My Anniversary tickers

Followers

Monday, January 30, 2012

Love Planner 2012 : Nak Beli Rumah

Our no 2 Love Planner 2012 untuk ada rumah sendiri pada tahun ni.. motif untuk duduk sementara waktu dah untuk sewa jika ada orang berminat. sekarang ni masih dalam proses survey2 rumah dan lokasi.. susah jugak yea..

Criteria kediaman pilihan hiddensity

Lokasi

sekitar setiawangsa, gombak, taman melati, setapak, ukay perdana dan persekitarannyer. atas sebab we all tanak berjauhan dengan our parents and in law yang duduk di Kuala Lumpur.

Harga

murah! senang citer. hehe sebab baru kawen ni faktor kewangan ni belum stabil lagi.. jadi kalau nak beli banglo or double story memang tak mampu la nak bayar bulan2 kat bank dengan gaji yang sebegini.. hehe.. nak2 plak lokasi yang nak tu kan.. memang tak la kan..

Jenis rumah, keluasan dan rekabentuk

atas sebab sekatan harga yakni bajet kami yang terhad, jadi rumah pun tak boleh demand sangat. sama ada rumah apartment/flat baru atau rumah teres second hand.. betul tak? pilihan kena realistik la.. saya akur.. huhu. kalau landed boley la dapat 900-1200 sf. keluasan I tak kesah.. even rumah sewa sekarang ni pun kurang 600sf tapi we all selesa je.. duduk berdua je pun.. kan? so kalau dapat area 800sf  3 bilik pun dah memadai kot..

Kemudahan persekitaran

yang penting kena ada laluan bas or feeder bas ke lrt sebab I pengguna tegar lrt dan public transport. hehe.. dah kalau boleh dekat ngan kedai, sebab senang nak beli makanan kalau sesak2 dapur habis gas!

Lain2

nak pak guard, swimming pool, gym, dekat masjid, ada nursery, covered parking, lif, tanak tinggi sangat (takut lif rosak) dan lain2..hahhahaha! tentukan jenis pegangan bebas atau pajakan berapa tahun. freehold lagi baik. cari condo la gitu verangan lebih! wehehe

ok! tu jer info buat masa ni.. sekarang ni dah tersuka satu kawasan kediaman di sekitar Ulu Klang. hehe.. harap2 ada rezeki kat sini :)

Motivate diri : ukur rumah di payslip sendiri ;)

Sedikit info :

Rumah siap vs projek perumahan baru

rumah baru dah tentu siap boley terus duduk. tapi harga lebih tinggi sebab kita beli dari owner bukan dari pemaju. mesti dia markup dah rumah tu. boley naik harga sekali ganda.

Projek baru kena tanggung risiko rumah terbengkalai, harga memang seperti yang dijanji,  hartanah boley melambung bile kita nak jual balik lepas dapat kunci. tapi kita dah kena mula bayar kat bank walaupun belum boley duduk. ken aada plan yang solid nak duduk mana sementara rumah siap maybe dalam 3 tahun or lebih. kena kaji rekod pemaju ada kes terbengkalai tak.

Prosedur membeli rumah

bayar booking 3% or any amount required. kadang2 pemaju mintak bayar RM 1000.00 untuk booking
.
.

bayar lebihan 7% upon signing Sale and Purchanse Agreement (S&P)
.
.

hantar document ke bank untuk buat pinjaman dalam masa 2 minggu
rujuk pemaju, kalau loan reject, deposit dapat ke hangus, ada penalti tak?
.
.

kalau lulus, bank akan bayar pemaju. pemaju akan inform bila dapat kunci dan bayaran lain jika perlu dibayar (deposit electric dan air)
.
.

kalau rumah siap, dah boley duduk, kalau projek baru kena monitor progress rumah sampai siap mengikut spesifikasi seperti t&c


... setelah meneliti semua faktor, kami memilih membeli rumah siap from owner.. 2nd hand house.. tunggu update seterusnya! hehe

Thursday, January 26, 2012

Review : Outdoor Photoshoot Majlis Bertandang

Hello bloggers, friends and cute stalker :)

Hari ni nak update untuk sesi outdoor photoshoot selepas majlis bertandang we all. memang dah niat nak shoot dekat masjid, ni gara2 tak dapat nikah di Masjid Wilayah sebab dewan nikah close for renovation.. dah bukan rezeki.. sob2 :'( .. masjid ni ada sentimental value for us. selain seni bina yang tersergam indah, masjid ni juga menjadi tempat suami dah abah menunaikan fardu Jumaat setiap minggu sebab berdekatan dengan tempat mencari rezeki.. *releven tak?* hehe.. takpe2, tak dapat nikah sini, amik gambar kat dinding luar pun jadi la.....


Ni je yang ada buat masa ni untuk tatapan kawan2 ku sekalian..







 tersuka pix yang ni.... dah diframe-besarkan dah.wahahaha! wink2!
Trimas.. hasil kerja Peveyhack. Superb!
TQ for viewing 

Wednesday, January 18, 2012

Review : Make up & Busana Pengantin

Morning everyone! Just a simple entry just to let dis wedding blog alive.. yup! since dah kawen ni update blog dah a bit slow.. maklumlah kerja kawen sumer dah settle, tinggal nak buat preparation jadi wifey and mommy to be Insyaallah.. rezeki belum sampai, doa2 kan je la yea..

For my wedding busana..

Nikah       : baju kurung moden chiffon, pearl beading and sulam 3D + veil pearl beading
Resepsi      : kebaya fabrik tulle + songket moden
Bertandang : duchess evening dress sewa from Rins Suzana Kuala Lumpur

Make up Nikah dan Resepsi by Anisfiness Touch

Pakej yang I mintak..
  • makeup
  • hairdo / tudung-do
  • grooming the groom (sampin, tanjak, stail rambut...)

Harga : RM 500 per session negotiable..hehe





Pantang larang bertatariasku..

tanak cukur kening - takpe serabut, asal muka tak nampak garang, masih lagi mau kelihatan seperti waktu berkenalan dulu..cheewah! *no offence, my face x sesyuai :p *

fashion tudung - tanak yang berfesyen sangat. tak sesuai dengan I yang berimej konservatif ni.. tudung nak pakai sendiri, just mintak bantuan mua kemaskan jer..

Make up Bertandang by Diana Nasir
  • makeup
  • tudung
  • grooming the groom 




Mua ni sekali pakej dengan sewa busana pengantin.. jadi harga per session I tak pasti berapa.. boley contact Diana terus jika berminat.. dan siapa yang berminat nak tau pasal contact details vendor lain boley email saya juga hiddensity@yahoo.com.

bye!

Sunday, January 15, 2012

Terima Kasih semua!! *My Sister's Wedding*

Atas permintaan ramai, saya review sekitar majlis kawen kakak saya, Haslinda.

Caterer       : Sri Angsana Caterer
OP              : Reality Pictures Photography 
                    * boley contact Naza Sentuhan Derina juga*
MUA            : Naza Sentuhan Derina
Pelamin       : Surizlan Bridal House
Bridesmaid  : Hidayah hiddensity.. selaku pemilik blog ni hehe
Henna         : NedHenna

Vendor service semua tiptop. majority adalah vendor wedding I juga. So we all dah ada experience bekerja dengan dorang.. just MUA & OP je dulu takpat book Kak Naza sebab date tu dah ada client lain.. huhu.. apa2 pun congrats tu my sister, anda sangat cantik ok! hehe..

Majlis Nikah 13 January 2012

Credit to Reality Pictures Photography. Pix taken from Shaliz Derina Nazrin FB

credit to Surizlan Bridal House's Photo



Henna by NedHenna
Credit to Reality Pictures Photography. Pix taken from Shaliz Derina Nazrin FB

 Majlis Resepsi. 14 January 2012

Credit to Reality Pictures Photography. Pix taken from Shaliz Derina Nazrin FB

bersama bridesmaid :)

Credit to Reality Pictures Photography. Pix taken from Shaliz Derina Nazrin FB

Credit to Reality Pictures Photography. Pix taken from Shaliz Derina Nazrin FB
Saya mewakili ahli keluarga pengantin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, saudara mara, tetamu, rakan taulan dan semua yang meraikan majlis perkahwinan kakak saya, juga yang tak dapat hadir terima kasih atas doa dan ucapan kalian.

Thanks to all vendors yang provide great services! u all deserve good reviews from client. Highly recommended! me and my family berpuas hati atas perkhidmatan dan layanan anda. semoga perniagaan anda berkembang dan berkat. AMIN.. kepada b2b dan bakal pengantin semua, apa lagi sila la dapatkan perkhidmatan mereka. 

...dan kepada Puan Linda dan Encik Apit, Selamat Pengantin Baru, tahniah!! semoga berbahagia dan berkekalan sampai syurga =)

Thursday, January 5, 2012

Sneak Preview Album Kawen Edisi Nikah

Ni ada beberapa keping saja gambar nikah dari OP. tak sabar tunggu album resepsi siap ni.. dorang kata cam muka Mila ombak rindu..btul ker? auwww! malu ;) 













suami yang malu2 nak posing


takleh nak upload sume..banyak sangat..hehe
tq for viewing :D

Monday, January 2, 2012

Sneak Preview Album Kawen Edisi Bertandang

Yeay! dah dapat album kawen dari Peveyhack.. baru semangat nak review tapi kena tunggu lagi sebab soft copy belum dapat in full.. FYI, Peveyhack cover 2 event untuk nikah dan bertandang. gambar nikah dah upload sket sebelum ni.. gambar bertandang ni je yang dapat tengok dulu.. yang lain nanti I upload time review :)










bubbye! see ya again..