Syukur alhamdulillah.. urusan paling penting selesai juga hari ni.. tinggal lagi nak serah ke PAID saje. tidak la selama mana yang dijangkakan.. bak kata my uncle tadi, perkara baik memang dipermudahkan Allah jalannyer..
Okey, sini I nak share pengalaman menguruskan hal dokumen nikah kahwin kami.
- Tentukan negeri asal pasangan
Keramat-Gombak
Teka kami berada di qariah mana? Selangor ke Wilayah Persekutuan? hehe. isu bagi kami ni sebab kawasan tempat tinggal kami berdua sempadan antara Selangor-Kuala Lumpur.
Dalam kad pengenalan pun boleh tulis address camni,
Batu 5 1/2 Gombak,
53100 Kuala Lumpur,
SELANGOR DARUL EHSAN
Adeh! kami sepakat nak nikah ikut dalam negeri Selangor *ehem2, hantaran 300.00 hehe*
- Borang Kebenaran Berkahwin
Dapatkan borang nikah di JAIS. I ambik di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Taman Keramat.(PAID)
Kat sana, dia akan maklumkan siapa Penolong Pendaftar Nikah (PPN) yang bertugas ikut qariah. semua maklumat lengkap, kalau taknak salin, snap je.
Tengok nak nikah masjid mana, dan siapa Penolong Pendaftar Nikah (PPN) yang bertugas |
Ni pula tempoh khidmat PPN dan qariah bawah jagaannyer |
- Dokumen Pihak Lelaki (Selangor)
- borang 2A
- keputusan ujian saringan HIV
- sijil dan salinan kursus pra perkahwinan
- salinan kad pengenalan pemohon berserta 2 saksi
Dah isi semua borang, dapatkan pengesahan daripada Pendaftar Nikah di qariah lelaki. nak tau kat mana, boleh rujuk di Pejabat Agama Daerah juga.
Selesai dokumen pihak lelaki, serah semua dokumen kebenaran nikah pada pihak perempuan.
- Dokumen Pihak Perempuan (Selangor)
- borang 2C dan 2D
- keputusan ujian saringan HIV
- sijil dah salinan kursus pra perkahwinan
- salinan kad pengenalan pemohon berserta 2 saksi
- semua dokumen kebenaran berkahwin pihak lelaki
*jika perempuan anak sulung, atau wali abang kandung, perlu sijil nikah ibu bapa yea.
Bila dah lengkap semua dokumen, susun ikut checklist yang disediakan masa ambil borang tu, bawa wali berserta 2 saksi dokumen untuk pengesahan Penolong Pendaftar Nikah.
Seterusnyer hantar semula ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk kebenaran berkahwin. biasanya dia suruh ambil semula borang keesokkan harinya.
Akhir sekali, serahkan dokumen kepada PPN sebelum hari nikah.
Phew, just nak share ada miscomm sket semasa proses mendapatkan kebenaran nikah berlangsung.
Saksi dokumen
Kami dah sahkan beberapa kali dengan pegawai di PAID dan juga penceramah kursus pra perkahwinan berkaitan isu ni. mereka maklumkan saksi dokumen sesiapa saje dibenarkan, tak kira lelaki or perempuan. tapi bila sampai di masjid, PPN nak saksi LELAKI SAHAJA. mujur rumah uncle dekat boleh mintak tolong. macam hari tu I bawak kakak jadi saksi,tapi dia tak benarkan. ada juga yang I dengar dari my friend (qariah shah alam) saksi dokumen harus bukan di kalangan ahli keluarga. so I rasa, paling baik, bila kita set appointment nak jumpa PPN, tanya dia siapa saksi yang dia prefer.
Sempadan negeri
Bagi kawasan seperti Keramat dan Gombak juga, lebih baik refer PPN alamat kita di qariah mana. sebab kami, diberi borang mastautin asalnyer sebab kad pengenalan ada tulis Kuala Lumpur, tapi bila jumpa PPN, dia kata tak perlu. di tolak ke sana ke mari jugak la kami masa nak dapatkan pengesahan pada awalnya, sabar je la. proses ambil masa tak lama dan tak begitu rumit.boleyy la..hehe!
7 comments:
thnks sharing...kak long pun kemungkinan akan setle urusan di Selangor/ KL gak ni...
Selamat Pengantin Baru...semoga semua berjalan lancar...amin! ;)
lain tempat lain caranyer..ikut ppn juga la.. ikut nasib2 sape yang dapat ppn sempoi,mudah la.
hahaha...patut le aku tak rase prosedur2 nih sume...tugas aku isi borg n g nikah je....borg2 nyer sumer my daddy uruskan.....
haah.. orang lain masing2 bapak uruskan.. aku taktau plak perempuan takyah gi pun takpe..hehe.. kalau tau aku lepas tangan je..hehe..
Cik dayah..tunang Lieza punye alamat pn cmtu...Selangor Kuala lumpur... Mmg kita bole decide sndr ke nk amik borg kat Kl or Selangor? Lieza blm la lg brurusan dgn pejabat agama nie..
liza : dia akan tanya nak nikah KL ke selangor.. kita bleh decide. kalau dia kata kita KL, dia bagi tambahan satu borang mastautin ngaku kita duk selangor. dapat mas kawen 300.00 ;), KL mas kawen 80.00.
aku dlu kawen Putrajaya..ngaku pemastautin Wilayah sebab prosedur lebih senang..ngehngeh.takyah bawak saksi 2org tu..
Post a Comment