Semangat ni baru lepas book henna servis. yea! saya baru book. hehe camner la boleh lupa pun taktau.. syukur la dapat henna artis yang nak membantu amik job di saat2 akhir. phew! agak puas hati dengan PR yang diberikan, msg reply ontime! bagus2.. takut jugak tengok bad review b2b pasal henna artist nowadays.. owh no no! Insyaallah, I dah bulat hati nak dapatkan servis dari,
Hukum pemakaian inai pengantin bercorak (mehndi)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang HARAM
- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan. *sumber JAKIM
Ok, jelas kan? hehe.. mula2 I tanak buat henna ni, tapi bila lama2 cam teringin plak tengok *gediks* hehe.. I bagitau Cik Tunang tentang niat di hati, you all tau ape dia reply??
Cik Tunang : takyah la yang..buat cam biasa kat hujung jari tu je cukup..
me : ha..? ala.. boley la..teringin.. cam cantik plak..
Cik Tunang : b tengok cam %*&$@# jerk!
me : hep! manade la.. *muncung sket*
Cik Tunang : hehehe.. pakai la..!!
me : yeay!!! hahahaha! saje je ek!
less is more, Cik Tunang choice! *ahh! tak kira, nak henna gakkk!!* =D |
4 comments:
huhuhuu....kalo ikut hubby aku..mmg die tak bg!!...so aku pakai aritu just kat jar....n plus aku pon tak brape suker....nak suruh hubby pakai 2 jari pon, die takmo...almaklum la...USTAZ....so need to respect him!!!...yeahhh!!!
mula2 tak minat, dah lama2 tu teringin plak.hehe
tunang i pn kata mcm tunang u.takyah la.
n i pn mmg suka less is more.tp bila dh dkt2 majlis ni.asik tgk henna je.tergoda nafsu.sbb syaitan takde kene rantai.nafsuuuu hehehhe
kan?? last2 lagi sebulan nak kawen, i book juga henna.ces!
Post a Comment