My Anniversary tickers

Followers

Monday, January 21, 2013

Pengalaman Bersalin Baby Zain Iskandar

Salam friends and readers semua..

Sekarang dalam mode berpantang, selamat melahirkan seorang khalifah pada 25 Dec 2012 yang lalu.. rasanya eloklah buat entry sekarang, sebab makin lama simpan story makin banyak yang lupa nanti..

Cerita bermula dari appointment for final check up 25 Dec 2012..

10.00 am
datang hospital untuk regular check up pukul 10.00 am untuk check laluan. gynae tanya tak sakit lagi ker? due patut 26 Dec 2012, risau pulak overdue. bila gynae check dia kata laluan dah bukak 1-2cm. hoyeah! tak sabar sangat. so gynae bagi opinion to admit ward tapi I tanak sebab maybe lambat lagi. I mintak balik dulu, nak gi makan2 and kemas barang sumer.. and sempat plak I request kat hubby nak coffee starbuck and TF sebelum check in hospital japgi. hihi.

Siapa kata anak sulung bukaan lambat? ada doc yang cakap sempat ulang alik KL-Ipoh-KL lagi.. jawapannyer.. tak semestinya anak sulung dilation lambat.....

Active contraction bermula..

12.00 pm
pas balik check up teman hubby visit officemate kat IJN then terus makan kat The Mall. tengah makan lebih kurang 1.30 pm, pewot rasa senggugut. hmm.. biarkan lagi. lagi 5 minit sakit lagi. makin kerap makin sakit. kali ni I dah start monitor contraction dah. sah! 5minit sekali. nasik tak sempat abis, starbuck ntah ke mana, terus berdesup balik umah *patut gi spital* sakit sangat rasa penat nak tido. boley plak nak tido? sampai umah je siap nak solat zohor pun tak larat, panggil hubby tolong amikkan wuduk dalam toilet, solat terus ke spital.  jam2 ni plak sangkut jem! contraction dah selang 2 minit. dugaan...

3.00 pm
sampai spital gynae terkejut dah terus rasa sakit nak bersalin. yela, pagi tadi elok je check up. sebabkan procedure hospital nak admit wad lama sangat, I terpaksa tahan sakit lebih kurang sejam kat tempat menunggu. air mata dah kuar mengalir2 tahan sakit, pukul 4.00 baru masuk wad.

4.20 pm
ditolak masuk labor room selepas nurse check dilation dah 6 cm. sakit dah tak tertahan.  sangat tak sangka contraction sebegitu sakit dah sedih tak dapat tahan rasa sakit tu. tak pasti ada minum air bacaan alquran 30 juzuk sebelum ke hospital ke tak. tu kira air selusuh jugak, kalau minum awal memang teruk la menahan sakit baby ak sabar nak kuar! minum kot.. ingat boleh bertahan, akhirnya tewas di tangan epidural. pakar bius datang pasang epidural. rasa suntikan epi? tak sakit langsung, tak sedar pun dah abis procedure. baru la dapat relax sket. sempat borak2 ngan hubby dengan tenang.

6.40 pm
disebabkan I under epi, so tak rasa sakit contraction langsung lepas tu. dah hampir pukul 7.00 pm bukaan dah fully tapi belum sakit. doc bagi can relax dulu, bagi orang lain beranak  jap since ada 3 patients termasuk I yang nak bersalin time maghrib tu. nurse asyik datang tanya and remind, kalau sakit nak terberak, push je tau, *push sendiri sementara doc datang??* doc jangka bersalin lepas magrib ni.. last2 dah pukul 8.30 pm tak sakit gak, doc minta nurse off epi untuk trigger contraction. WHAT? off epi?? tu pun sebab doc dah nampak rambut baby kat bawah tapi mak dia dok cakap tak rasa ape2.. hehe..

8.40 pm
sebaik saje epi off, kesakitan terus terasa tapi tak kuat mana. doc suh push, tarik nafas dalam2 ikut hidung dan push kuat2. berkali2 push baby still tak keluar sebab tak rasa sakit bersalin, so maybe push tak kuat. tetiba blur and hilang tune camner nak push. lastly sampai doc bagitau nak buat episiotomi takut baby lemas. TAP! terdengar bunyi gunting dan terasa bisa dia.. kalau tak silap 2 kali digunting. heartbeat baby dah lemah, doc mintak permission vacuum.. I still lagi push sekuat hati sampai nampak baby keluar. lega tapi  still rasa frust, mintak maaf dengan hubby sebab tak dapat push kuarkan baby cepat sampai kena vacuum  baby tak cukup oksigen :'( memang nangis la time baby kuar nampak kesan vaccum kat kepala baby, tapi hubby kata takpe, janji semua selamat..
lepas bersalin, kaki pun ada stain darah lagi

tali tu kita guna semasa nak push baby out, tarik kuat2 *sampai melecet palm* dan besi lagi satu tu nak tahan lutut if nak push baby posisi mengiring *tak jalan*, boley imagine tak?

9.19 pm
Anakanda Zain Iskandar selamat dilahirkan secara vacuum pada 9.19pm 25 Dec 2012. doc teruskan dengan proses keluarkan uri dan menjahit luka episiotomi. selesai dalam pukul 10.40pm... and.. sape plak cakap jahit tak sakit oii..! takde bius kot?

10.40 pm
Hubby anta barang kat wad dan balik rumah. sempat lagi wedding ring hubby tercicir kat LR. orang lain yang push, orang lain yang tertanggal cincin :p nasib jumpa. I stay kat labor room dulu, nurse bagi rehat sekejap and bagi supper roti and vico memandangkan last mealyang masuk pewot lebih kurang kul 1.00 pm. serious starving abes!

nurse : nak painkiller ker? jahitan awak banyak tadi mesti sakit dah..
me    : takpe, tak sakit sangat. maybe sebab bius tu ada lagi jalan, tak rasa sakit..
nurse : epi awak dah lama off dah.. dah abes.. mana ada bius lagi
me    : huh??? *mindset ada bius tak sakit* adeh sakitt... 

I tido sekejap sampai pukul 12.00 am baru balik wad. on the way balik wad, I pengsan atas wheelchair sebab banyak hilang darah. doc datang check hb drop from 12 to 6. masa vaccum doc kata ada tumpah darah sikit. I stay 3 hari kat spital, to monitor hb bahaya kalau below 6 dan juga to ensure jahitan semua ok. hari2 buat treatment lampu nak sembuhkan luka cepat. gynae pun suggest guna sanitary pad berubat untuk bagi cepat baik  and surutkan bengkak. baby pun kena tinggal kat wad lagi pernafasan belum stabil, so hari2 kena datang bf baby zain. pantang pun tah ke mana..
yang dalam bungkus tu uri siap cuci. berat gak dalam sekilo tu..

Rasa sakit bersalin macam mana?
Sakit contraction I kena dia attack kat lower back, pinggang rasa macam kena pukul ngan kayu baseball kuat2 *over* haha! tapi serious I tak tahan sakitnyer. jika nak minum air bacaan al quran 30 juzuk or selusuh, pastikan dah ada bukaan besar 9cm ke baru minum. I under epi masa contraction saje, masa bersalin epi di offkan nak bagi rasa sakit supaya boleh push. masa push saat baby nak keluar, tak rasa sakit langsung.. cuma rasa sakit yang teramat sangat masa doc gunting dan jahit. setiap kali doc jahit cangkuk jarum, setiap kali tu la terasa. masa tu boleh sebut Allah, Allah je.. doc cakap jahitan banyak di bahagian kulit, sebab tu kesakitan nyer lebih daripada biasa. bila rasa sakit, I terbayang, mesti sebab I banyak dosa ngan mama and suami sebab tu sakit bersalin.. insaf sekejap. doc and nurse semua pesan jangan serik nak bersalin lagi. lain anak lain caranya, berdoa dan berserah kepada Allah saje.

Nape kena vacuum? 
  • doc kata laluan sempit, baby susah keluar. I tak clear sangat maksudnyer
  • masa mengurut, confinement lady ada bagitau rahim I jenis V *rahim ada jenis 'V' and 'U'* katanya, type V bukaan cepat, tapi nak kuar susah sebab sempit. 2nd preggy nanti tak vacuum mesti cser. wallahualam.
Alhamdulillah.. semua dah selesai. sakit seksa semua rezeki masing2.. Allah dah tentukan. :D hubby selalu cakap sakit bersalin lain orang lain bahagian dia.. takpe, janji semuanya selamat.. 

9 comments:

BAIZURA NATASHA said...

Alhamdulillah dah slmt lahirkan Zain Iskandar. Sedap nama baby. Seriyau btl bc cte dayah..btl ckp ur husband, laen org laen bahagiannye. Slmt bpantang dayah. Nnt upload pic zain bnyk2 ye

hidayah hiddensity said...

zimie : insyaallah.. kita buat yang termampu. memang sakit berbeza2.. doa banyak2 yea.

baizura natasha: hehe.. nant upload la. ni nak update blog pun bz ngan baby :)will update soon ya!

LisaLisut said...

congrats hidayah. nice nama baby! :)
seriau i baca wpun i dh go thru.huhu. i pn on epi mmg xrasa apa.tp i rs pinggang mcm nk tercabut n last2 ms nk beranak i rs sakit tp bearable.rupanya dh 10cm n doc kata dh nmpk kepala.mula2 dia heran apsal i sakit wpn on epi.hahaha.i x off epi.i igt i push kuat tp x rupanya,well itu kekurangan epi.tapiiii i suka sbb ms jahit i x rasa apa.muahahaha.siap tdo.doc tu jahit smbil nyanyi2 lg -__-

tapiiii lps tuuu,epi hilang,hazabbb gila tahan sakit jahitan tu.uwaaaaaaaaaaa. i cuma nk epi utk elak sakit jahit je.huhu.xksh psl push tu.sbb sakit nye mcm bole tahan.fuh.u citer sakit kene jarum tu buat i rs lps ni mmg i on epi lg kot hahaha

slmt pntang.

hidayah hiddensity said...

lisa: u terbalik ngan i, i bersalin tak sakit, jahit y azab! hehe. jadi marilah pakai epi untuk 2nd baby jugak!

Shakina Farhan said...

painkiller tu sgt perlu lepas sehari..hari pertama xsakit bwh tu..lepas tu..auw3..haha..

hidayah hiddensity said...

kina : sakit nak duduk kat sofa pun senget2 sebab ada part yang sakit ada yang tak. ouchh! hee

Dunia Mommy Comel said...

masa sya akan tiba insyaallah samada awal May atau end of March. perasaan takut senang tiasa dlm fikiran tapi melalui bacaan dan rujukan dari blog2 spt awk yg sudi shared segala pengalaman menupuh saat kelahiran pertama. rasa takut tu hilang (walau dlm hati kecik masih rase ketakutan) penah jugak terpikir kalau lah ...erm..xpe lupakan jgn pikir nt xberanak plak.

btw tis is 1st time my visit to ur page. hape sume ada sbb boleh share cam2 kat sini.

salam kenalan akan jadi tempat lepak utk rujukan ...

salam.

hidayah hiddensity said...

hai cik comelcomot! alhamdulillah kalau dengan share info especially true experience ni dapat bagi ilmu and maklumat. jangan risau. doa banyak2, bila bersalin kita akan dapat extra energy and power tuhan bagi. kita sendiri tak percaya. jika takdir allah kita 'gugur' semasa melahirkan, ingat.. syahid tu. insyaallah..

Anonymous said...

aku dlu kena jahit under skin alhamdulillah...dlm 1/2 inch. mmg tak terasa sakit dijahit. sbb tak pakai epi, so sakit contraction mengatasi segalanya. masa contraction tak rasa sakit...masa jahit pun tak sakit. sbb sakit contraction itu....aduhaiii...Allah je tahu. tahniah anyway babe. ada rezeki moh kita tambah lagi umat nabi. amin. - MIRA-