My Anniversary tickers

Followers

Thursday, June 27, 2013

Gathering Gojes Blogger Supermom & Baby @ Kidzoona Aeon AU 2 Setiawangsa

Salam semua! Testing2 blogging via phone. First time try ni.

Alhamdulillah seperti yang dirancang dengan izin Allah dapat jugak bergathering dengan mommies dan anak2 semua. Masing2 bawak anak yang sangat angel! Happy giler! Ni pertama kali mommy z.i join after birthday baby zara kat kepong last time.

Feeling?
Nervous. Sebab tak pernah jumpa mommy semua. Nak2 plak kita jarang update blog suam2 kuku and story kat group.

Segan. Malu. Biasa la kan perangai semulajadi. Tapi kalau dah kenal okey la. Nama pun hidden. Kalau duk kat skolah or uni mesti orang tak kenal.

Fear of rejection, boley? Hehe. Kita ni jenis anti sosial manakan sama ngan mommies2 sekalian. Takut2 kalau karakter kita ni tak masuk ngan orang lain.. tinggi betul imiginasi! Tapi things turned so well and smooth. Syukur dapat kenal depa ni semua.

Aktiviti kami?
Selain sesi taaruf sesama mommy and anak, kita buat gift exchange gak. Sorry yea mommy z.i tak sempat gi beli hadiah best2, sempat beli flash card abc je. Ingat nak buat combo ngan barang lain tapi tak sempat. Ampun... Aty plan nak potluck celebrate birthday qaleef pun kena tukar. Mujur mommy qaleef sempat bertindak. We all makan kat luar je since ada space sket kat kaki lima tu plus bukan laluan orang ramai so tak mengganggu la.. time potluck pun sangat la best kena hidang lasagna sedap from Kak Mimi dan signature dessert Nadt cheesekut. aduhai sedapnye. kuih muih pun ada..siapa bawak karipap sedap ek??. mommy zain control diet je makan amik serba sikit.



Iman anak mommy vee tanak main ngan saya..


Hadiah zain iskandar?
Terharu mommy zain dapat hadiah best! Tq aunty bagi. Mommy zain pun xtau dari siapa, pasni sila ngaku yea..Tq gak kat mommy qaleef bagi wall sticker kat kawan2 birthday boy. comel sangat!

Kami takde camera, harap kat camera orang je ni.. ada la sekeping dua dari henset papa zain. kami semua enjoy sangat! macam2 karenah anak2 ada tapi semuanya terkawal. well behaved. macam tu la  anak2 GBSB kan? heehe

Lepas abis gathering sempat la jalan2 jap walaupun dah biasa betul dengan Aeon Au2 ni. dapat la zain tikar buat golek, lebih kurang tikar evamatik dan beberapa bahan bantu mengajar. belikan flashcard dan buku abc.. dah 6 bulan ni boleh ajar sikit2 dah.. 

Next plan?
Next program maybe program berbuka puasa, rumah terbuka raya, or picnic kan? bila anakdah besarsket boleh buat sportday kecik untuk papa and anak2. mommy jadi cheerleader okey! hehe bye! 

8 comments:

Unknown said...

zain comel
geram
rs nak geget2 je pipi
hehe

Mimy Hamid said...

zain muat tak baju melayu tu...

ctmah said...

Zain Pipi bam2 cam alisha..hihi

~ NANA ~ said...

SOBSOB :( (tu je mampu tulis)

sarah shamsyul said...

Pic atas tu i tgh kejar anak.kahkahkah.sadis.i da cam u dr nk masuk kidzoona tu lg.tp segannn nk tgur.hihi

DYatie ABakar said...

jeles betul lah. huhhuhu. tak tau bila boleh join gathering nih. huhuhuhu. btw kte mak arissa dr grup gojez tuh. hahaha. br smpt nk bw n follow! ;D

cha said...

bestnya. nanti ada baby nak joinla huhu

hidayah hiddensity said...

ekin: hihi.. alhamdulillah semakin semangat.
k.mimy : muat! syukur.. mmg jadi baju gi terawih la..
ctmah: alisha tu geram tengok dia! pandai berexpresion!
nana: jangan sob2.. nana un rajin turun kl kn..insyaallah rombongan raya :)
vee :owh yeke? hahah! selagi tak masuk dalam takleh confirm GM ke tak kan?
d yatie : hai mak arissa! later plan baik nyer kita jumpa.
cha: cha! ada baby nanti join okey :)