My Anniversary tickers

Followers

Sunday, May 11, 2014

Hippopo Baby Spa and Wellness

Teruja bila membaca kat Malaysia ada baby spa! Lepas cari2 info kebetulan ada plak siaran wanita hari ini liputan tempat Hippopo Baby Spa di Bandar Utama.
Mommy terasa nak pegi sebagai salah satu terapi untuk Z.I la.. yela ramai sangat yang 'super concern' kenapa Z.I xleh jalan lagi nak compare ngan anak2 korang yang super perfect tu.
Tak sangka plak memang sambutan sangat menggalakkan sampai bila call appointment je penuh. Akhir sekali pihak HBS suggest untuk kitorang pegi kat newly open outlet 1st May kat Great Eastern Mall, Jalan Ampang. Naik escalator level 4 sebelah kanan terus nampak.
Appointment set pukul 3 tapi we all datang awal dengan harapan boleh siap awal. Tapi bila masuk full house!!! So memang kena tunggu pukul 3 jugak.
Sampai giliran Zain Iskandar memang dia dah super excited. Kami dapat assistance daripada terapis yang berpengalaman dan friendly. Kira boleh ngam ngan Zain Iskandar la dia tak nangis.
Macam hanta anak gi nursery, lepas serah Zain Iskandar, semua keperluan dan kelengkapan Z.I disediakan. Tanggal baju dan pakai swimming diaper yang disediakan. Diaper ni kalis air sesuai la untuk swimming dalam pool.
Z.i masuk pelampung yang disediakan.. terapis tu pun letak slow2 tengok 1st reaction dia. Since ini first experience Z.I session swimming dia try 20min dulu instead of 30min. If takde problem boleh extend another 10min.


Suhu air suam2 sikit. Tak sejuk so baby memang relax. Z.I memang enjoy habis swimming sambil main dalam pool, air tu pun berubah warna ikut masa, boleh on jakuzi so menarik la untuk Z.I bagi respon. Nak tengok reaksi Z.I dalam pool? Boleh tengok kat instagram 




Habis swimming terus massage. Bila sampai time massage pun Z.I memang lega habis sampai menguap dah tak tahan2 nak tido dah. Kat sini ada option untuk pilih minyak biasa or minyap aromaterapi sesuai untuk kulit sensitif selain bau wangi spa. Mommy belanja la Z.I minyak aromaterapi ros bayar rm5 je extra. Memang sedap peluk cium Z.I pastu.

Boleh pilih pakej mana yang sesuai.. sebab kalau tengok pakej harga memang jadi lagi rendah la berbanding dengan harga single pakej yang kita bayar.
Ni pilihan yang ada yang sangat2 menjimatkan.




Urutan mula dari kaki, tangan, badan dan muka. Risau gak Z.I buas tak terkawal. Tapi syukur Z.I memang suka. Impress jap sebab selalu berkejar2 nak pakai pampers.

                       
So far perubahan yang obvious lepas balik spa ni tido la.. dulu zain malam tido lewat, now 9.30 dah ngantuk. Tido pun lebih lena. Senang hati dia senang tido kurang la letih mommy.. Lagi satu Z.I dah berani berjalan lepas satu tangan! Memang satu improvement besar la untuk Z.I dah 16 bulan tapi belum boleh berjalan. Mommy happy untuk Z.I.

Apa2 pun memang kita suggest korang bawak anak datang sini. Ada promosi bulan May weekday rm68 30min massage + 30min swim kat branch GE Mall saje
Jom!









Pintu masuk kat branch GE Mall

Saturday, January 18, 2014

Liputan Media : YES! Kempen Menyokong Vaksin Pneumokokus Percuma di Malaysia

Hi..

Ada juga siaran akhbar dan majalah tentang program kesedaran YES ni.. antara usaha gojes mommy untuk menyebarkan ilmu dan kepentingan vaksin.. tapi pilihan masih di tangan masing2. Vaksinkan anak dengan harapan tak bawa jangkitan dah elak tersebar virus dan kongsi pengalaman je la boleh kita usahakan.

Ni antara klik2 gojes mommy sepanjang program berlangsung. 

Tuesday, December 31, 2013

Love Planner 2013

. : Wish list hubby and wifey  : .
2013

1. newborn photoshoot - Session with Subhi Karim (done on 24/4/2013)

1. charm bracelet - bila ada achievement boley tambah satu charm. lama2 penuh la bracelet tu..

2. camera - nak gambar macam dslr, size macam digital camera biasa. tengah survey2..

3. hobby - nak jual maxi dress kecil2 lan.. maybe mula dengan dropship or agent

4. holiday - percutian nak jadikan agenda wajib family setiap tahun. nak pegi oversea lagi..

5. rumah - nak deco semua space ikut citarasa sendiri

6. watch - nak beli jam tangan (casio gold done on 16/9/2013)

7. photography - nak buat photoshoot family kat rumah baru

8. investment anak - bukak akaun TH or SSPN

Thursday, December 12, 2013

YES! Kempen Menyokong Vaksin Pneumokokus Percuma di Malaysia

Salam semua..

Entry kali ni lebih serius dan berniat untuk berkongsi ilmu dan kesedaran kepentingan vaksin pneumokokus untuk anak2 terutama bawah 2 tahun.

Perhatian!

Kepada ibu2 para anti-vaksin, saya hormat keputusan anda. harap jangan cepat melenting dengan idea dan rayuan kami kerana keputusan memvaksin atau tidak, masih terletak di tangan masing2..

Pada saya, saya menyokong sepenuhnya anak saya dilindungi dengan vaksin pneumokokus ni.

Bahaya Pneumokokus

Berpunca dari  jangkitan kuman pneumokokus atau streptokokus yang menyerang badan menyebabkan jangkitan kuman dalam darah, kerosakan otak, keracunan otak yang boleh membawa maut. Gejala jangkitan awal jugak agak sukar dikenalpasti disebabkan bayi mungkin akan demam, batuk dan selesema sahaja pada awalnya.

Kepentingan Vaksin Pnuemokokus

1. persekitaran tak selamat dan kuman yang sukar dilawan oleh antibodi bayi
2. anak yang divaksin menyelamatkan nyawa anak lain dari terus membawa virus dan berjangkit
3. mencegah dan menyekat virus merebak

YES! I AM PROTECTED WITH PNEUMOCOCCAL VACCINE

Terima kasih pada erina yang banyak encourage kami dan support bagi awareness kat semua parents. Setelah 6 bulan berjuang sampai masa kempen ni melabuhkan tirai. Kami semua dah ambik vaksin ni untuk anak sebagai langkah berjaga2. Sedar bukan semua parents mampu.. Jadi atas kesedaran ni, kami tandatangan pledge card untuk menggesa Kementerian Kesihatan menyediakan kemudahan vaksin secara percuma seterusnya memasukkan dalam Imunisasi wajib (NIP) di Malaysia.

Majlis berjalan selama 2 jam berkongsi ilmu bersama panel2 profesional  Dato' Dr. Musa, Dato Dr. Zulkifli dan Dr. Yong Junina, pengasas program Puan Chan Li Jin dan wakil Gojes Blogger pada 16 November 2013 di Tropicana City Mall. Alhamdulillah.. semoga usaha ini dapat membuka mata semua pihak demi masa depan bakal pemimpin negara kita masa akan datang..



Sunday, October 13, 2013

Invitation e-card & Preparation Aqiqah Zain Iskandar,19 October 2013

Morning lovelies

We all plan nak buat makan2 kecik and for Zain Iskandar aqiqah sekali..

Baru settle bayar kambing now tengah plan menu. Tema food dia time we all buat western lamb grilled and dressings. huhu kita pun xmakan lamb ni.. hu....


date    : 19 oct 2013
time    : 2.00-6.00
venue : home

Menu cadangan

kambing bakar + black pepper sauce 
coleslaw
baked bean
bun
nasi goreng cendawan

homemade by mommy zain
aglio olio 
makaroni cheese / makaroni goreng
herbs potato

dadih
kek
kuih muih order kat geraikuih.com,wangsa melawati
koktail

Kami buat makan2 juga sempena hari raya aidiladha.. so sesiapa yang beraya KL free2 tu marilah join!

Saturday, September 28, 2013

2nd Anniversary : Dinner @ Laman Grill by Chef Zubir, Wangsa Melawati

Anniversary dinner! Teringin nak cuba tempat baru.. so we all pun try Laman Grill by Chef Zubir masterchef. Restoren celebrity yea tp masterchef nyer xdo.

Tempat cozy and samar2 lighting gitu. Mujur kita sampai awal dalam pukul 6.30pm. Bila dah lepas maghrib je terus full house!

Food presentation A la.. rasa biasa2 je. Taktau la if kita overated celebrity restoren kn? Kalau nasik goreng siap ada segala ketam, ayam, daging, sotong besar bagai dalam pinggan sah2 la sedap!

Alhamdulillah service pun A. Sorry lupa nama food and price. Price sederhana.. sepinggan nasil goreng rm22, soft drink rm5.90. Ni je yang sempat snap.

Thursday, September 19, 2013

2nd Anniversary : 3D Trick Art Museum, i-City Shah Alam

Bersambung dari entry Snowalk tu we all terus ke 3D Trick Art Museum. ni je 2 attraction yang memang nak pegi ikut plan asal so we all terus focus on these two places. basically museum ni tunjuk hand painting di dinding dan lantai yang ada effect 3D. ni dalam i-City jugak yea bagi sesiapa yang baru baca. masuk bayar RM10 per adult entry. dan kat sini jugak pakai system reload card untuk ticket boleh beli kat kaunter tiket dengan harga RM3. reload card ni fungsi untuk kita topup bila value dah abis dan boley guna untuk next visit. macam TnG tu..

Dia ada beberapa theme dalam ni tapi tak semua dalam museum ni we all cover. sebab tengah jalan2 boleh plak z.i terlena.. adeh.. so sebahagian yang we all rasa comel je kita captured.

Gambar dilukis kat wall dan floor ikut tema dia:

  1. Masterpieces
  2. Egyptian
  3. Marine Life
  4. Animal Kingdom
  5. Modern Classics

taatih.tatih..

z.i jadi anak burung jap.. 
feeding the jerapah 

elok la tu..hihi 
anak dah ngantuk.. bolayan red bull 
jaws pun z.i buat dekk
tertinggal plak gambar buaya, nampak muncung dia je..


tido gak z.i.. mommy ok jer layan sorang2.. hehe
batman and robin selamatkan ibu dan anak
nampak suis lampu dan aircond tak atas rakit??


zain iskandar wif mama pingu 
ni z.i berminat..comel je bagi makan pingu..
so far ok la tempat dia.. if banyak painting lagi best.. sebab kalau pegi time peak, beratur kot nak amik gambar..okey! ni saje.. daaa...