My Anniversary tickers

Followers

Monday, August 29, 2011

My Humble Virtual Kad Raya

Salam Aidilfitri buat semua ahli keluarga, kawan2, bbf dan semua umat Islam sedunia. 

Eid Mubarak :)


Prosedur Nikah Di Selangor ker Kuala Lumpur?

Syukur alhamdulillah.. urusan paling penting selesai juga hari ni.. tinggal lagi nak serah ke PAID saje. tidak la selama mana yang dijangkakan.. bak kata my uncle tadi, perkara baik memang dipermudahkan Allah jalannyer..

Okey, sini I nak share pengalaman menguruskan hal dokumen nikah kahwin kami.

  • Tentukan negeri asal pasangan
Keramat-Gombak
Teka kami berada di qariah mana? Selangor ke Wilayah Persekutuan? hehe. isu bagi kami ni sebab kawasan tempat tinggal kami berdua sempadan antara Selangor-Kuala Lumpur. 
Dalam kad pengenalan pun boleh tulis address camni,

Batu 5 1/2 Gombak, 
53100 Kuala Lumpur,
SELANGOR DARUL EHSAN

Adeh! kami sepakat nak nikah ikut dalam negeri Selangor *ehem2, hantaran 300.00 hehe*

  • Borang Kebenaran Berkahwin 
Dapatkan borang nikah di JAIS. I ambik di  Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Taman Keramat.(PAID)

Kat sana, dia akan maklumkan siapa Penolong Pendaftar Nikah (PPN) yang bertugas ikut qariah. semua maklumat lengkap, kalau taknak salin, snap je.

Tengok nak nikah masjid mana, dan siapa Penolong Pendaftar Nikah (PPN) yang bertugas

Ni pula tempoh khidmat PPN dan qariah bawah jagaannyer

  • Dokumen Pihak Lelaki (Selangor)
  1. borang  2A
  2. keputusan ujian saringan HIV
  3. sijil dan salinan kursus pra perkahwinan
  4. salinan kad pengenalan pemohon berserta 2 saksi
Dah isi semua borang, dapatkan pengesahan daripada Pendaftar Nikah di qariah lelaki. nak tau kat mana, boleh rujuk di Pejabat Agama Daerah juga. 

Selesai dokumen pihak lelaki, serah semua dokumen kebenaran nikah pada pihak perempuan.

  • Dokumen Pihak Perempuan (Selangor)
  1. borang 2C dan 2D
  2. keputusan ujian saringan HIV
  3. sijil dah salinan kursus pra perkahwinan
  4. salinan kad pengenalan pemohon berserta 2 saksi
  5. semua dokumen kebenaran berkahwin pihak lelaki
*jika perempuan anak sulung, atau wali abang kandung, perlu sijil nikah ibu bapa yea.

Bila dah lengkap semua dokumen, susun ikut checklist yang disediakan masa ambil borang tu, bawa wali berserta 2 saksi dokumen untuk pengesahan Penolong Pendaftar Nikah.


Wali berserta 2 saksi memohon kebenaran nikah
Seterusnyer hantar semula ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk kebenaran berkahwin. biasanya dia suruh ambil semula borang keesokkan harinya.

Akhir sekali, serahkan dokumen kepada PPN sebelum hari nikah.

Phew, just nak share ada miscomm sket semasa proses mendapatkan kebenaran nikah berlangsung.

Saksi dokumen
Kami dah sahkan beberapa kali dengan pegawai di PAID dan juga penceramah kursus pra perkahwinan berkaitan isu ni. mereka maklumkan saksi dokumen sesiapa saje dibenarkan, tak kira lelaki or perempuan. tapi bila sampai di masjid, PPN nak saksi LELAKI SAHAJA. mujur rumah uncle dekat boleh mintak tolong. macam hari tu I bawak kakak jadi saksi,tapi dia tak benarkan. ada juga yang I dengar dari my friend (qariah shah alam) saksi dokumen harus bukan di kalangan ahli keluarga. so I rasa, paling baik, bila kita set appointment nak jumpa PPN, tanya dia siapa saksi yang dia prefer. 

Sempadan negeri
Bagi kawasan seperti Keramat dan Gombak juga, lebih baik refer PPN alamat kita di qariah mana. sebab kami, diberi borang mastautin asalnyer sebab kad pengenalan ada tulis Kuala Lumpur, tapi bila jumpa PPN, dia kata tak perlu. di tolak ke sana ke mari jugak la kami masa nak dapatkan pengesahan pada awalnya, sabar je la. proses ambil masa tak lama dan tak begitu rumit.boleyy la..hehe!

Saturday, August 27, 2011

Hornymoon plan hancuss!!


Macam2 dugaan betul la hari dah makin dekat, lagi 3 minggu.. haish..

"Dear Our Valued Guest,

First and foremost, we would like to take this opportunity to thank you for choosing Indonesia AirAsia.

We deeply regret to inform you that your flight XX **** from Kuala Lumpur [KUL] to Denpasar [DPS] effective 17th September 2011 until 29th October 2011 has been retime later, departing from Kuala Lumpur at 20:25 (Local Time) and arrived in Denpasar at 23:20 (Local Time).

We are very sorry for above reschedule.

However we highly appreciate if you could understand with the issue and accept our sincere apologies.

Once again we hope you will accept our sincere apologies for any inconveniences caused, and we will try our best to improve our service continually to meet with your satisfaction.

We are looking forward to welcoming you onboard and provide you a renewed and positive Indonesia Air Asia experience.."

Hotel dah book la wei.. kalau dah sampai Bali keesokan harinyer, rugi la 1 day kat sana!!! ishh!pasrah, whatever la Air Asia!


Thursday, August 18, 2011

Busana Gadis Pengiring

Wah! dalam sibuk2 buat hantaran sempat lagi update tu..hehe.. yela, cuti 3 hari tak menang tangan nak buat semua.. hujan je takleh keluar nak beli baju cousin2 yang bakal jadi pengiring bawa dulang ni. nak beli kain suruh tempah, tailor dah tak ambil tempahan. so last resort, online cari baju suruh courier saje! kalau ikutkan, nak yang camni, tapi takpat cari.. *takpat cari budget lebey* hehe.. so beli je la ape yang termampu.. budget below RM 100.00 sorang =D. adeh..nape la takpat dress ni dengan harga yang murah!!

I pun nak jadi pengiring kalau dapat camni..cantiknyer!
Takde ape yang menarik, saje jer nak reward cousin2 ni semua I prepare maxi dress saje untuk dorang pakai time majlis nikah nanti.. tema warna nikah? pink, eggplant purple dan fushia. mintak2 dress dorang ni sampai cepat, bleh bagi time raya semua berkumpul, distribute terus..

mixed different shades of purple & pink


tema nikah dais, family outfit & bridesmaid
tu saje! da..

Deco dan Tema Hantaran

Hye u ols semua!

Macam tak percaya je I buat hantaran sendiri for both sides. sebabnyer I bukan la jenis yang creative DIY ni. pendek kata tangan tak berseni.. selagi boleh semua nak beli je.. tapi bila sampai perihal wedding ni, dah sampai seru semua nak buat sendiri. tak reti pun,  paksa gak.. risau gak last2 minit semua kena hantar kedai dek kerana hasil yang tak up to the standard. aahh! tak kesah la.. janji puas hati.

Hantaran for my lovely groom

Cerita pasal hantaran, memang I ada tengok quite a few magazine dan internet gak la.. nak dapat idea. bila dah confirm design and theme, baru pegi kedai yang jual barangan pengantin, mintak amoi tu carikan barang exactly seperti yang I tunjuk. hehe.. *cari barang pun fail!*

So, I decided for groom's hantaran nak buat colour white and green. so yang paling suit garden theme. nak nampak masculine sket, kita lebihkan dedaun daripada flower. flower ada tapi tak amik yang terlalu girlish pink ke merah. tu idea I la, yang selebihnyer idea amoi kedai tu yang pilihkan barang, siap tunjukkan cara buat satu dulang. I balik umah assemble je sumer barang tu.. taktau la jadi tak.. ;)
inspirasi dari colour green and white
Hantaran for myself, his lovely bride! hikhik

Kalau hantaran untuk bride, memang dari awal I dah imagine nak yang penuh roses, warna pink, peach and fuschia. tu je. senang, kitorang cari barang I do it myself.hehe!

ada roses, ada carnation kira ok la tu
Huarghh..masih lagi dalam mode menggam2 bunga, deco sana sini, tampal daun dan cucuk bunga.. tu belum lagi lipatan telekung, susun perfume sumer, argh! susahnyer.. sampai kaki sumer jalan sekali ni.. nak sangat kan buat sendiri, amikk! ;D

p/s : hari tu ada tengok hantaran b2b ekin..hampir same plak theme & deco! hehe..

bye! nak sambung buat hantaran..!

Tuesday, August 16, 2011

Giant Paper Flower Wall

Salam Ramadan, dah setengah bulan berpuasa so far so good kan? sooo happy! *clap clap*

Dah sebulan menangguh2 plan yang satu ni. bukan ape, tak cukup kreatif nak buat.. tapi nak!! camner ni?? ada sesiapa nak gotong-royong tolong buat tak?? ape kate kita buat same2 Cik Hidayati Farhan dan Cik Nida, pastu recycle guna kat wedding korang plak okeh tak?? hikhik xp jenuh plak nak pikir kertas jenis ape nak buat la, gam ni lekat ke tak la..adeh.. jom la buat same2 weh.. bukan banyak pun.. macam gambar kat bawah ni jer... hehehe..





P/s : kita pakai kertas A3 dah la.. bleh kot ek?? ;) sape tau cara senang nak buat??bagi tips sket...


Credit to Cik Nana Farhana yang banyak bagi tips dan tunjuk ajar untuk buat flower ni, chaiyok!! hahaha

Friday, August 12, 2011

Guest List kawan-kawan A ~ Z

Sementara wedding card belum collect ni, elok jugak kalau buat guest list dulu.. takut ada yang tertinggal nanti sentap plak.hehe..

Saya ingin sekali menjemput semua....!!!

1. kawan2 tadika semasa saya berumur 5 tahun.. tadika di rumah orang, kawasan kampung diajar oleh cikgu pencen.. tapi berkatnyer umur 5 tahun dah pandai baca tau.. one of the best teacher in my life. juga buat rakan2 sepermainan masak2 dan main pasir, main basikal dan main panas..hehe..




2. kawan2 Tadika Taski Abim Al - Hidayah, Taman Kamariah Gombak.. saya kelas Abu Bakar As-Siddiq. guru kelas saya ialah Cikgu Radhiah. siapa yang mengenali tu, saya jemput datang.. hmm, sekarang tadika ni telah tiada, diconvert menjadi rumah persendirian..



3. kawan2 SRK Gombak (1) Satu. di sinilah saya bersekolah 6 tahun bermula dari 1 Bayan, 2 Kenari hingga 6 Kenari. kat sekolah ni ramai kawan2 yang masih keep in touch sampai sekarang.. cikgu2 juga tak dilupa. ramai yang banyak berjasa ajar saya sampai boleh cakap omputeh tau,hehe. saya jemput dengan rendah hati ke majlis saya ni..


4. kawan2 dan cikgu2 SMK Gombak Setia.. sekolah menengah kat sini 3 tahun jer. tak lama, tapi saya kenal ramai wonderful friends kat sini.. cikgu2 saya kurang rapat sebab dah masuk sekolah menengah saya memang low profile..ececeh! siapa yang mengenali pernah sekelas 1A5, 2 Murni, 3 Kreatif dan 4 Sejati (sebulan je), dan juga teman2 seangkatan St John Ambulans, jemput datang.


5. kawan2 dan cikgu2 yang sama menuntut ilmu di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban. classmate p2, roomates Dorm 6 dan Dorm 7, senior dan junior, sisters dan freshies dan geng2 Kawad Kadet Pertahanan Awam JPA3. tempat jatuh bangun ni.. jemput juga ke majlis saya semua..



6. kawan2 sekuliah DBS UiTM di Institut Profesional Baitulmal, warga aspuri dan aspura. rakan sebilik dan semua yang mengenali jemput hadir. tak lupa juga menjemput semua pensyarah yang pernah mengajar mahupun tidak.. turut menjemput, ex-boyfriend saya *sekarang dah jadi tunang* hehe


7. kawan2 BA Hons International Business, Uitm Kampus Bandaraya Melaka. kawan2 kelas IB dan semua pensyarah, housemate hostel Pulau Gadong dan Tun Sri Lanang, teman sekelas intersesi, dan kawan2 sekuliah lain dari pelbagai jurusan yang mengenali juga dijemput.



8. kawan2 dan senior latihan praktikal di KFH Ijarah, geng2 shopping hari jumaat di KLCC..hehe




9. kawan2 sekerja di Maybank, credit cards team dan platinum department!! wajib datang!! pandai2 la korang amik cuti.tak kira! hehee


10. last but not least.... kawan2 blogger tersayang!! muahh2!! hehe dijemput, dapat access untuk nikah skali.jom2!! cuma Cik Lisa , Cik Ekin dan Cik Iedchan je takleh datang. wedding date same plak =D

p/s : harap2 tiada kawan2 yang tertinggal.. akan dikemas kini sentiasa.. sila beritahu jika terkurang!! *gigih pikir*

Mehndi haram ke??

Salam dear friends b2b semua! selamat berpuasa dan berterawikh..


Semangat ni baru lepas book henna servis. yea! saya baru book. hehe camner la boleh lupa pun taktau.. syukur la dapat henna artis yang nak membantu amik job di saat2 akhir. phew! agak puas hati dengan PR yang diberikan, msg reply ontime! bagus2.. takut jugak tengok bad review b2b pasal henna artist nowadays.. owh no no! Insyaallah, I dah bulat hati nak  dapatkan servis dari,


Owh ya! You guys ada ingat tak issue halal haram henna ni one time dulu? sekadar berkongsi.. (^^,)v no offence ya!


Hukum pemakaian inai pengantin bercorak (mehndi)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang HARAM
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan. *sumber JAKIM

Ok, jelas kan? hehe.. mula2 I tanak buat henna ni, tapi bila lama2 cam teringin plak tengok *gediks* hehe.. I bagitau Cik Tunang tentang niat di hati, you all tau ape dia reply??

Cik Tunang : takyah la yang..buat cam biasa kat hujung jari tu je cukup..
me                : ha..? ala.. boley la..teringin.. cam cantik plak..

Cik Tunang : b tengok cam %*&$@# jerk!
me                : hep! manade la.. *muncung sket*

Cik Tunang : hehehe.. pakai la..!! 
me                : yeay!!! hahahaha! saje je ek!

less is more, Cik Tunang choice! *ahh! tak kira, nak henna gakkk!!* =D

Wednesday, August 10, 2011

Video Clip Tunang *mode layan perasaan*

Satu Bulan dan Satu Minggu saje lagi?

Hello lovely friends! 

Brrr... menggigil tengok lagi 37 hari saje lagi nak sampai hari bersejarah ni.. tapi preparation nak cakap 70% complete pun tak berani.. ada je yang tak complete here and there.. takpe nak sedapkan hati, at least ada jugak la I settle beberapa perkara lepas Cik Tunang kuar spital hari tu.. hehe

  • ambik baju resepsi, dah siap! horey!! purrfect.
  • booking tix aa untuk hornymoon *gi dekat2 je..*
  • confirm hotel reservation
  • bayar pakej pelamin bertandang & final fitting
  • print wedding card *tanak komen banyak2*
  • flower arrangement
  • book spa
hmm tetiba plak feeling2 layan engagement clip ni.. yela, tak lama lagi dah nak kena melepaskan title 'tunang' dah.. hehe..

p/s : video clip dah upload!!

Saturday, August 6, 2011

Save The Date

Salam dear friends!

Syukur alhamdulillah... Cik Tunang saya sudah sembuh..!! *mode happy giler* oleh yang demikian mari kita bekerjasama mengembeling tenaga siapkan wedding prep kita yang tertunda ni.. jom2!! Hmm memandangkan I ada issue sket dengan kad kawen yang dijangka siap 3 minggu sebelum wedding, better I inform dulu kawan2 dan sanak saudara terdekat secara tidak rasmi dulu.. kad akan menyusul kemudian.. 

Thanks!


Monday, August 1, 2011

Day 2 : Seharian di hospital meneman kamu..

Day 2 ( 1Aug 2011 )
Ward 18
General Hospital, Kuala Lumpur..

Semalam memang ada janji dengan Cik Tunang untuk datang visit sambil bawa barang keperluan peribadi ke hospital. oleh sebab waktu melawat mula 12.30 tengahari jadi takde masalah nak ke sana.. tapi lepas sahur je  tadi hati macam tak tenang, so I sms Cik Tunang just to say Good Morning.. sebab I tau at this hour nurse akan gerakkan patient bangun nak ambil darah.

7.30 am 
Dapat sms dari Cik Tunang, kena pindah katil yang dekat dengan doctor untuk pengawasan rapi.

Platlet dah menjunam ke 39 ( sebelumnya 115, 66 ke 39 ) 

9.00 am
Terus bersiap keluar rumah gerak ke hospital. bawa barang2 keperluan dan bubur nasi + sup ketam.

I call ofis, I EL!

9.45 am - 8.30 pm
Menghabiskan masa bersama-sama di hospital, dan ini kali pertama berbuka puasa di hospital. Bukan sedih berbuka di situ, tapi sebak dengan keadaan dia yang kurang baik..

Sebaik mungkin nak sembunyikan perasaan sedih, sebak dan takut supaya semangat dia terus kuat untuk pulih. kami nampak tergelak2 happy kat hospital tapi dalam hati sebak giler.. yang penting biar dia nampak I ok, so dia tak risau sangat..

Rasa nak menangis kat situ juga tengok darah yang mengalir banyak kat bekas jarum drip. doc kata, darah terlalu cair sebab platlet rendah =( asyik ganti plaster.

Ya Allah, bagi aku kekuatan.. sembuhkan la penyakit ni, temukan la kami dengan penawar yang mengubati.. AMIN..