My Anniversary tickers

Followers

Tuesday, January 29, 2013

Zain Iskandar : Sebulan yang mencabar sudah berlalu..

Dulu buat entry sorang2 ikut masa lapang, sekarang kena buat tunggu z.i tido. beza memang berbeza! sebulan dah berlalu, sebulan pertama ni memang penuh cabaran bagi mommy yang melahirkan anak pertama. takde experience and tak tau baby nyer karakter kan?

z.i tak mau tido
bayangkan la baby belum abis hari tak mau tido. kalau dia nak letak bawah takpe, ni dia nak pangku or riba. nak orang angkat. huhu. penat gak la dalam keadaan lemah dalam pantang kena adjust masa pam susu, ikat bengkung semua. mujur ada mama and kakak tolong tengok z.i masa I makan and mandi. malam pulak dia bangun setiap sejam dan menangis je. tido siang paling lama 20 min, tido malam paling lama 2 jam. naik risau tengok camtu. mujur la sekarang dah okey! syukur..

tok mama kesayangan z.i
tok mama ni mama I. z.i sangat manja ngan tok mama dia. bayangkan kalau z.i meragam tengah malam, jenuh hubby ngan I nak pujuk tapi ngan tok mama dia boleh senyap siap lena atas pangku tak sampai 5 min! sian mama terjaga tengah malam dengar cucu meraung. orang kata, baby ni kenal bau orang sekitar dia. maybe mama yang amik dia dari hospital hari tu, lagi banyak jaga dia masa dalam pantang, mandikan dia buat dia kenal & selesa + manja sangat!

buai laju-laju
since z.i ni payah sangat nak tido, tok mama dia selalu la dodoi and pangku dia sampai lena. bukan pangku saje,siap kena goyang lagi. aduii manja nyer! jenuh mommy nak keje nanti sape nak goyang? akibatnyer, tok abah gi Manjaku Gombak cari buai spring kat dia. kuikui! price cradle dalam rm136++ and cradle net rm22.00++.  dah masuk buai z.i tanak tido kalau stop henjut. boley? boleh plak dia bukak mata kalau tak henjut buai tu.. huhu.. mula la terpikir, asal la tak beli buaian karen? takyah dok goyang : /
babylove blue cradle net with head zip
pacifier pulak dah
dah ada cradle pun tanak tido malam jugak. dis time betul2 tok abah and tok mama takleh tido. dia buat meragam dari pukul 12.30am sampai pagi. pukul 10.00am esoknya baru tido. tu pun sekejap2.. maka datang la idea tok abah untuk bagi dia pacifier@soother@puting! hahaha! cucu punya pasal bagi tok abah pening, tak cukup tido. esoknyer bukan tok abah je pi beli pacifier, tok mama pun belikan jugak tanpa plan *walaupun mommy at mula2 tak redha* mujur papa tak gi beli. tok abah cari kat Jusco Au 2, dia kata ni pacifier baeeek punya! Avent soother, price : rm 37.90 terkejut semua orang! yela, zaman dulu puting beli kat kedai runcit je rm 2 :p bentuk silikon ni lebih kurang teat botol z.i, tu dia pandai isap, sebab ramai yang cakap nb baby tak reti sangat. z.i ok je. tapi dia pun tanak sangat. boley la nak bagi dia stop nangis jap, sumbat je ;p



Avent Advanced Orthodontic Soother 0-6m -Philips Avent-SCF 184/13 ...Avent Orthodontic Soothers 0-6m
Product description 
  • The nipple is shaped to let baby's tongue remain in natural position
  • With hygienic cap to keep sterilized nipples hygienic
  • The silicone is smooth, transparent, easy to clean and it doesn't get sticky
  • The nipple is strong, long-lasting and won't become mis-shapen or discolored over time
IDHF approved
  • Our soothers have been approved by the International Dental Health Foundation. The foundation is a leading independent oral health charity that works to improve the standard of oral health care worldwide. The new advanced orthodontic teat was developed with leading orthodontist Dr. Hagemann

z.i banyak akal
  • zi tak tahan panas, nak aircond or kipas laju
  • kalau panas muka naik ruam, muka jadi merah terus dia meragam
  • doc advise jangan bedung dia nanti temperature naik boleh terus demam
  • kalau tido kena on kipas siling no 5 + kipas meja no 3
  • siang malam pakai baju lubang2 + short pant baru senang tidotak panas
  • tak suka selimut. dia boley terjaga if kita letak selimut time tido, terus mengamuk.
So far, banyak ragam z.i dah beransur hilang. orang kata budak baru lahir semua memang macam tu. terkejut jugak mula2 ingat sampai besar dia camtu, mau kurus mommy tak tido. first time tengok baby nangis macam kena dera masa dia colic awal2 dulu. genap sebulan dia boleh adapt dah, syukur alhamdulillah. tak sabar nak tengok development baby, apa plak la ragam dia lepas ni ;)

Friday, January 25, 2013

Imunisasi pertama Zain + Post natal follow up

Hai semua!

Zain hari ni jumpa paed kena cucuk sebulan. dia nangis kejap je pastu dah okey. goood boy! progress tak banyak. paed pun macam tak puas hati dalam sebulan ni berat naik +-600gm jer. risau plak. berat Zain umur sebulan 3.65kg. haisshh padahal kuat menyusu sampai terpaksa standby enfalac a+ takut tak cukup. takpe, go go Zain! kita kasi gegar timbang doc bulan depan okey!
off to hospital. Zain fav place! atas riba or atas pangku. boley lena.. zzz
I juga lepas sebulan deliver baby gi jumpa gynae for postnatal check up. so far semua okey! gynae kata I cepat kurus sebab bf baby. hehe padahal ada few kgs yang nak bakar to resume to original figure! 

at least 4.5kgs more to lose within this 2 months time!

nak kembali ke asal mestilah berpada2. bagi masa kat badan dalam masa 100 hari untuk berusaha berat badan sepatutnya dah kembali seperti sedia kala dalam tempoh yang diberi.. dah standby exercise machine dah sebenarnya. kuikui ;p jangan sampai balik opis nanti orang terkejut tengok size dah kembang mambang. aiyak!

ohho! time check up selain check pewot, rahim dah kecut ke belum gynae juga ada tanya pasal family planning. opps terkejut! I tak terpikir apa2 langsung dan tak sedia dengan soalan tu. gynae bagi masa discuss nanti bulan depan datang follow up bagi jawapan. nak pil ke, injection ke apa. hmmm... control sendiri tak leh ker? tak suka la benda ubat2 dan tak natural ni.. and next check up nak buat pap smear plak, lagi laaaaa seram.. hukhuk.. whateverlah, tu semua kita pikir bulan depan sajer..

till then. harap2 pas kena jap, zain tak demam.amin... nervous jugak ni.. bye! xoxo-D-publish! :D

Tuesday, January 22, 2013

Introducing My Lil Caliph, ZAIN ISKANDAR

Salam semua readers and friends!

Newborn record

Zain Iskandar
dob 25 Dec 2012 @ 9.19pm
weight 3.05 kg
lenght 52cm
head 33cm

Ni la buah hati pengarang jantung I. dapat jugak baby boy as per papa preference :) hihi. tak kesah sebenarnya, if gegurl pun mommy redha je.

Zain lahir dengan assistance vacuum, tak cukup oksigen semasa proses delivery. few days tak dapat tengok Zain di hospital, Zain kat nursery, mommy kat ward. hari ketiga baru dapat peluang, nurse bagi jalan2 kat nursery. dapat la pegang to bf Zain. Subhanallah.. masa lahir semua cakp muka papa. geram mommy tengok. Zain pulak lepas balik rumah kena jaundis plak, admitted balik. sian tengok kena amik darah. bacaan jaundis 12 lepas treatment photo therapy turun jadi 7 baru boley discharge.

Buat masa ni Zain fully bf. ada try fm masa bengkak susu hari tu. tapi Zain tak suka + tak serasi. so continue la bf sampai sekarang.. mudah2an ada rezeki Zain nak bf sampai 2 tahun :)

Day 3

Day 10
Day 19
Okey, nanti update progress zain lagi :D

Doa anak soleh
SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

Monday, January 21, 2013

Pengalaman Bersalin Baby Zain Iskandar

Salam friends and readers semua..

Sekarang dalam mode berpantang, selamat melahirkan seorang khalifah pada 25 Dec 2012 yang lalu.. rasanya eloklah buat entry sekarang, sebab makin lama simpan story makin banyak yang lupa nanti..

Cerita bermula dari appointment for final check up 25 Dec 2012..

10.00 am
datang hospital untuk regular check up pukul 10.00 am untuk check laluan. gynae tanya tak sakit lagi ker? due patut 26 Dec 2012, risau pulak overdue. bila gynae check dia kata laluan dah bukak 1-2cm. hoyeah! tak sabar sangat. so gynae bagi opinion to admit ward tapi I tanak sebab maybe lambat lagi. I mintak balik dulu, nak gi makan2 and kemas barang sumer.. and sempat plak I request kat hubby nak coffee starbuck and TF sebelum check in hospital japgi. hihi.

Siapa kata anak sulung bukaan lambat? ada doc yang cakap sempat ulang alik KL-Ipoh-KL lagi.. jawapannyer.. tak semestinya anak sulung dilation lambat.....

Active contraction bermula..

12.00 pm
pas balik check up teman hubby visit officemate kat IJN then terus makan kat The Mall. tengah makan lebih kurang 1.30 pm, pewot rasa senggugut. hmm.. biarkan lagi. lagi 5 minit sakit lagi. makin kerap makin sakit. kali ni I dah start monitor contraction dah. sah! 5minit sekali. nasik tak sempat abis, starbuck ntah ke mana, terus berdesup balik umah *patut gi spital* sakit sangat rasa penat nak tido. boley plak nak tido? sampai umah je siap nak solat zohor pun tak larat, panggil hubby tolong amikkan wuduk dalam toilet, solat terus ke spital.  jam2 ni plak sangkut jem! contraction dah selang 2 minit. dugaan...

3.00 pm
sampai spital gynae terkejut dah terus rasa sakit nak bersalin. yela, pagi tadi elok je check up. sebabkan procedure hospital nak admit wad lama sangat, I terpaksa tahan sakit lebih kurang sejam kat tempat menunggu. air mata dah kuar mengalir2 tahan sakit, pukul 4.00 baru masuk wad.

4.20 pm
ditolak masuk labor room selepas nurse check dilation dah 6 cm. sakit dah tak tertahan.  sangat tak sangka contraction sebegitu sakit dah sedih tak dapat tahan rasa sakit tu. tak pasti ada minum air bacaan alquran 30 juzuk sebelum ke hospital ke tak. tu kira air selusuh jugak, kalau minum awal memang teruk la menahan sakit baby ak sabar nak kuar! minum kot.. ingat boleh bertahan, akhirnya tewas di tangan epidural. pakar bius datang pasang epidural. rasa suntikan epi? tak sakit langsung, tak sedar pun dah abis procedure. baru la dapat relax sket. sempat borak2 ngan hubby dengan tenang.

6.40 pm
disebabkan I under epi, so tak rasa sakit contraction langsung lepas tu. dah hampir pukul 7.00 pm bukaan dah fully tapi belum sakit. doc bagi can relax dulu, bagi orang lain beranak  jap since ada 3 patients termasuk I yang nak bersalin time maghrib tu. nurse asyik datang tanya and remind, kalau sakit nak terberak, push je tau, *push sendiri sementara doc datang??* doc jangka bersalin lepas magrib ni.. last2 dah pukul 8.30 pm tak sakit gak, doc minta nurse off epi untuk trigger contraction. WHAT? off epi?? tu pun sebab doc dah nampak rambut baby kat bawah tapi mak dia dok cakap tak rasa ape2.. hehe..

8.40 pm
sebaik saje epi off, kesakitan terus terasa tapi tak kuat mana. doc suh push, tarik nafas dalam2 ikut hidung dan push kuat2. berkali2 push baby still tak keluar sebab tak rasa sakit bersalin, so maybe push tak kuat. tetiba blur and hilang tune camner nak push. lastly sampai doc bagitau nak buat episiotomi takut baby lemas. TAP! terdengar bunyi gunting dan terasa bisa dia.. kalau tak silap 2 kali digunting. heartbeat baby dah lemah, doc mintak permission vacuum.. I still lagi push sekuat hati sampai nampak baby keluar. lega tapi  still rasa frust, mintak maaf dengan hubby sebab tak dapat push kuarkan baby cepat sampai kena vacuum  baby tak cukup oksigen :'( memang nangis la time baby kuar nampak kesan vaccum kat kepala baby, tapi hubby kata takpe, janji semua selamat..
lepas bersalin, kaki pun ada stain darah lagi

tali tu kita guna semasa nak push baby out, tarik kuat2 *sampai melecet palm* dan besi lagi satu tu nak tahan lutut if nak push baby posisi mengiring *tak jalan*, boley imagine tak?

9.19 pm
Anakanda Zain Iskandar selamat dilahirkan secara vacuum pada 9.19pm 25 Dec 2012. doc teruskan dengan proses keluarkan uri dan menjahit luka episiotomi. selesai dalam pukul 10.40pm... and.. sape plak cakap jahit tak sakit oii..! takde bius kot?

10.40 pm
Hubby anta barang kat wad dan balik rumah. sempat lagi wedding ring hubby tercicir kat LR. orang lain yang push, orang lain yang tertanggal cincin :p nasib jumpa. I stay kat labor room dulu, nurse bagi rehat sekejap and bagi supper roti and vico memandangkan last mealyang masuk pewot lebih kurang kul 1.00 pm. serious starving abes!

nurse : nak painkiller ker? jahitan awak banyak tadi mesti sakit dah..
me    : takpe, tak sakit sangat. maybe sebab bius tu ada lagi jalan, tak rasa sakit..
nurse : epi awak dah lama off dah.. dah abes.. mana ada bius lagi
me    : huh??? *mindset ada bius tak sakit* adeh sakitt... 

I tido sekejap sampai pukul 12.00 am baru balik wad. on the way balik wad, I pengsan atas wheelchair sebab banyak hilang darah. doc datang check hb drop from 12 to 6. masa vaccum doc kata ada tumpah darah sikit. I stay 3 hari kat spital, to monitor hb bahaya kalau below 6 dan juga to ensure jahitan semua ok. hari2 buat treatment lampu nak sembuhkan luka cepat. gynae pun suggest guna sanitary pad berubat untuk bagi cepat baik  and surutkan bengkak. baby pun kena tinggal kat wad lagi pernafasan belum stabil, so hari2 kena datang bf baby zain. pantang pun tah ke mana..
yang dalam bungkus tu uri siap cuci. berat gak dalam sekilo tu..

Rasa sakit bersalin macam mana?
Sakit contraction I kena dia attack kat lower back, pinggang rasa macam kena pukul ngan kayu baseball kuat2 *over* haha! tapi serious I tak tahan sakitnyer. jika nak minum air bacaan al quran 30 juzuk or selusuh, pastikan dah ada bukaan besar 9cm ke baru minum. I under epi masa contraction saje, masa bersalin epi di offkan nak bagi rasa sakit supaya boleh push. masa push saat baby nak keluar, tak rasa sakit langsung.. cuma rasa sakit yang teramat sangat masa doc gunting dan jahit. setiap kali doc jahit cangkuk jarum, setiap kali tu la terasa. masa tu boleh sebut Allah, Allah je.. doc cakap jahitan banyak di bahagian kulit, sebab tu kesakitan nyer lebih daripada biasa. bila rasa sakit, I terbayang, mesti sebab I banyak dosa ngan mama and suami sebab tu sakit bersalin.. insaf sekejap. doc and nurse semua pesan jangan serik nak bersalin lagi. lain anak lain caranya, berdoa dan berserah kepada Allah saje.

Nape kena vacuum? 
  • doc kata laluan sempit, baby susah keluar. I tak clear sangat maksudnyer
  • masa mengurut, confinement lady ada bagitau rahim I jenis V *rahim ada jenis 'V' and 'U'* katanya, type V bukaan cepat, tapi nak kuar susah sebab sempit. 2nd preggy nanti tak vacuum mesti cser. wallahualam.
Alhamdulillah.. semua dah selesai. sakit seksa semua rezeki masing2.. Allah dah tentukan. :D hubby selalu cakap sakit bersalin lain orang lain bahagian dia.. takpe, janji semuanya selamat..