My Anniversary tickers

Followers

Tuesday, August 27, 2013

Geng Gojes Meriah Potluck Raya!

ASSALAMUALAIKUM
Syukur alhamdulillah sempat gak luang masa beraya sekali ngan geng gojes minggu ni. Selalu missed event sebab ada hal lain. Dis time papa pun on je beraya so kitorang pun gerak.

Macam biasa la nama pun potluck mesti la share2 bawak juadah. Walaupun dah tau tema raya kita still masak western aglio olio meatloaf ke rumah aty. Hihi. Tu je yang senang dan cepat. Recipe? Dah update previous entry.

Gamble terjah walau xtau jalan. Nasib la  walaupun jem sket kitorang sampai dalam sejam je dari ukay perdana. Waze sebelahi kita dis time walaupun ramai yang sesat barat katanyer pakai waze.

Sampai umah aty ramai dah ada.. kita terus duduk amik food borak2. Seronok tengok kelaku anak masing2.. enjoy habis. Just tak dapat nak kenal borak and tegur semua. Insyaallah jumpa lagi nanti di event seterusnya. Pada host, thanks ya! Event was perfectly held!!

Cuma kalau dapat bergambar dengan 2nd batch yang datang kemudian lagi best! ..and frust xpat makan kue tiaw kerang umi qi, tauhu oyster sauce erin dan amik seketul je apam gula hangus comel. Huhu..

Till then, see ya!

Monday, August 26, 2013

Resepi Aglio Olio Spagetti Mommy Z.i

Hye gojes! Today kita nak share recipe aglio olio spaghetti dengan mommies dan kawan2 semua. Kalau ikut dapur kat rumah ni memang selalu sangat masak olio ni sebab senang sangat nak buat, sihat *ye ker*dan kenyang.

Bahan2 asas :

Sebungkus spagetti angel hair
Olive oil
Meat loaf, udang, minced beef, corned beef, mussle.. *mana2 yang sesuai*
Garlic 3 ulas cincang halus
Garam
Parsley flake
Shitake kering

Bahan perisa:

Mana2 yang sesuai
*tumix, cukup rasa, kiub ayam serbuk*
Chilies flake
Mixed herbs, pizza seasoning, paprika
*tak buh takpe, rasa tak efek sangat*

Cara buat
1. Rebus spaghetti dalam air mendidih, masukkan garam siap2 dalam 1 sudu. Dah lembut, ketepikan..
2. Tumis garlic cincang dalam olive oil. Takyah sampai garing sangat nanti pahit.
3. Masuk lauk yang nak. If nak buh  meatloaf boley potong memanjang dan masak sket atas api.
4. Masuk spaghetti, masuk perasa pilihan eg. tumix. Sprinkle dengan parsley dan chilies flake dan garlic powder kalau ada.
5. Kalau ada shitake dah rebus boley letak dan tambah herbs pilihan jika nak.
6. Siap!!

Ni la makanan sarapan dan dinner me + hubby. Kalau ada potluck nak cepat memang buat olio je. Walaupun tak cukup bahan, cendawan takde..ku gagah jugak bawak je jamuan hari raya rumah Aty Farid semalam. Dalam fridge ada chicken meatloaf belasah je.heehe..

Tips:
Spaghetti siap rebus basuh ngan air untuk elak melekat.
Dah siap goreng kalau spaghetti kering boley letak olive oil kemudian.
Perencah dah banyak perisa, takyah buh garam dah, so far tumix yang paling sesuai *secret ingredient ni* hehe

Pilih satu je yea..jangan buh semua plak!

Wednesday, August 21, 2013

Manjaku kini di Wangsa Melawati!

Assalamualaikum gojes n friends!

Nak update pasal raya x banyak story.. sudahnyer kita citer pasal barang anak. Baru perasan ada Manjaku baru kat Wangsa Melawati. Baru bukak agaknyer sebelum ni x perasan. Yang penting sini lagi best sebab besar dan 2 tingkat. Kat luar ada bench dan kete mainan yang masuk syiling tu. Senang mak2 shopping pak2 jaga anak.hehe..

Pasni mommy z.i dah ada kawasan jajahan baru. Selalu dok pi wangsa maju dan gombak je. Now dah boleh cari barang sini.
Apa lagi geng! Jom la melawat :)

Kalau dah masuk, mana reti balik tangan kosong kan... hehe

..sorry tak banyak gambar.. sibuk pegang anak..

Wednesday, August 14, 2013

Tutorial : Quesadillas or Wrap version saya

Baru berapa syawal tekak dah mogok nak tukar selera.. balik keje teringin nak makan quesadillas. Tapi buat version twister kfc. hihi.

Bahan2

Tortilla *perisa garlic*
Isi ayam goreng
Cheesedale
Nachos

Dressing

Sos cheezy, Mayo, Thousand island, Kechup, Sos cili thai

1. Panaskan tortilla bagi lembut je. Jangan garing plak.
2. Susun isi ayam, letak dressing pilihan dan cheesedale. Tambah nachos sket. *tiada dlm gambar xsempat beli*
3. Boley wrap macam twister menegak, or boley lipat dua dan potong separuh jadi segi tiga.

TARRRA!! dah siap boley makan malam dan bawak bekal breakfast kat opis.. *hubby buat lunch* hihi. Jom buat! Serious sedap. Nak2 pakai ayam kfc. Yummyy!

Friday, August 9, 2013

2013 aidilfitri : Edisi Raya Tak Sedondon

Alhamdulillah syukur setelah sebulan berpuasa dapat kita menyambut kemenangan berhari raya. Kalau tahun lepas beraya mengandungkan z.i 5 bulan.. tahun ni raya lebih bermakna dengan kehadiran z.i. dari segi persiapan semua lebih kat anak. Baju raya papa and mommy semua memamg ala kadar. Baju mommy tahun ni tak tempah, same la ngan baju papa yang tak sempat siap. So raya kami pakai baju lama.. Raya pun caca marba. Gambar raya satu family pun belum ada..Tak kisah la, bukan itu prioritynya.. *sedapkan hati jeles tengok orang lain sedondon*

Kisah baju raya.. mommy pakai baju kurung reserve yang belum pakai lagi. Beli untuk gi keje seharian.. papa lak pakai baju melayu lama tempah untuk event keluarga sebelum ni. Masih baru pakai sekali je.. hmmm.. serious xberia beraya! Malam raya sempat la beli baju raya lagi 2 helai.. baju rm60 je.. boley la tambah2..

Kisah rumah plak.. sebarang persiapan langsung xbuat memandangkan kami xberaya di rumah.. balik kg mertua..setakat kuih raya ada la.. tapi balang kuih pun xde..

Ni kesempatan ni kita nak ucapkan selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat sedunia.. dan yang teristimewa untuk keluarga tersayang dan Gojes Bloggers Supermom & Baby!

Sunday, August 4, 2013

Iftar Senandung Malam Seafood, Bagan Lalang

Makan dan makan.. dis time seafood galore!

Date 27 July 2013 Iftar with hubby's officemate plan nak makan seafood. travel gak la dari rumah kami tapi memang worth! Lokasi dia dekat2 dengan Golden Palm Tree, Sepang.

Menu Iftar
  • sotong and udang celup tepung
  • siakap stim
  • siakap 3 rasa
  • pepahat cili
  • telur dadar
  • ketam cili (tapau)
  • udang dan sotong goreng (tapau)
  • 1 jag air tembikai
  • 1 kole air teh o suam

Ramai jugak blogger penah review sini..korang camner? nak try tak? hehe

Total bill 6 orang : RM 180.00

murah kan?

Tip dan info:
  • surau disediakan.. dan surau dia tersangat luas.
  • sebelum pegi boleh call dulu untuk book dan order. takut2 sampai2 dari jauh tengok2 full booked, nak2 bulan puasa and cuti weekend.
  • parking luas, restoren ni kat padang.

Next time, repeat! bye!