My Anniversary tickers

Followers

Tuesday, December 31, 2013

Love Planner 2013

. : Wish list hubby and wifey  : .
2013

1. newborn photoshoot - Session with Subhi Karim (done on 24/4/2013)

1. charm bracelet - bila ada achievement boley tambah satu charm. lama2 penuh la bracelet tu..

2. camera - nak gambar macam dslr, size macam digital camera biasa. tengah survey2..

3. hobby - nak jual maxi dress kecil2 lan.. maybe mula dengan dropship or agent

4. holiday - percutian nak jadikan agenda wajib family setiap tahun. nak pegi oversea lagi..

5. rumah - nak deco semua space ikut citarasa sendiri

6. watch - nak beli jam tangan (casio gold done on 16/9/2013)

7. photography - nak buat photoshoot family kat rumah baru

8. investment anak - bukak akaun TH or SSPN

Thursday, December 12, 2013

YES! Kempen Menyokong Vaksin Pneumokokus Percuma di Malaysia

Salam semua..

Entry kali ni lebih serius dan berniat untuk berkongsi ilmu dan kesedaran kepentingan vaksin pneumokokus untuk anak2 terutama bawah 2 tahun.

Perhatian!

Kepada ibu2 para anti-vaksin, saya hormat keputusan anda. harap jangan cepat melenting dengan idea dan rayuan kami kerana keputusan memvaksin atau tidak, masih terletak di tangan masing2..

Pada saya, saya menyokong sepenuhnya anak saya dilindungi dengan vaksin pneumokokus ni.

Bahaya Pneumokokus

Berpunca dari  jangkitan kuman pneumokokus atau streptokokus yang menyerang badan menyebabkan jangkitan kuman dalam darah, kerosakan otak, keracunan otak yang boleh membawa maut. Gejala jangkitan awal jugak agak sukar dikenalpasti disebabkan bayi mungkin akan demam, batuk dan selesema sahaja pada awalnya.

Kepentingan Vaksin Pnuemokokus

1. persekitaran tak selamat dan kuman yang sukar dilawan oleh antibodi bayi
2. anak yang divaksin menyelamatkan nyawa anak lain dari terus membawa virus dan berjangkit
3. mencegah dan menyekat virus merebak

YES! I AM PROTECTED WITH PNEUMOCOCCAL VACCINE

Terima kasih pada erina yang banyak encourage kami dan support bagi awareness kat semua parents. Setelah 6 bulan berjuang sampai masa kempen ni melabuhkan tirai. Kami semua dah ambik vaksin ni untuk anak sebagai langkah berjaga2. Sedar bukan semua parents mampu.. Jadi atas kesedaran ni, kami tandatangan pledge card untuk menggesa Kementerian Kesihatan menyediakan kemudahan vaksin secara percuma seterusnya memasukkan dalam Imunisasi wajib (NIP) di Malaysia.

Majlis berjalan selama 2 jam berkongsi ilmu bersama panel2 profesional  Dato' Dr. Musa, Dato Dr. Zulkifli dan Dr. Yong Junina, pengasas program Puan Chan Li Jin dan wakil Gojes Blogger pada 16 November 2013 di Tropicana City Mall. Alhamdulillah.. semoga usaha ini dapat membuka mata semua pihak demi masa depan bakal pemimpin negara kita masa akan datang..



Sunday, October 13, 2013

Invitation e-card & Preparation Aqiqah Zain Iskandar,19 October 2013

Morning lovelies

We all plan nak buat makan2 kecik and for Zain Iskandar aqiqah sekali..

Baru settle bayar kambing now tengah plan menu. Tema food dia time we all buat western lamb grilled and dressings. huhu kita pun xmakan lamb ni.. hu....


date    : 19 oct 2013
time    : 2.00-6.00
venue : home

Menu cadangan

kambing bakar + black pepper sauce 
coleslaw
baked bean
bun
nasi goreng cendawan

homemade by mommy zain
aglio olio 
makaroni cheese / makaroni goreng
herbs potato

dadih
kek
kuih muih order kat geraikuih.com,wangsa melawati
koktail

Kami buat makan2 juga sempena hari raya aidiladha.. so sesiapa yang beraya KL free2 tu marilah join!

Saturday, September 28, 2013

2nd Anniversary : Dinner @ Laman Grill by Chef Zubir, Wangsa Melawati

Anniversary dinner! Teringin nak cuba tempat baru.. so we all pun try Laman Grill by Chef Zubir masterchef. Restoren celebrity yea tp masterchef nyer xdo.

Tempat cozy and samar2 lighting gitu. Mujur kita sampai awal dalam pukul 6.30pm. Bila dah lepas maghrib je terus full house!

Food presentation A la.. rasa biasa2 je. Taktau la if kita overated celebrity restoren kn? Kalau nasik goreng siap ada segala ketam, ayam, daging, sotong besar bagai dalam pinggan sah2 la sedap!

Alhamdulillah service pun A. Sorry lupa nama food and price. Price sederhana.. sepinggan nasil goreng rm22, soft drink rm5.90. Ni je yang sempat snap.

Thursday, September 19, 2013

2nd Anniversary : 3D Trick Art Museum, i-City Shah Alam

Bersambung dari entry Snowalk tu we all terus ke 3D Trick Art Museum. ni je 2 attraction yang memang nak pegi ikut plan asal so we all terus focus on these two places. basically museum ni tunjuk hand painting di dinding dan lantai yang ada effect 3D. ni dalam i-City jugak yea bagi sesiapa yang baru baca. masuk bayar RM10 per adult entry. dan kat sini jugak pakai system reload card untuk ticket boleh beli kat kaunter tiket dengan harga RM3. reload card ni fungsi untuk kita topup bila value dah abis dan boley guna untuk next visit. macam TnG tu..

Dia ada beberapa theme dalam ni tapi tak semua dalam museum ni we all cover. sebab tengah jalan2 boleh plak z.i terlena.. adeh.. so sebahagian yang we all rasa comel je kita captured.

Gambar dilukis kat wall dan floor ikut tema dia:

  1. Masterpieces
  2. Egyptian
  3. Marine Life
  4. Animal Kingdom
  5. Modern Classics

taatih.tatih..

z.i jadi anak burung jap.. 
feeding the jerapah 

elok la tu..hihi 
anak dah ngantuk.. bolayan red bull 
jaws pun z.i buat dekk
tertinggal plak gambar buaya, nampak muncung dia je..


tido gak z.i.. mommy ok jer layan sorang2.. hehe
batman and robin selamatkan ibu dan anak
nampak suis lampu dan aircond tak atas rakit??


zain iskandar wif mama pingu 
ni z.i berminat..comel je bagi makan pingu..
so far ok la tempat dia.. if banyak painting lagi best.. sebab kalau pegi time peak, beratur kot nak amik gambar..okey! ni saje.. daaa...

Tuesday, September 17, 2013

2nd Anniversary : i-City Snowalk

Selamat Hari Malaysia u olls!

Hari Sabtu 14 September my hubby and me pegi i-City jalan2. ni kali pertama ke sana motif memang nak masuk Snowalk. Ok la takdelah sesak mana, flow mudah je..  fefeeling nak gi negara salji belum dapat, so kita buat pre holiday dulu la.. hihihi

Masa we all masuk kena bayar RM 25 for adult, age below 12yrs or height below 90cm RM20, baby free if tak silap. Jacket disediakan free. Boot boleh sewa pada sesiapa yang nak *not compulsory* selipar takleh pakai yea..

Snowalk:
Operation Hours: 10am - 12am
Ticket Price:
10am - 5.45pm: RM25 (Adult) / RM20 (child)
6pm - 12am: RM35 (Adult) / RM30 (child)
Tips :  bawak stokin dan kasut sebelum pegi dan pakai pakaian tebal for anak sebelum masuk. make sure outfit perfect enough nak masuk. if tak tahan sejuk rugila kejap je dah kuar cam kitorang... *sigh*

datang selepas pukul 6.00 petang rate mahal lagi yea..

Serious sejuk giler below 5 celcius! kat dalam ada igloo, slide, bar dan ada pokok led dan penguins. 

Yang tak bestnyer stokin kita tertinggal dalam kete. giler nak beku jari masuk pakai peeptoe pump shoes! keje giler! tahan jela.. dah la tergelincir dua kali sebab terlalu licin for pumps yang takde grip ni. nyesal tak sewa boot sebab takleh imagine kesejukkannyer at the first place. bedebuk jatuh tengah dukung zain. adeh! sakit satu badan nak tau jatuh camner? cam citer Home Alone orang jahat jatuh kat salji..


kepala jatuh dulu terlentang kebelakang okeyyy! sakit badan 3 hari.. adeh..
 brader SnowWalk tolong angkat.. sobsob.. (T.T)

So far review okey la.. jangan expect lebih sebab kita bayar pun murah jer RM 25. budak2 seronok la.. nak bergambar pun tak best sangat sebab gelap.. kena ada camera canggih baru cantik kot..

dah rupa red riding hood dah anak aku..
eskimo boy!

ni la gambar feeling2 salam perantauan dari Soeul tu...

Bawak seluar tebal or jumpsuit kat baby.. sian sejukk




family photo selfcaptured

abang snow walk tolong angkat.. depan ice sculpture

2nd entrance Snowalk sebelum masuk salji


sini area pakai jacket or sewa boot

pintu utama Snowalk


Joms lagi :)


Selain Snowalk banyak lagi attractions dan activities boley buat kat dalam antaranya area lampu2 kat City of Digital Light, boley datang pukul 7pm keatas la baru cantik . kat area Fun World ada Trick Art Museum, 5D Movies, Waterworld pun ada. dan yang terbaru ada rumah hantu House of Horror dan RedCarpet wax museum patung lilin celebrity pun ada cam Hollywood sangat.. tu yang tak sempat terjah. later kita update 3D Trick Art Museum okeyy to be continued..

Monday, September 16, 2013

Happy 2nd Anniversary, Husband

Tahun kedua ulangtahun perkahwinan..


Cuti dah apply dari awal tahun konon untuk hari istimewa tapi takde plan sambutan special yang we all dapat buat to each other. hubs tak cuti. tuntutan kerja katanya.. takpela anniversery je pun.. cuti weekend yang ada ni kita spend time yang ada dengan berkualiti..



Plan asal nak check in rehat2 sekitar Selangor or PD tapi semua full booked. tukar plan kita jalan2 saje.. tu je yang mampu buat masa ni..



Day 1 Sabtu 14 Sept

I-City
SnowWalk and Trick Art 3D Museum

Day 2 Ahad 15 Sept

Breakkie Ikea
Lunch Laman Grill
Dinner Fireworks @Putrajaya

Day 3 16 Sept

Lepak2 rumah + rest and relax

Apa2 pun alhamdulillah syukur atas rezeki tuhan dan jodoh aturan Allah....


Bersyukur dikurniakan keluarga yang sempurna, suami, anak dan keluarga mertua yang sebaik2nya.. semoga semua nikmat pinjaman Allah dilanjutkan selama2nya.. segala yang pahit tu insyaallah nak sangat lupakan, anggap sebagai asam garam berumahtangga. looking forward for a super duper wonderful blessed marriage life ahead with the same husband ;D



Syukur alhamdulillah...

Saturday, September 7, 2013

Happy Birthday Qi @McD Taman Desa Jaya

Entry tertunda yang dah berabuk! hehe.. 

Tq to Umi Qi jemput kami sefamily ke birthday Qi, Qaiser Ilman.. semua tiptop best sangat dapat jumpa semua. meriah semeriah hujan yang turun.. sampai2 je terus nampak Kak Mimy and Shazura baru nak turun kete. Lega! Dah nak merajuk balik dah cari McD Desa Jaya tak jumpa. waze bawak jenjalan2 keliling kawasan. mujur Haliza, mommy Sofiyya jadi gps. hehe..

Meriah weh! Merdekaboy! Geng Gojes terjah McD buat cam McD tu kita yang punya. tapi dengan z.i yang kecik lagi ni takpat la nak join segala games yang Umi Qi buat. cam biasa mommy semua bergambar, makan2, bergosip dan main ngan anak2 semua.

Alhamdulillah Papa Gojes pun dah ramai boleh join group now..

Untuk Qaiser Ilman sayang,

Selamat Hari Lahir aunty doakan jadi anak yang soleh, cerdik, baik, hormat orang tua dan berkat hidup dunia dan akhirat..

Tengok gambar jom :)


pose dalam kete, lupa snap prezzie for Qi

Sofiyya yang share birthday wif z.i. pemalu plak dia ngan gegurl..

Papa z.i with Abah Sofiyya





Papa Gojes!!

Lastly thanks untuk both parents Qi sebab invite kami. korang memang Rock and Roll lah! muaaah2!