dah kawen dan jauh2 huhu :((

hidayah hiddensity said...

hep! kena ada la cik nora.. sepupu pun ok.. nak kipas sendiri ker? hehe

LisaLisut said...

kawn i semua nk jd tetamu je -__-
last2 kene pilih sepupu perempuan jd pengapit.haha.gonna make sure she can do those job ;p

hidayah hiddensity said...

cousin pun ok, kita close juga kan? ok la tu ;)

~ NANA ~ said...

nice tips dear :)

kena pesan kt pengapit awal2 ni...hihi

hidayah hiddensity said...

cik nana pengapit saper?

ElyaElmo said...

pesan OPjgn lupe ambik gambar pengapit kiter k!!! bnyk bnykkkkk...heeee

hidayah hiddensity said...

yea..kalau pengapit sampai 8 orang cam oputih tu lawa arr..

lydhusin said...

suka mekap i ketika ini. sangat sukaaa!

hidayah hiddensity said...

I juga suka!

Miss Aai said...

Pengapit sgt penting tau!lucky me i dpt pengapit yg sgt setia..pengapit suami pon sama..setia dari majlis nikah smp ke majlis sanding esoknya..and both pengapit bkn pon cousin or kwn baik dari sekolah..hehe :)